Assalamualaikum... Dan Selamat Pagi, Salam 3 Ramadhan ada tak dekat sini peminat Peria, tak kisahlah peria apa? Peria Katak, Peria Kambas semua Bonde Suka... he he he pahit tu adalah penawar tau!
Resepi Ikan Tenggiri Masak Lemak Bersama Peria Kambas
Bahan-bahannya :
2 ekor Ikan Tenggiri saiz sederhana (siang bersihkan dan potong)
1 Batang Peria Kambas (Bersihkan buang biji dan potong serong atau ikut saiz yang disukai Bonde potong cara dibawah)
10 biji - Cili api kampung (Bonde hiris guna copper tupperware buat bagi nampak halus)
3 biji - bawang merah (copper bersama cili api)
4 ulas - bawang putih (copper bersama cili api)
1 kotak santan 500 ml
3 sudu jus limau
1 biji cili merah (hiris)
sedikit air
sedikit minyak untuk menumis
sedikit kunyit
sedikit garam
Cara-cara memasak :
Ambik ikan tenggiri, garam dan kunyit goreng separuh garing. (cara ini adalah untuk mengelakkan ikan pecah semasa proses mendidih nanti)
Seterusnya...
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang telah dicopper tadi. bila dah garing dan bertukar warna masukkan sedikit air, santan dan serbuk kunyit, bila telah mendidih masukkan peria kambas.
Kacau-kacau santan jangan sampai pecah minyak. Kecilkan api, dan biarkan mendidih .
Masukkan ikan yang telah digoreng, perasakan garam dan masukan jus limau.
Kacau perlahan-perlahan agar ikan tidak hancur. Masukkan cili merah yang telah dihiris, Siap untuk dihidangkan.
**Kuah ni dah rasa masam-masam sebab letak jus limau, kalau tak suka boleh letak air asam jawa atau asam keping ikut kesukaan anda.
Selamat Mencuba!
~ Bonde Senyum Riang ~
2 Ulasan
Nak cuba la cara bonde goreng dulu ikan then baru masukkan dalam masak lemak...yes peria kambas mmg sedap..abah SA ada tanam plak tu..
BalasPadamadeh sedapnya
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.