Resepi Ikan Patin Pais Tempoyak



Assalamualaikum dan Selamat Petang, Hai pembaca semua,  Dah masak dan makan tengahari ke tu? Alhamdulillah rezeki hari ni, Bonde dekat pejabat ni ada kawan belanja makan tengahhari ... moga murah rezeki beliau yang belanja.  Tapi walau pun perut dah kenyang tetap teliur bila nampak Ikan Patin Pais Tempoyak ni... Mesti sedap menu ni dimakan dengan nasi panas-panas.

Jadi Bonde kongsikan disini nanti nak cuba buat... bukan apa resepi ni nampak sangat sedap dan teringin nak cuba buat sendiri.  Bagi anda yang nak resepi bolehlah ambik dan kongsikan.



Resepi Ikan Patin Pais Tempoyak



Bahan-bahan:

* 1 ekor ikan/ 500 gram – dipotong dua dan dikelar

* 4-6 sudu makan tempoyak asli

* 1 keping asam keping (tempoyak saya dari durian segar – manis. Kena letak asam)

* 1/3 inci kunyit hidup

* 10-15 cili Thai

* 2 tangkai pucuk daun kesum

* 1/3 helai daun pepijat (boleh ganti dengan daun kunyit)

* 1/2 batang bunga kantan (pilihan)

* 1 sudu teh garam

Cara-cara:



1. Tumbuk asam keping hingga terurai, kemudian baru tambahkan cili dan tumbuk lagi.

Baca ini juga : Cara Buat Tempoyak 

2. Masukkan tempoyak bersama garam dan alukan sebati.


3. Hiris daun kesum. daun pepijat, bunga kantan dan campur masuk dalam adunan tempoyak.

4. Letak ikan atas daun pisang yang dilapik aluminium foil. Sapu rata adunan tempoyak.



5. Tutup dan kemaskan aluminium foul. Cucuk dengan garpu di bahagian atas dan perap sekitar 2 jam untuk tempoyak masuk ke bahagian isi ikan.


6. Boleh bakar dengan sedikit minyak,atau masukkan dalam oven atau kukus ikut selera – Saya suka letak dalam kuali rata, letak sedikit minyak dan tutup. Balikkan setiap 5 minit dengan api sederhana hingga masak. Hasilnya anda akan dapat patin pais tempoyak pekat yang cukup semua rasa.

Tips: tumbuk dengan lesung batu untuk dapatkan rasa yang asli serta pekat terasa penuh aroma.Dan jangan tambah sebarang air.

Kredit: Ben Safwan

#resepi #resepimenambatselera #pais #paisikanpatin #paistempoyak #tempoyak #tempoyakikanpatin

Selamat Mencuba!

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. sedapnya.. sy mkn yg frozen je..

    BalasPadam
  2. Ya allah..sedapnya...dah la fav ha...

    BalasPadam
  3. Sedapnya bonde. Saya tak pernah buat macamni lagi. Selalu dah siap je tau makan je. Hahah. Tq sharing bonde

    BalasPadam
  4. adoi kak, memang terliur tengok kalau masakan patin tempoyak ni

    BalasPadam
  5. sedapnya.. nak buat pun senang gak ni

    BalasPadam
  6. cuma nak kena cari daun2 tu la

    BalasPadam
  7. Sedapnya bonda.. cara nak masak pun mudah.

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.