Konsep Pelamin Neelofa Jabal Rahmah Bunga Rose Putih Umpama Jemaah Haji



Assalamualaikum Dan Selamat Malam, Hai Pembaca  semua, Bonde pulak yang tak move on lagi dengan Penikahan Neelofa dan PU Riz, Bonde ambik kesempatan ini nak ucapkan Tahniah kepada kedua mempelai.  Majlis yang sangat menarik dan sempurna sekali. Bukan apa banyak sangat koleksi gambar yang Bonde simpan di handphone sebelum Bonde clearkan baik Bonde up dekat entri post supaya yang lain pun boleh tengok dan baca nanti atau jadikan idea untuk majlis mereka akan datang, InsyaAllah. Konsep Pelamin Neelofa Jabal Rahmah Bunga Rose Putih Umpama Jemaah Haji 



Konsep Pelamin Neelofa Jabal Rahmah Bunga Rose Putih Umpama Jemaah Haji 


Pelamin Neelofa 100% guna Baby Breath and Rose.

Jabal Rahmah Peristiwa Pertemuan Nabi Adam Dan Hawa


Jabal Rahmah, satu bukit berbatu setinggi 70 meter dan memiliki hampir 170 anak tangga adalah lokasi yang sering dilawati jemaah haji jika melawat Arafah, Mina dan Muzdalifah.

Bukit berkenaan yang dikaitkan dengan pertemuan Nabi Adam dan Hawa ketika diturunkan ke bumi sejak berpisah ratusan tahun.

Di atas bukit batu granit itu juga didirikan satu tugu batu setinggi lapan meter dan selebar 1.8 meter bagi mengingati peristiwa kasih sayang itu.

Berikutan itu juga, ramai pengunjung yang datang berdoa agar ditemukan jodoh atau bagi yang sudah berkahwin pula agar cinta mereka seteguh cinta Adam dan Hawa.

Dari atas bukit juga akan jelas kelihatan khemah Arafah yang dibina untuk berwukuf selain pemandangan bukit tandus di sekitarnya.

Gambar Persandingan Neelofa Dan PU Riz




Selepas ini, bakal pengantin bolehlah buat konsep yang sama macam ni, sejuk mata memandang suka sangat.. Konsep Islamic.  Yang penting buat ikut kemampuan anda tau! 


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

1 Ulasan

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.