Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai Pembaca semua.. Bercerita tentang masakkan ada macam-macam menu yang sedap menepati citarasa kalau sekali dan cuba makan, pasti akan ulang lagi makanan tersebut. Antara yang menjadi kesukaan Bonde ialah Masakan Cina.
Masakan Cina Sekali Cuba Pasti Nak Lagi
Masakan Cina adalah salah satu menu makanan yang mendapat permintaan tinggi di Malaysia. Pelbagai kaum di Malaysia menerima masakan cina , lagi-lagi dengan adanya restoran chinese muslim yang boleh dikunjungi dengan rasa yakin.
Bagi yang masih samar-samar dengan kisah asal bagaimana masakan cina boleh berkembang di dalam negara kita. Di sini akan dikongsikan serba sedikit info mengenai masakan cina untuk kita sama-sama tahu.
Sumber google
Terdapat bermacam jenis masakan yang berasal dari pelbagai wilayah di China dan juga dari orang Cina di luar negara yang telah menetap di bahagian lain di dunia. Kerana kekuatan sejarah yang ada kaitan dengan negara Cina itu sendiri, masakan Cina telah turut mempengaruhi banyak masakan lain di Asia, dengan pengubahsuaian dilakukan untuk memenuhi selera tempatan.
Makanan Cina seperti nasi, kicap, mi, teh, minyak cili dan tauhu, perkakas seperti kuali dan sebagainya, kini boleh didapati di seluruh dunia.Keutamaan untuk teknik memasak di wilayah China bergantung pada perbezaan latar belakang sejarah dan etnik.
Ciri-ciri geografi termasuk gunung, sungai, hutan, dan gurun juga mempunyai pengaruh yang kuat terhadap bahan-bahan tempatan yang ada, ia turut mengingat kan juga tentang iklim negara China itu sendiri.
Ekoran dari sejarah Cina yang banyak berkembang termasuk soal perdagangan yang telah bermula sejak dulu, bahan masakan dan teknik memasak dari budaya lain telah disatukan ke dalam masakan Cina dari masa ke masa.
Dalam banyak-banyak jenis teknik memasak itu, ada beberapa teknik yang paling dipuji iaitu Chuan, Lu, Yue, dan Huaiyang, masing-masing mewakili masakan China Barat, Utara Selatan, dan Timur.
Masakan cina turut mengambil kira tentang warna, bau, dan rasa. Semua ini adalah tiga aspek tradisional yang digunakan untuk menggambarkan makanan Cina. Ada juga di antara masakan ini yang turut membawa makna. Ia boleh dilihat pada penampilan, cara persembahan dan bahan untuk masak makanan itu sendiri. Memasak harus dinilai sehubungan dengan bahan yang digunakan, alatan sewaktu memasak, dan perasa yang dihasilkan.
Terdapat pelbagai gaya memasak di China, dan antara masakan Cina yang paling terkenal dan paling berpengaruh adalah masakan Kantonis, masakan Shandong, masakan Jiangsu (khususnya masakan Huaiyang) dan masakan Sichuan. Semua gaya masakan ini berbeza di antara satu sama lain.
Masakan cina juga banyak menggunakan bawang putih dan bawang merah bersama cili dan rempah-rempah. Masakan Jiangsu lebih suka teknik memasak seperti memanggang dan merebus, sementara masakan Sichuan menggunakan penaik.
Antara Masakan Cina Yang Popular
1. Pau
2. Itik panggang
Sumber google
3. Nasi ayam
Sumber google
4. Ikan kukus
Masakan Zhejiang pula lebih menumpukan pada penyediaan makanan segar dan berkongsi beberapa ciri yang sama dengan makanan Jepun. Masakan Fujian terkenal dengan makanan laut dan supnya yang enak dengan penggunaan rempah rempah yang tepat. Masakan Hunan terkenal dengan rasa panas dan masam.
Berdasarkan bahan mentah dan ramuan yang digunakan, kaedah penyediaan dan perbezaan budaya, pelbagai makanan dengan rasa dan tekstur yang berbeza disiapkan di berbagai wilayah di negara ini. Banyak masakan tradisional untuk sesuatu daerah itu bergantung pada kaedah asas pemeliharaan seperti pengeringan, pengasinan, pengawetan dan penapaian.
Makanan Cina Mudah Didapati Dalam Malaysia
Untuk nikmati masakan cina di Malaysia mudah saja. Mudahnya itu hingga tahap tak perlu keluar dari rumah langsung. Ini kerana, di Malaysia sudah ada chinese food yang boleh dipesan dengan hujung jari.
Salah satu pihak yang boleh digunakan untuk tujuan pesanan masakan cina dalam talian ini adalah Foodpanda. Tak perlu pening kepala cari satu demi satu kedai kerana di Foodpanda sudah ada semua detail yang diperlukan.
8 Ulasan
SA antara penggemar masakan cina...sedap sanagt..dan yang penting sihat
BalasPadammasakan cina kebanyakannya sihat2 kan sebab byk steam dan sup2
BalasPadamKita pun suka masakan cina sbb style mskn dia mmg sedap.. Yg halal punyaa la hehe
BalasPadamPau dan nasi ayam tu mmg favorite sgt.. menu dorg pun byknya mmg healthy..
BalasPadamSblm PKP, ana selalu juga pergi makan makanan cina ni. Skrg senang order online je ha..
BalasPadamWahh best kan, i pun suka makan peking duck and steamed fish.
BalasPadamcik en salah seorang peminat chinese food.. ntah kenapa tapi klu de yg halal dan ada di kawasan cik en, mesti cik en akan cuba... skrg dh ada foodpanda. lg mudah untuk order
BalasPadamDugaan... tertengok makanan2 tu time tgh puasa hmm
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.