Assalamuaikum dan Selamat Pagi, Hai pembaca semua, Biskut ni memang kesukaan Bonde sejak dari zaman kanak-kanak lagi, Biskut ini antara yang selalu arwah Mak buat bila nak raya. Mengimbau zaman kanak-kanak Bonde... dulu arwah mak akan adunkan bahan-bahan untuk buat biskut dan tugasan Bonde akan masukkan adunan dalam acuan dan tugasan Kak Long Bonde akan membakarnya ke dalam oven butterfly yang guna minyak tanah. Kiranya masing-masing ada tugasan sendiri... dan selesaikan part yang diberi sehingga adunan habis. Biskut ni pula memang tak susah nak buat bahan-bahan pula senang dan mudah untuk dibeli masa tu... Rata-rata dekat Kampung bila kami beraya di rumah saudara mara memang ada jer biskut nih he he he.
Resepi Biskut Peanut Butter
Seketul butter berat 250 gm
3/4 cawan gula aising
1 biji kuning telur
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan mentega kacang
11/2 cawan tepung jagung
Cara-caranya :
Adun butter dengan gula aising biar sebati
Tak payah guna mixer ye...guna senduk kayu jer...spatula pun boleh. Masukkan kuning telur gaul sebati juga.
Kemudian masukkan mentega kacang adun sebati....masukkan tepung jagung dahulu baru tepung gandum...gaul sebati sehingga jadi doh.
Kalau agak lembik campurkan tepung gandum tapi jangan banyak...biarkan adunan nie agak lembut...sebab adunan ini akan agak kering jika dibiarkn agak lama...
Sediakan acuan yang telah disapukan butter dan diletak kismis ditengah acuan. Gentel bulat-bulat adunan masukkan dalam acuan
Tekan agak padat...bakar dalam suhu 160°c masa 25 minit. Biarkan betul-betul sejuk baru keluar dari acuan...
Simpan dalam balang kedap udara, biskut akan tahan lama.
Selamat Mencuba!
Rsepi lain berasaskan kacang boleh klik link :
~ Bonde Senyum Riang ~
6 Ulasan
sedapnya.. teringat dulu penah buat dgn arwah mak mmg sebijik rupanya gini
BalasPadamMudahnya caranya nak buat. Suka sangat biskut yang ada penut butter ni. Boleh lah masuk list untuk buat biskut raya nanti.
BalasPadamNampak mudah buat biskut ini. Boleh cuba nanti untuk projek kuih raya 2021 nanti
BalasPadammenarik ni, boleh cuba nan ti
BalasPadamteringat kecik2 dulu
BalasPadamNi kalau dah bakar mesti semerbak bau dia kan.
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.