Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai pembaca semua, Yeayy Malam ini 23 Mac 2021 drama yang Bonde nantikan sekian lama telah mula ditayangkan di kaca tv, Bonde dah tamat baca Novelnya... kini layan drama pulak, Drama adaptasi novel 'Rindu Awak Separuh Nyawa' karya Siti Rosmizah. Menampilkan gandingan Shukri Yahaya dan Uqasha Senrose. Drama bersiri 40 episod arahan Along Kamaludin, terbitan syarikat produksi SR One Sdn Bhd. Drama Rindu Awak Separuh Nyawa ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam menerusi slot Megadrama di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Drama Adaptasi Rindu Awak Separuh Nyawa
Pelakon Drama Rindu Awak Separuh Nyawa
Watak Pelakon Rindu Awak Separuh Nyawa
Syukri Yahaya sebagai Nazril Nazim
Uqasha Senrose sebagai Kasih Maisara
Marsha Milan sebagai Nurul Huda
Norreen Iman sebagai Qistina
Fizo Omar sebagai Aidil
Aida Khalida sebagai Puan Norida
Khairil Anwar Aman sebagai Datuk Raqib
Rahim Jailani sebagai Dato Halim
Fiza Thomas sebagai Sally
Norkhiriah sebagai Kak Munah
Aleza Shadan sebagai Esah
Balkisyh Semundur Khan sebagai Jah Kelip
Ikhlas Jalil sebagai Izudin
Fiza Thomas sebagai Sally
Fauzi Nawawi sebagai Kasim
Aleza Shadan sebagai Esah
Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa
Maisara menyimpan dendam terhadap ayahnya, Dato’ Raqib, kerana dia merasakan bahawa Dato’ Raqib merupakan penyebab kematian ibunya. Kerana dendam itu, Maisara telah menggunakan Aidil, anak lelaki kepada sahabat baik bapanya sebagai kambing hitam dalam rancangan memalukan ayahnya. Maisara berpura-pura jatuh cinta dengan Aidil dan membatalkan upacara pertunangan ketika ia bakal berlangsung. Aidil kecewa namun dia menerima keputusan Maisara kerana perasaan cintanya masih ada buat gadis sombong itu.
Dalam kejadian lain, Maisara hampir melanggar Nazril Nazim yang sedang menunggang motorsikal. Tercetus perbalahan kecil sewaktu mereka berdua bersemuka buat pertama kali itu. Pertemuan kedua mereka adalah apabila Nazril menghubungi Maisara untuk menyerahkan surat amanah sahabat baiknya Aidil, tanpa mengetahui bahawa Kasih Maisara yang telah mengecewakan sabahatnya itu merupakan perempuan yang sama yang diceramahnya sebelum ini. Sewaktu bertemu, sekali lagi Nazril menegur kesombongan Maisara. Nazril satu-satunya lelaki yang berani menegur perangai buruk Maisara. Egonya terusik dengan teguran Nazril. Teguran Nazril didengari oleh musuh Maisara, Sally yang kemudiannya mencabar gadis itu untuk menjadi isteri Nazril. Dengan sombongnya Maisara bersetuju menyebabkan Nazril Nazim menjadi mangsa pertaruhan bodoh Maisara tanpa dia ketahui.
Pelbagai cara yang Maisara gunakan untuk mendekati Nazril. Tanpa Maisara ketahui, keluarga Nazril telah memilih Nurul Huda, gadis sekampung Nazril sebagai calon isteri buat Nazril dan mereka bakal disatukan setelah keduanya habis belajar. Nurul Huda juga merupakan teman sebilik Maisara yang sangat dibencinya. Namun satu kejadian yang tidak dijangka berlaku, Nazril membuka hatinya untuk mengambil Maisara sebagai isterinya. Nurul Huda yang sememangnya menyayangi Nazril kecewa. Manusia tidak sempurna dan melakukan kesalahan. Maisara hidup dan belajar, ketulusan Nazril menyiram dirinya dengan cinta membuatkan dia sedar. Walaupun begitu, ketika cintanya mulai mekar, Nazril menyedari bahawa perkahwinan mereka hanyalah ‘pertaruhan’ buat Maisara, dan dia pergi dengan hati yang patah. Maisara yang sedang dilamun cinta menunggu kepulangan suaminya namun Nazril tidak kunjung tiba, apakah itu pengakhiran kisah cinta mereka.
Rakam Full Episod Dekat Dekoder Astro
Bonde dah siap-siap rakam dekat dekoder astro drama nih... boleh tengok ulang-ulang kali. he he he
Selamat Menonton semua...
Entri berkaitan : Rindu Awak Separuh Nyawa
~ Bonde Senyum Riang ~
1 Ulasan
Tak sempat nak tengok episod2 awal ni. Kena tengok online jer...
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.