Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
Assalamualaikum dan Selamat Malam
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Lebih kurang 15 lagi ke bulan Ramadhan🌙 1442H Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga. Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya, Bonde kongsikan bahan bacaan sempena malam Nisfu Syaaban.

Malam NISFU SYAABAN
Dari Muaz bin Jabal RA dari Nabi SAW baginda bersabda:
Allah mendatangi makhlukNya pada malam Nisfu Syaaban. Dia mengampuni makhluk kecuali orang musyrik (berbuat syirik) dan yang bermusuhan.
(HR Tobrani No: 16639) Status: Hadis Sahih
Bulan Syaaban memiliki kelebihan tersendiri dimana merupakan bulan yang Rasulullah SAW paling banyak berpuasa sunat di dalamnya.
Malam Nisfu Syaaban juga terdapat kelebihan dan keutamaan bagi mereka yang beribadat dengan diberikan keampunan kecuali kepada mereka yang syirik dan bermusuhan sesama mereka.
Digalakkan kita memperbanyakkan ibadat dan memohon keampunan kerana Nabi SAW bersabda:
Dari 'Aisyah RA dia berkata,
Pada suatu malam saya kehilangan Rasulullah SAW, lalu saya keluar, ternyata saya dapati baginda sedang berada di Baqi',
Baginda bersabda:
"Apakah kamu takut akan dizalimi oleh Allah dan Rasul-Nya?"
Saya berkata, wahai Rasulullah, saya mengira tuan mendatangi sebahagian isteri-isterimu,
Saya berkata, wahai Rasulullah, saya mengira tuan mendatangi sebahagian isteri-isterimu,
Baginda bersabda:
"Sesungguhnya Allah ta'ala turun ke langit dunia pada malam pertengahan bulan Syaaban, lalu mengampuni manusia lebih banyak dari sejumlah bulu kambing." (HR Tirmizi No:670)
Ibnu Rajab mengatakan, berkaitan dengan malam nisfu Syaaban, para tabi’in penduduk Syam, seperti Khalid bin Ma'dan, Mak-hul, Luqman bin Amir, dan beberapa tabi'in lainnya memuliakannya dan bersungguh-sungguh dalam beribadah di malam itu. (Lathaiful Ma'arif, hlm. 247)
Ulama bersetuju tidak ada jenis ibadat yang dikhususkan pada malam tersebut seperti tidak ada solat Nisfu Syaaban 100 rakaat, doa-doa khusus atau bacaan-bacaan khusus.

Marilah kita merebut peluang memperbanyakkan ibadat dengan solat sunat, zikir, membaca al-Quran, selawat, doa dan memohon keampunan setiap waktu dan masa.
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

Nisfu Syaaban; Pertembungan Antara Keharusan Dan Bidaah
Nisfu Syaaban merupakan malam yang terkenal dikalangan umat Islam kerana didalamnya mengandungi banyak fadilat-fadilatnya.
Imam Syafie mengatakan terdapat lima malam yang sunat dan digalakksn untuk berdoa sepanjang malam iaitu malam Jumaat, malam dua hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) awal bulan rejab dan malam nisfu Syaaban.
Walaupun menyambut malam nisfu Syaaban ini dianggap bidaah oleh sesetengah dikalangan kita namun ianya tidaklah sampai ke tahap yang haram jika dilakukan.
Cuma jangan kita mengkhususkan ibadah itu hanya pada mlm tersebut. Justeru itu sesiapa yang ingin melakukan apa saja amalan dimlm itu (nisfu Syaaban) maka lakukanlah hanya saja bkn pengkhususan utk mlm tersebut cuma puasa sahaja yang ada dalil yang sahih.
Yang lain seperti qiamullail, solat sunat beberapa rakaat khatam alQuran itu pada malam tersebut ianya berstatus dhoif.
Namun begitu ianya boleh diamalkan kerana semua yang disebutkan itu merupakan amalan sunat serta beroleh pahala jika dilakukan.
Maka yang demikian itu hendaknya kita berhati-hati dengan amalan-amalan kita takut=takut apa yang dilakukan itu tidak selari dengan kehendak syariat
Renung-renungkanlah...
perkongsian di channel tele @quotephotovideo
~ Bonde Senyum Riang ~
3 Ulasan
salam nisfu syaaban bonde :)
BalasPadamsalam nisfu syaaban buat bonde sekeluarga
BalasPadamalhamdulillah
BalasPadamtq atas perkongsian ini
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.