6 Tips Pemilihan Kabinet Dapur



Assalamualaikum dan Selamat Pagi, Hai pembaca semua... Sesungguhnya mood nak masak tu datang dari dapur yang kemas! kalau tengok dapur berselerak memang mood automatik jadi murung.  Kalau tak kemas cukup ruang dapur tu berada dalam keadaan bersih.  Sebelum tu Bonde nak kongsikan dekat bawah ni 

6 Tips Pemilihan Kabinet Dapur 

Bagi anda yang ura-ura nak buat rumah baru atau nak ubahsuai bahagian dapur, yang nak buat kabinet dapur harus baca info dibawah nih.



Kabinet dapur antara item yang membantu menaikkan nilai seri ruang dapur unit kediaman anda. Kabinet dapur dipilih berasaskan material, reka bentuk, ruang penyimpanan dan kos.

Bagi memudahkan pencarian material dan reka bentuk kabinet dapur, FURNITURE BUDGET menyenaraikan jenis bahan untuk kabinet dapur siap dipasang.

Dekat bawah ni FURNITURE BUDJET sediakan beberapa jawapan untuk soalan yang selalu ditanya oleh customer bila nak buat kabinet. So, untuk anda yang tengah survey kabinet dapur tu, boleh laa dapat sikit info tentang kabinet dapur ni. Bak kata FURNITURE BUDJET, "sambil survey, tambah ilmu".

1. Boleh tahu harga kabinet dapur ?


Untuk tahu anggaran harga bagi sesebuah kabinet dapur, ukuran saiz kabinet perlu disertakan. Jika tidak pasti ukuran saiz kabinet, anda boleh berikan gambar ruang dapur atau layout dapur ke sales person kami. 

Selain tu, pemilihan material bagi kabinet dapur juga mempengaruhi harga sesebuah kabinet dapur.

2. Material apa yang selalu guna untuk buat kabinet dapur ?

           

Ada banyak material yang digunakan untuk buat kabinet dapur, antaranya Melamine, Laminate HPL, Glass (3G dan 4G), serta Acrylic.

Tapi, material yang selalu jadi pilihan ramai adalah Melamine dan Glass.Pemilihan kedua-dua material ini selalu digandingkan untuk padanan yang lebih menarik dan cantik.

3. Apa beza Melamine dan Glass ?


Melamine lebih kepada corak - corak 'woodgrain' atau corak kayu, dan ia mempunyai texture (untuk sesetengah corak). selain corak kayu, melamine juga mempunyai warna "PLAIN" dengan pelbagai pilihan warna yang sangat cantik. Terdapat lebih 50 design serta corak.

Glass pula tidak bercorak dan ianya berwarna 'plain'. Sejenis material yang 'shiny' dan 'glossy' permukaannya. Terdapat lebih lebih dari 10 pilihan warna.


4. Mana lebih mahal antara Melamine dan Glass ?


Untuk makluman anda, material glass lebih mahal berbanding material melamine. Ianya juga bergantung pada bajet anda. Jika anda mempunyai bajet lebih material Glass (4g atau 3G)

5. Melamine tahan air tak ?


Material melamine tahan air, tapi TIDAK kalis air. Maksudnya, jika terkena air sikit-sikit, boleh dilap seperti biasa, tetapi jika terendam terlalu lama seperti (banjir) ia tidak tahan dan akan kembang.

6. Pemilihan Table Top / Worktop



Terdapat pelabgai jenis Table Top yang ada di pasaran. Antaranya ialah High Pressure Laminate (HPL), Solid Surface, Quartz Stone, Concerete Tile, Granite dan sebagainya. 

Antara pilihan ramai pengguna, kebanyakan akan memilih Table Top jenis Quartz Stone, Concerete tile, dan Solid Surface. Untuk kelihatan lebih elegen padanan Table Top Quartz Stone dengan pintu Glass adalah yang tebaik. Cuma kos sedikit mahal berbanding yang lain. Pilihan di tangan anda.

Kredit: Furniture Budget

Dah buat pilihan ke belum nak ubahsuai dapur anda yang macam mana?? Apa pun diharapkan masih dalam budjet anda yea.

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Cantik2 kan kabinet dapur ni...nasib SA dah buat kabinet dah...kalau tak memang nak jugak buat macam ni...sediakan duit jer la

    BalasPadam
  2. Terima kasih bonda cantik2 dan moden kaninet tu nampak mewah style..teringgi nk buat kitchen mcm tu nanti..bermacam jenis juga ye material yg digunakan..thanks atas perkongsian boleh cari ilham..

    BalasPadam
  3. teruja tgk kabinet dapur lawa2.. tq bonde for tips

    BalasPadam
  4. kami pun tengah plan nak buat semula dapur kami tu..now dapur kecil sgt..tengah survey2 ID yang best2..

    BalasPadam
  5. bagus gila ni bonde, atleast ada info sikit...sebelum ni selalu suruh org datang tgk je kat rumah, ok ok ok je bila org bg cadangan

    BalasPadam
  6. Lawa2 semuanyaa.. Memnag rambang mata nak tengok.. Pemilihan memang penting. Kalau dh lawa kita yang puas hati

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.