13 Resepi Masakkan Yang Berasaskan Kerang Untuk Juadah Berbuka



Assalamualaikum dan Selamat Petang, Salam 8 Ramadhan semua.. Ada peminat kerang disini, Bonde adalah peminat kerang, Kalau nampak kerang bakar terus nak oder, suka meratah kerang.. Bonde nak kongsikan 10 Resepi Kerang Untuk Anda cuba sesuai untuk makan waktu berbuka nanti.

13 Resepi Masakkan Yang Berasaskan Kerang Untuk Juadah Berbuka


13 Resepi Masakkan Kerang Untuk Juadah Berbuka



Kerang Masak Lemak Putih


1. Kerang Masak Lemak Putih


Bahan-bahan

1 batang Serai

1 sudu Lada hitam

1 biji bawang putih

6 biji bawang merah

Cili padi

1 inci halia

Santan

1ekor ikan rebus (isi sahaja)

Kerang

Cara-cara

1. Tumbukan bwang putih & merah, lada hitam, halia dan isi ikan bersama.

2. Bahan-bahan yang ditumbuk dimasukkan dalam periuk bersama kerang yang dicuci,cili padi, serai yang diketuk dan santan.

3. Masak sehingga mendidih kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.

Nota: jika anda ingin masukkan sayur seperti bayam atau bendi juga boleh.

Kredit : Muhammad Daniel


Gulai Kerang Tumis Darat

2. Gulai Kerang Tumis Darat


Bahan-bahan

*rempah kari ikan babas (ikot citarasa masing-masing)

*bawang merah 3 ulas (kisar)

*bawang putih 2 ulas (kisar) tapi saya guna lesung ja..

*santan

*kerang

*garam

Untuk tumis darat

*bawang merah 2 biji (dihiris)

*bawang putih 2 ulas (dihiris)

*daun kari

*halba campur

Cara-caranya

1. Masakkan rempah dengan air tanpa minyak..masukkan bawang merah dan putih yang dikisar...biarkan sehingga rempah masak..

2. Masukkan kerang dan santan, biarkan kerang masak terlebih dahulu..

3. Masukkan garam, secukup rasa biarkan mendidih...

4. Masukkan nenas dan bleh tutup api..

5. Akhir sekali masukkan bahan tumis darat...

Kredit : Idayu Razali
Kerang Masak Lemak Serai Pedas


3. Kerang Masak Lemak Serai Pedas


Bahan-bahan:

1 kg kerang, direbus dan dikeluarkan isinya

7 batang serai dan 1 inchi lengkuas, dikisar

1 biji bwg besar, 3 biji bawang putih, dikisar

1 inci halis diketuk

Cili padi dikisar, ikut suka kepedasannya

Sedikit serbuk kunyit

1/2 mangkuk santan pekat

1 keping asam gelugur

Garam dan gula secukup rasa

Daun kunyit, dipotong kasar

Cara-cara:

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar dan halia.

2. Bila dah naik minyak dan agak masak, masukkan kerang dan serbuk kunyit. Kacau sekadar mesra kerang dan bahan-bahan tumis tadi.

3. Tuang santan dan masukkan asam gelugur.

4. Perasakan dengan garam dan gula. Masak sehingga kuah agak pekat.

5. Masukkan daun kunyit. Kacau sebentar dan angkat.

Selamat mencuba yea :)

Kredit : Ummi

Kerang Black Peppers


4. Kerang Black Peppers


Resepi Simple

Kerang

Basuh & Rebus sehingga terbuka dan toskan

Black pepper

Tumis

6 ulas Bawang putih (tumbuk@kisar)

3 sudu Minyak masak

Campurkan semua bahan ni dalam 1 mangkok.

3 sudu Black pepper@ lada hitam

4 sudu gula

Secubit garam

2 sudu sos tiram

2 sudu kicap cair

1/2 cawan Air masak

Panaskan Minyak, masukkan bawang putih, tumis sehingga naik bau dan masukkan semua bahan dalam mangkok tadi dan kacau sampai pekat, last masukkan kerang dan gaul sebati sehingga semua perasa black peppers masuk dalam kerang

Mudah cepat dan sedap. Selamat Mencuba.

