Tujuh Resepi Puding Dan Agar-Agar Yang Sedap Untuk Berbuka Puasa



Assalamualaikum Dan Selamat Petang, Salam Ramadhan untuk semua pembaca blog Bonde, Berbuka puasa tak sah kalau tidak dimulai dengan menu yang manis selain buah kurma,  kena makan manisan seperti Puding atau agar-agar dahulu sebelum makan makanan yang berat.   Selalunya hujung minggu adalah masa yang sesuai untuk buat Puding atau Agar-agar kerana ada banyak masa dirumah.  Hari bekerja biasanya Kanda akan beli sahaja untuk juadah berbuka puasa.  Dibawah ini Bonde kongsikan Resepi Puding Dan Agar-Agar yang mudah dibuat dan sedap menjadi kesukaan Bonde dan Keluarga.



Tujuh Resepi Puding Dan Agar-Agar Yang Sedap Untuk Berbuka Puasa 




1. Resepi Agar-Agar Cendol


Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk lapisan gula melaka:
1/2 pek agar-agar bertali (anggaran 15g)
800 ml air
150 gram gula melaka
1/4 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
250 ml santan
1/2 sudu kecil garam
Bahan-bahan untuk lapisan santan:
1/2 pek agar-agar bertali (anggaran 15g)
800 ml air
1/2 cawan gula pasir
2 1/2 sudu teh garam
250 ml santan
1 pek cendol, tapis airnya

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk lapisan gula melaka:

Basuh dan rendam agar-agar bertali bersama air seketika, kemudian masak agar-agar bersama gula melaka, gula merah dan gula pasir sehingga larut.

Perlahankan api dan masukkan santan bersama garam. Kacau dengan kerap sehingga mendidih. Tapis dan tuang ke dalam acuan. Sejukkan sehingga beku.

Cara-cara untuk lapisan santan:

Basuh dan rendam agar-agar bertali bersama air seketika, kemudian masak agar-agar sehingga larut.
Masukkan santan, cendol dan garam. Kacau sehingga mendidih di atas api perlahan.

Tuangkan di atas lapisan gula melaka yang sudah dicakar dengan garfu supaya dua lapisan bercantum dengan sempurna.

Tips:
Apabila santan dimasukkan, harus dikacau dengan api perlahan supaya agar-agar tidak berketul.

Kredit : Che Nom 



2. Puding Mangga/koktel

Puding Koktel

Bahan-bahan:

18 g agar-agar bertali - direndam 1/2 jam dan kemudian ditoskan

4 cawan (1 liter) air

2 cawan (500 ml) susu cair

1 cawan gula (boleh kurangkan)

1 sudu teh serbuk koko

Sedikit pewarna hijau

Sedikit pes atau jus pandan (optional - tak nak gunapun tak apa)

Lebih kurang 1 cawan buah2an koktel dalam tin - ditoskan sirapnya

Cara-caranya:

Satukan air dan agar-agar dan masak sehingga agar-agar larut. Masukkan susu cair dan gula. Masak atas api sederhana sambil dikacau selalu sehingga mendidih. Angkat.

Tapis adunan tadi dan asingkan lebih kurang 1 - 1 1/4 cawan adunan. Campurkan serbuk koko ke dalam adunan yang masih panas ini dan kacau hingga larut. Jika sukar larut, masak sebentar sambil dikacau hingga koko larut. Ketepikan.

Asingkan pula 2 1/2 cawan adunan dan ketepikan. (Biarkan adunan ini berwarna putih)

Baki adunan di dalam periuk dicampur dengan jus atau pes pandan dan pewarna hijau. Kacau hingga sebati.

Tuang 1/2 dari adunan berwarna hijau ke dalam acuan berukuran 7 inci. Ketepikan hingga mengeras.

Bila adunan hijau telah mengeras, tuangkan pula 1/2 adunan coklat di atasnya. Ketepikan lagi hingga mengeras.

Bila adunan kedua telah mengeras, tuangkan kesemua adunan putih di atasnya (kalau adunan putih sudah sejuk atau mengeras, panaskan dulu sehingga cair semula baru dituangkan atas lapisan kedua). Taburkan buah-buahan koktel ke dalam adunan putih. Jika ada potongan buah yang agak besar, potong dahulu kepada saiz yang lebih kecil. Ketepikan hingga mengeras.

Panaskan baki adunan koko dan tuangkan ke atas adunan putih yang telah keras tadi. Bila lapisan ke empat ini telah mengeras, panaskan baki adunan hijau dan tuang ke atasnya.

Sejukkan dahulu sebelum dihidangkan.

Kredit : Wanee Queen



3. Puding Karamel Tanpa Telur

Untuk karamel

4 sudu besar gula

3 sudu besar air

* masak atas api kecik hingga nampak perang

Untuk puding

1 paket serbuk agar2 10gram

4 cawan air

8 sudu besar gula

8 sudu besar susu pekat

1 tin susu cair

2 sudu besar tepung kastard

1 sudu kecik esen vanilla

(Kalau nak kurang manis lagi boleh kurangkan sukatan susu pekat dan gula)

*masukkan semua bahan dalam periuk kacau-kacau dengan api sederhana bagi adunan tak berketul...kacau sehingga mendidih dan smpai jadi macam pekat tutup api....

Tuang adunan dalam bekas yang berisi karamel tadi...pastu sejukkan dulu sebelum masuk peti ais...

