Santai-santai dekat rumah tu apa kata cuba buat Mee Wantan Kicap + Dumpling! terliur tengok gambar kat bawah nih! Mee Wantan Kicap ni popular dikalangan masakan cina, Jadi kalau ke Ipoh Bonde selalu akan cari Mee Wantan nih! memandangkan sekarang tak boleh nak merentas Negeri... pe kata kita buat sendiri Mee Wantan Kicap ni! Ikut resepi yang telah dikongsikan oleh Salimah Olie.
Baca : Resepi Sup Tulang
Resepi Mee Wantan Kicap + Dumpling 🥟
Harini mood ada rajinnnn sikit, Saya buat mee wantan kicap dan dumpling.
Saya guna resepi yang di ambil dari group MAHN. tapi ada yang saya ubahsuai sikit. Saya sertakan resepinya kat bawah ya.
Bahan Dumpling :
Kulit dumpling segera (beli di pasaraya)
2 keping dada ayam - dicincang
isi udang - dicincang
1 biji telor
1/2 biji bawang holand - diracik
1 sudu kecil lada sulah
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar minyak bawang putih
1 sudu kecil garam
daun bawang - diracik halus
Cara-cara:
Gaulkan semua bahan di atas sampai sebati.
Ambil kulit dumpling, letakkan isi yang digaul tadi di tengah-tengah kulit.
Letakkan sedikit air dikeliling kulit dan bunjutkan.
Kukus dalam 4@5 minit.
Jangan lupa sapukan minyak pada periuk kukusan untuk mengelakkan dumpling melekat semasa mengukus.
Bahan sup jernih :
3@4 cawan air
Tulang ayam (lebihan dari dada ayam tadi)
Bebola ikan
Dumpling yang telah dikukus
1/2 kiub ayam knorr
1 sudu teh lada sulah
1cm halia | dihiris nipis
2 sudu besar minyak bawang putih
Garam cukup rasa
Daun bawang
Cara-cara:
Akhir sekali baru masukkan bebola & dumpling. Biar mendidih sekejap.
Padamkan api.
Bahan mee kicap:
1 paket mee wantan
4 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap cair/manis
2 sudu makan sos tiram
2 sudu teh lada sulah
Cara-cara:
Celur mee wantan dengan air panas dan toskan.
Gaulkan dengan semua bahan-bahan diatas. Ketepikan.
Hidangkan mee tadi bersama dumpling goreng, cili jeruk, sayur kailan celur dan sup jernih.
Selamat mencuba
Resepi fb : Salimah Olie
~ Bonde Senyum Riang ~
3 Ulasan
Alamakkkk....fav SA ni....
BalasPadamSedapnya bonde. Nora suka sangat makan. Tapi selalu dekat foodcourt klcc. Hahahha. Nak msk sndiri lg lah ntah bila.
BalasPadamSedapnya favourite saya ni tau..
BalasPadamBonde do tag join GA shida
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.