Kredit : Nora Rasyid

Rendang Kerang Hijau


5. Rendang Kerang Hijau


2 kg kerang (rebus dan buang kulit @ beli kerang yang dah siap kopek)

5 biji bawang kecil *

5 ulas bawang putih *

2 batang serai *

2 inci lengkuas *

1 inci halia *

5 biji cili hijau * (tak letak pun xpe)

15-20 biji cili api hijau * (ikut tahap kepedasan yang diinginkan)

1sk serbuk kunyit @ 1 inci kunyit hidup *

1 cawan santan pekat

1/2 cawan kerisek

1 helai daun kunyit

Garam

Gula

Serbuk perisa (ikut selera memasing)

- Kisar bahan-bahan bertanda *

- Tumis bahan2 kisar hingga wangi

- masukkan kerang + kerisek + santan , kacau hingga hampir kering

- masukkan daun kunyit + garam + gula + perisa , kacau sebati, rasakan ikut selera kita

- siap

Kredit : Noor nds

𝗥esepi Kerabu Tauge Kerang Sihat Sedap

6. 𝗥esepi Kerabu Tauge Kerang Sihat Sedap


Bahan-bahan:

2 cawan tauge

5 batang kacang botol

1 biji bawang besar - boleh kurangkan

1 biji cili merah - boleh ditambah

1/2 cawan udang kering

1 cawan isi kerang rebus - boleh ditambah

jus limau nipis secukupnya

sedikit belacan

kerisik secukupnya

garam dan gula secukup rasa

*boleh ditambah cili api jika sukakan pedas

Cara-cara memasak:

1. Bersihkan kacang botol dan potong nipis. Kemudian bersihkan tauge dan celur dalam air panas selama 5 saat saja, kalau nak rangup tak payah celur pun tak apa.

2. Mayang bawang besar nipis-nipis dan ketepikan dulu.

3. Tumbuk udang kering, belacan dan cili merah sampai lumat, perah limau kasturi dan ambil jusnya.

4. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.

5. Jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah mengikut citarasa.

Selamat mencuba

Resepi Air Asam Kerang

7. Resepi Air Asam Kerang


Rebus dulu kerang letak serai dan bawang garam sikit..

Air asam

Bawang merah hiris

Tomatao hiris

Cili padi hiris

Asam jawa pakai air rebusan kerang tadi

Belacan

Buh gula

Daun ketumbar

Siappp

Kredit: Sarah Zsazsarina Johari

Sambal Kerang Cili padi

8. Sambal Kerang Cili padi


Bawang harus lebih, hiris kasar dan separuh masak.. masa makan tu terasa kerangupannya...

2 kg Kerang direbus dan asingkan isinya

10 ulas Bawang merah*

5 ulas Bawang putih*

Segengam cilipadi*

4 biji lada hidup*

1 inci kunyit hidup*

2 keping asam gelugor

Minyak untuk menumis

Garam dan perasa

1bj bawang besar dihiris

Cara-cara :

Isi kerang digaul kunyit & garam dan digoreng separuh masak kemudian toskan.

Kisar kasar semua bahan bertanda*

Tumis bahan kisar td, campurkan asam keping dan perasakan

Bila tumisan dah betul2 garing, masukkan kerang tadi dan hirisan bawang besar. Gaul rata.

Tarraa.. dah boleh makan

Kredit Hafizan Hashim akok open

Resepi Kerang Masak Kam Heong

9. Resepi Kerang Masak Kam Heong


Bahan-bahan :

500 gram kerang (rebus sekejap je, kopek sebelah)

5 ulang bawang putih-tumbuk

5 ulas bawang merah-tumbuk

2 tangkai daun kari

8 biji cili padi, ketuk sikit (ikut suka byk mana, nk pedas, letak lebih sikit)

2 sudu besar udang kering (rendam sekejap dan tumbuk)

Minyak sedikit untuk menumis

Bahan kuah (bancuh semua bahan)

2 sudu besar serbuk kari

2 sudu besar sos tiram

1 sudu besar kicap pekat (blh ganti kicap biasa)

1 sudu besar kicap cair

Sedikit garam dan air

Cara-cara memasak:

Panaskan minyak, tumis daun kari, cili padi, bwg merah dan bawang putih sampai naik bau.

Kemudian masukkan udang kering yang ditumbuk halus. Kacau sebati.

Masukkan bahan kuah (rempah kari, sos tiram dan kicap). Kacau rata. Dah sebati, masukkan kerang, masukkan air (jgn byk sgt air, cair sangat tak sedap). Perasakan dgn garam & gula. Siap.

