Fiqih Puasa Bahagian 7 Hingga 11



Assalamualaikum Dan Selamat Petang, Hai Pembaca semua.. Ini  adalah sambungan dari Fiqih Puasa Bahagian 1-6 jom sama-sama kita semak Fiqih Puasa dibawah :

Fiqih Puasa Bahagian 7 Hingga 11


7. Rentang Waktu Puasa⁣

• Puasa dimulai ketika sudah terbit fajar shadiq atau fajar yang⁣ kedua.⁣
Allah Ta’ala berfirman:⁣
“Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah⁣ ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah hingga terang bagimu⁣ benang putih dari benang hitam, iaitu fajar” (QS. Al Baqarah: 187).⁣
Yang dimaksud dengan khaythul abyadh di sini adalah fajar shadiq atau fajar kedua kerana berwarna putih dan melintang di ufuk seperti benang. Adapun fajar kadzib atau fajar pertama itu bentuknya seperti dzanabus sirhan (ekor serigala).⁣

• Puasa berakhir ketika terbenam matahari.⁣



8. Syarat Sah Puasa⁣

1. Islam⁣

2. Baligh⁣

3. Berakal⁣

4. Muqim (tidak sedang safar)⁣

5. Suci dari haid dan nifas⁣

6. Mampu berpuasa⁣

7. Niat⁣



9. Sunnah-Sunnah Ketika Puasa⁣

1. Disunnahkan menyegerakan berbuka

2. Berdoa ketika berbuka dengan berdoa seperti yang diajarkan oleh Rasullullah Shallallahu 'alaihi Wasallam

3. Makan Sahur

4. Disunnahkan mengakhirkan makan sahur

5. Orang Yang Berpuasa wajib meninggalkan semua perbuatkan yang diharamkan agama

6. Membaca Al'Quran







⁣11. Pembatal-pembatal Puasa⁣

1. Makan dan minum dengan sengaja.⁣
2. Keluar mani dengan sengaja.⁣
3. Muntah dengan sengaja.⁣
4. Keluarnya darah haid dan nifas.⁣
5. Menjadi gila atau pingsan.⁣
6. Riddah (murtad).⁣
7. Berniat untuk berbuka.⁣
8. Merokok.⁣
9. Jima' (bersenggama) di tengah hari puasa. Selain membatalkan puasa dan wajib meng-qadha puasa, juga diwajibkan⁣ menunaikan kafarah membebaskan seorang budak, jika tidak⁣ ada maka puasa dua bulan berturut-turut, jika tidak mampu⁣ maka memberi makan 60 orang miskin.⁣
10. Hijamah (bekam) diperselisihkan apakah dapat membatalkan puasa atau tidak. Pendapat jumhur ulama, hijamah tidak⁣ membatalkan puasa. Sedangkan pendapat Hanabilah bekam⁣
dapat membatalkan puasa.⁣
Pendapat kedua ini dikuatkan oleh⁣
Ibnu Taimiyah, Ibnu Baz dan Ibnu Al Utsaimin.⁣




⁣Yang Bukan Merupakan Pembatal Puasa⁣

1. Mengakhirkan mandi hingga terbit fajar, bagi orang yang junub⁣ atau wanita yang sudah bersih dari haid dan nifas. Puasanya⁣ tetap sah.⁣
2. Berkumur-kumur dan istinsyaq (menghirup air ke hidung). ⁣
3. Mandi di tengah hari puasa atau mendinginkan diri dengan air.⁣
4. Merasa makanan ketika ada keperluan, selama tidak masuk⁣ ke kerongkongan.⁣
5. Bercumbu dan mencium isteri, bagi orang yang mampu mengendalikan berahinya.⁣
6. Memakai parfum dan wangi-wangian.⁣
7. Menggunakan siwak atau sikat gigi.⁣
8. Menggunakan celak.⁣
9. Menggunakan titis mata.⁣
10. Menggunakan titis telinga.⁣



Yang Dimakruhkan Ketika Puasa⁣

1. Terlalu dalam dan berlebihan dalam berkumur-kumur dan istinsyaq (menghirup air ke hidung).⁣
2. Puasa wishal, yaitu menyambung puasa selama dua hari tanpa⁣ diselangi makan atau minum sama sekali.⁣
3. Merasa makanan tanpa ada keperluan, walaupun tidak⁣ masuk ke kerongkongan.⁣
4. Bercumbu dan mencium isteri, bagi orang yang tidak mampu⁣ mengendalikan berahinya.⁣
5. Bermalas-malasan dan terlalu banyak tidur tanpa ada⁣ keperluan.⁣
6. Berlebihan dan menghabiskan waktu dalam perkara mubah yang tidak bermanfaat.⁣
Ya Allah, sampaikanlah umur kami kepada bulan Ramadhan.....


~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. tq for sharing bonde. ramadhan kareem semoga ramadhan kali ini lebih manis dan lebih dapat beribadah

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.