3@4jam dah boleh makan

Tips : nak bagi karamel cantik dan tak lekat dibekas acuan...masa keluar dari peti ais...jangan buang terus bekas acuan...biarkan kat luar dalam setengah jam@sejam baru buang puding dari bekas....kalau terus buang mengejut memang akan lekat dekat acuan laa sebab karamel tengah sejuk beku dekat bawah...hihihi



4. Resepi Puding Roti Kayangan

Bahan Puding Roti:

* 2 kotak susu coklat

* 2 biji telur

* 1 bungkus roti coklat kismis

Bahan Sos:

* 1 tin susu cair

* 1 tin air

* 1/2 sudu tepung jagung

* 1 sudu tepung kastard

* 5 sudu gula

 Cara-cara Puding Roti

1. Lapik dulang dengan kertas penaik

2. Penyek roti di dalam dulang

3. Pukul 2 biji telur bersama 2 kotak susu coklat hingga sebati

4. Tuang diatas roti, biarkan terendam dan kembang seketika

5. Bakar pada suhu 180c selama 10 minit

6. Sejukkan dan masukkan di dalam peti sejuk

Cara-cara buat sos :

1. Campurkan 1 tin susu cair, 1 tin air (tin susu), 1/2 sudu tepung jagung, 1 sudu tepung kastard dan 5 sudu gula

2. Masak dengan api perlahan, kacau sehingga pekat dan kental

3. Sejukkan dan masukkan di dalam peti sejuk

Potong dan hidangkan bersama sos berkrim

Kredit: Munirah Jasamai



5. Agar-Agar Marble

Bahan-bahan:

1. Agar-agar (1 paket)

2. Gula (1 cawan)

3. Air (5 cawan)

4. Susu cair (1 tin)

5. Esen vanila (1 tbs)

6. Telur (2 biji)

7. Serbuk koko (2 sudu)

8. Pewarna merah 

Cara:

1. Panaskan air sehingga mendidih. Dah mendidih masukkan agar-agar

2. Masak sehingga agar-agar hancur. Dah hancur, kecikkan api.

3. Masukkan gula, kacau sehingga gula hancur.

4. Pecahkan telur di dalam bekas dan masukkan susu cair. Gaul sebati.

5. Masukkan adunan susu cair tadi ke dalam periuk agar-agar. Make sure api maintain slow je.

6. Masukkan 1tbs esen vanila. Kacau sebati sehingga mendidih. Tutup api. Biar jap.

7. Dalam bekas lain, kacau serbuk koko bersama sedikit air suam. Amek 1-2 senduk adunan agar-agar yang dah masak tadi dan gaul sebati.

8. Ulang step yang sama bagi pewarna merah.

9. Adunan agar-agar dalam periuk tadi tuang semuanya ke dalam loyang.

10. Masukkan adunan koko. Setel koko ulang step bagi adunan warna merah.

11. Amek sebatang lidi sate yang bersih, buat lakaran zig-zag. 

12. Siap. Sejukkan pada suhu bilik sebentar sebelum masuk fridge. Lepas 2 jam bolehla anda menikmati agar-agar marble yang sedap dan enak itu.



6. Agar-Agar Lumut

Bahan-Bahan:

25g agar-agar tali – potong-potong 2 inci

6 helai daun pandan – dibersihkan dan potong 1 inci

1 cawan santan pekat

800 ml air

600 ml air

1 biji telur

2 sudu teh garam

11 sudu makan gula

Cara-caranya:

1. Masukkan agar-agar tali dan 800 ml air ke dalam periuk. Masak hingga agar-agar larut.

2. Sementara itu, kisar daun pandan dan 600 ml air. Tapis air pandan tadi. Perah dan buang hampas daun pandan. 

3. Bila agar-agar sudah larut, masukkan air daun pandan. Biarkan mendidih. Masukkan gula, dan kacau hingga gula larut. 

4. Pecahkan telur, kacau dengan garfu hingga rata. Masukkan santan pekat dan garam. Kacau lagi. 

5. Bila gula sudah larut, masukkan campuran santan tadi. Kacau sentiasa hingga mendidih. Tutup api. 

6. Masukkan agar-agar ke dalam acuan atau loyang. Biarkan sejuk seketika, baru dimasukkan ke dalam peti sejuk. Hidangkan.



7. Puding Laici Yang Mudah Dan Sedap


Bahan bahan; 
10 gram serbuk agar agar 
5 cawan air - boleh kurangkan
¾ cawan gula 
15-20 gram gula batu 
1 tin susu cair 
1 tin buah laici - kisar kasar dgn 1 cawan air laici dalam tin 

Cara cara: 
Kisar kasar buah laici dengan 1 cawan air laici dalam tin. 

Masak air, gula dan gula batu sehingga hancur. Masukkan serbuk agar agar dan kacau rata. 

Masukkan susu cair dan laici yang dikisar. Kacau sehingga mendidih. Angkat dan tuang dalam acuan yang disukai. Sejukkan di dalam peti sejuk. 

Nota: 
Jika suka puding yang sedikit kental, boleh dikurangkan airnya. Mungkin guna 4 - 4.5 cawan sahaja.

Lebihan air laici disejukkan dan boleh jadikan kuah masa makan puding tu. 

Kredit: Azie Kitchen 


Selamat Mencuba..


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

4 Ulasan

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.