Kredit : Yan akif

Kerang Thai Style Pedas Masam


10. Kerang Thai Style Pedas Masam


10 biji Cili Padi Merah kalau nak kurang pedas boleh kurangkan atau nak lagi pedas boleh tambah lagi.(Ditumbuk halus)

5 biji limau nipis atau ikut suka masam dan ambik airnya

5 biji bawang putih dicincang halus

2 sudu kecil gula pasir

1 biji Tomato dibuang bijinya dan dipotong kecil-kecil

Daun Ketumbar dicincang halus

Timun kecil potong 2 dan rendam dahulu dalam air (hiasan)

1 sudu kecil Ajinomoto atau Maggi cukup rasa

Semua bahan dicampurkan sekali letak tepi.

Kerang 1 kilo dicuci bersih direbus sekejap separuh masak, dan buang kulit sebelah sahaja.

Kemudian dah siap kerang curahkan semua bahan-bahan tadi atas kerang.

Selamat Mencuba

 

Rendang Kerang


11. Rendang Kerang


Bahan bahan:
1 mangkuk isi kerang - 1 kg kerang
½ - ¾ biji kelapa parut - santan
1 batang serai - ketuk
2 sudu besar cili kisar kering
1 keping asam keping
1 sudu besar garam kasar
1 sudu besar gula Melaka
1 sudu besar kerisik
½ helai daun kunyit - hiris

Bahan kisar:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
½ inci halia
½ inci lengkuas
½ inci kunyit hidup
1 batang serai

Cara cara:
Masukkan bahan kisar dan santan ke dalam kuali. Kacau sehingga mendidih dan kuah pekat. 

Masukkan asam keping dan garam. Terus kacau sehingga ianya terbit minyak. 

Setelah kuah hampir kering dan terbit minyak, masukkan kerisik dan gula Melaka. Kacau lagi. 

Setelah kuah naik minyak cantik, tuangkan isi kerang dan kacau rata. 

Bahan bahan:
1 mangkuk isi kerang - 1 kg kerang
½ - ¾ biji kelapa parut - santan
1 batang serai - ketuk
2 sudu besar cili kisar kering
1 keping asam keping
1 sudu besar garam kasar
1 sudu besar gula Melaka
1 sudu besar kerisik
½ helai daun kunyit - hiris

Bahan kisar:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
½ inci halia
½ inci lengkuas
½ inci kunyit hidup
1 batang serai

Cara cara:

Masukkan bahan kisar dan santan ke dalam kuali. Kacau sehingga mendidih dan kuah pekat. 

Masukkan asam keping dan garam. Terus kacau sehingga ianya terbit minyak. 

Setelah kuah hampir kering dan terbit minyak, masukkan kerisik dan gula Melaka. Kacau lagi. 

Setelah kuah naik minyak cantik, tuangkan isi kerang dan kacau rata. 

Kredit : Azie Kitchen

Kerang Masak Ala Thai Viral

12. Kerang Masak Ala Thai Viral


1/2 kilo-kerang (masa tuk stok last dapatlah sikit jer)

2 batang serai (hiris)

1 biji bawang besar (hiris)

1 Biji bawang bombai (hiris)

3 ulas bawang putih (hiris)

6 biji cili api merah (hiris)

2 biji tomato (potong dadu ikut saiz anda suka)

3 batang daun ketumbar (hiris)

5 sudu jus lemon

sedikit garam

sedikit gula 

sedikit cukup rasa maggi

sedikit air

Cara Memasak Kerang Masak Ala Thai Viral :


Rebus kerang terlebih dahulu, setelah masak angkat toskan air dekat tapis, Masukkan sedikit air dalam kuali, buka api kecil sekali...

Selepas itu masukan bahan yang dihiris bawang, serai, bawang putih dan cili api kacau rata, masukan jus lemon dan masukan kerang yang telah direbus tadi.

Selepas itu letak garam dan cukup rasa maggi, masukan tomato dan dan daun saderi kacau lagi bagi rata dan last sekali taburkan daun saderi semasa hendak dihidang.

Siap untuk dimakan... Selamat Mencuba!

Kalau malas nak masak sambal kerang, boleh guna yang ready made jenama adabi : klik tajuk dibawah untuk membaca cara memasak : 


5 KELEBIHAN SAMBAL KERANG - ADABI

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Ya allah bonde...ni fav SA jugak ni....geramnya tgok kerang ni semua..skrg susah nak dapat kerang yang elok...selalu dapat beli banyak yang dah busuk

    BalasPadam
  2. bonde macam tau2 aje saya baru citer ttg kerang pagi tadi haha

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.