Assalamualaikum dan Selamat Petang... Hai pembaca semua, Bonde terliur melibat Sambal Bilis Belimbing Buluh ni, Serius kecur air liur dibuatnya. Selalu Belimbing Buluh Bonde buat sambal hitam, sambal sardin atau masak dalam gulai. Tapi akan datang nak buat macam Resepi dekat bawah nih.
Resepi Sambal Bilis Belimbing Buluh
Resepi simple yang akan buat anda menambah nasi. Tak de lauk lain pun takde hal ler... he he he
Bahan-bahannya:
Ikan bilis
Cili merah & cili padi - ejas la nak pedas macam mana
Bawang merah
Belacan (optional)
Cara-caranya :
Semua bahan di atas, Tumbuk ikut suka nk kasar atau halus
Belimbing buluh - hiris bulat-bulat, kalau suka masam boleh lebihkan..
Petai - hiris-hiris je (optional)
Tumis bahan tumbuk, kemudian masukkan belimbing dan petai.
Tumis sampai garing dan pecah minyak, perasakan garam dan gula, siap untuk dimakan.
Simplekan
Credit : Nanie Rosnani
@telepesanbonda
edit by me
~ Bonde Senyum Riang ~
8 Ulasan
Aishhh kecur air liur tengok ni bonde.
BalasPadambelum pernah rasa lagi sambal bilis belimbing buluh, tapi mesti sedap kann ^^ nak try buat lah nanti
BalasPadamSedap betul. terliur dibuatnya. teringat sambal hitam pahang pula. hehe
BalasPadamSedapnya bonde. Skrg mmg musim belimbing ni. Heheheh sy dok msk gulai je. Resepi bonde ni sy try la buat. Suami suka sambal mcm ni cuma xpernah try buh belimbing.
BalasPadamkesukaan ni. makan dengan nasi putih. sedap2
BalasPadamSedap ni..sambal ni aje..pas tu goreng ikan panas2...best oiii
BalasPadammenyelerakan sgt gambar tu
BalasPadamterliur dah ni...
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.