Resepi Telur Itik Masak Lemak Cili Api Belimbing Buluh



Resepi Telur Itik Masak Lemak Cili Api Belimbing Buluh Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai reader semua... Dibawah ini bonda kongsikan resepi yang Kak Long masak.  Bonde bantu sediakan bahan-bahan sahaja.


Resepi Telur Itik Masak Lemak Cili Api Belimbing Buluh


Telur Itik 


Belimbing Buluh

Bahan bahan:

11 biji telur itik
1 batang serai - titik
20 biji belimbing buluh
Santan kotak
Garam

Bahan untuk dikisar:

4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
7 biji cili padi Thai (merah)
5 biji cili akar (hijau)

Cara cara memasak:


Kisar semua bahan-bahan di atas, tumiskan bahan kisar dengan serai sehingga mendidih menggunakan api yang kecil.  



Apabila bahan tumisan sudah mendidih, tuang santan kotak, masukkan belimbing buluh dan letakkan garam secukupnya. Kacau pelahan-lahan supaya pati santan tak pecah minyak.



Pecahkan telur dalam mangkuk satu persatu, dan masukkan ke dalam kuah tadi secara perlahan lahan. Jarakkan antara satu sama lain.  supaya telur tidak melekat. Pelahankan api dan biarkan telur masak sepenuhnya.

Tutup api , sedia untuk dihidangkan.







 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Tq sharing resepi ni bonde..

    By the way sha dah tukar domain baru..nnt mnta tlg add/edit ya dari www.opzzpinky.my --> www.opzzpinky.com tq

    BalasPadam
  2. baca tajuk dia pun dah terliur bonde oii

    BalasPadam
  3. menu feberet en suami
    org n9, menu ni kemestian ada

    BalasPadam
  4. Sedapnya bonde. Sy suka mkn telur itik. Slalu beli je sbb suami xmkn.

    BalasPadam
  5. Sedapnya Bonda.. tapi tak pernah makan telur itik masak macam nie lagi. Lain kali boleh lah cuba..

    BalasPadam
  6. Nak masak telur itik ni kena ada tekniknya juga kan. Kalau tak, melekat-lekat pula nanti atau pecah pecah.

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.