Tentang Inaidamia Sdn Bhd.
Inaidamia Lancar Produk Dan Bungkusan Baharu
Inaidamia Sdn Bhd, sebuah
syarikat yang memasarkan produk daun inai semula jadi akan melancarkan produk
baharu mereka, iaitu Inai Serbuk dan Inai Rambut Premium pada 8/3/21. Inaidamia
juga menawarkan promosi prapelancaran bermula 22/2/21 hingga 7/3/21 sempena
pelancaran produk-produk baharu tersebut.
Serbuk
inai dan inai rambut ini dihasilkan daripada 100% inai tulen dengan kualiti premium
tanpa pewarna tambahan dan bahan kimia terlarang yang diimport dari
Sojat City, Rajasthan, India.
Pengasas Inaidamia, Noor Hazlinda Ridzuan |
Pengasas
Inaidamia, Noor Hazlinda Ridzuan menjelaskan bahawa, “Kami komited dalam
menghasilkan produk inai 100% asli
bagi menyediakan alternatif yang lebih selamat kepada pengguna berbanding
produk berasaskan bahan kimia sintetik. Inisiatif ini juga
selaras dengan misi Inaidamia untuk memasarkan produk kecantikan berdasarkan
sumber semula jadi.”
“Produk semula jadi menjanjikan kualiti dan utrient yang lebih tinggi kepada pengguna. Inai Serbuk dan Inai Rambut Premium ialah respons Inaidamia terhadap permintaan pelanggan yang inginkan inai yang warnanya tahan lama di samping menyihatkan rambut. Apabila Inai Serbuk dipakai pada jari, pengguna akan mendapati warna inai tahan lama di kuku sehingga kuku habis dipotong. Apabila digunakan pada rambut, pengguna akan mendapati Inai Rambut Premium berupaya menguatkan akar rambut dan mengurangkan rambut gugur, serta menghilangkan kelemumur,” tambah beliau.
Dalam
usaha menarik perhatian pelanggan semasa dan lebih ramai pelanggan baharu,
Inaidamia juga melancarkan reka bentuk pembungkusan baharu untuk produk mereka.
Wajah baharu produk-produk Inaidamia
tampil lebih moden namun masih mengekalkan ciri tradisi dan kewanitaan.
Inaidamia komited dalam menghasilkan produk berkualiti
tinggi dan selamat digunakan, tetapi di
samping itu, mereka tidak lupa untuk meningkatkan imej mereka, iaitu dengan
menampilkan reka bentuk dan rancangan pemasaran yang lebih baik.
Bagi
pelanggan yang berminat untuk mendapatkan promosi Inaidamia sebelum pelancaran,
anda boleh menghubungi ejen Inaidamia di seluruh Malaysia atau melayari laman
web Inaidamia di https://inaidamia.com/produk/. Semua produk Inaidamia
dibenarkan untuk dibawa solat (solah), bebas daripada bahan kimia terlarang dengan harga berpatutan. Laman web
Inaidamia juga mempunyai tanda meterai BizTrust daripada Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM).
Info lanjut di https://inaidamia.com
6 Ulasan
Boleh menguatkan rambut dan kurangkan rambut gugur tu, menarik. macam nak cubalah. sekarang ni, rambut bermasalah sikit.
BalasPadamCantiknya packaging dia. Owner dia pun lawa mesti best inai ni
BalasPadamMenarik ni...nampak cantik warna dia..siap boleh bawak solat kan...
BalasPadamMenarik inaidamia ni sebab guna inai tulen tanpa bahan2 kimia. Rasa selamat nk guna.
BalasPadamSuka tgk packaging baru dia nampak nice gila kan
BalasPadamRamai kawan pun recommended this, i pun nak try their Inai Rambut Premium for my hair.
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.