Assalamualaikum Dan Selamat Petang... Bonde memang suka makan menu-menu "Masakan Kampung" Nak-nak pula resepi dari pucuk ubi, memang terliur tengok tau... Resepi ini dikongsikan di facebook Resepi Pucuk Ubi Goreng Dato Rizalman terliur tengok... pernah juga buat resepi ni, tapi versi sendiri tumis cili api dengan ikan bilis dan paling malas buat pucuk ubi rebus cicah sambal belacan perghhh selera makan. Tapi teringinlah cuba resepi Dato Rizalman ni... suka celoteh beliau semasa didapur... meriah sekali. "Psssttt Dato' tak nak ajar saya masak-masak dirumah Dato ke ? " ok nak lari takut kena cili nanti.
Resepi Pucuk Ubi Goreng Dato Rizalman
Pucuk ubi goreng..resepi dari dato rizalman..belajar dari ig live dia.
Ni resepinye:
1- 1 besen besar pucuk ubi -basuh bersih n keringkan
2- 1 mangkuk kecik ikan bilis -basuh bersih keringkan dan gaul tepung beras
3- 2 biji bawang besar - hiris
4- 1pc asam gelugur
5- 1inc belacan
6- 1pc sebesar tapak tangan ikan masin kurau
goreng dan kiraikan isinya blender kering
7- Segenggam cili kering - Rebus, basuh, toskan dan blender kering
Cara-Caranya:
1. Panaskan kuali, tuang minyak masak yang banyak dan panaskan minyak
2. Goreng pucuk ubi sehingga ranggup toskan
3. Goreng ikan bilis hingga rangup toskan
4. Tumis bwg hingga garing
5. Masukkan cili kering kacau-kacau dan masukkan garam dan gula. - (gula kena letak lebih sikit) kacau-kacau
6. Masukkan belacan dan asam gelugur kacau-kacau
7. Tumis sampai cili tu masak dan kering sedikit..masak-masak lagi.. masak lama sikit lepas tu
8. Masukkan ikan kurau kacau-kacau
9. Masukkan ikan bilis..tutup api..
10. Masuk pucuk ubi dan gaul-gaul perlahan rata-rata..jangan gaul kasar-kasar sebab tanak bagi pucuk ubi hancur
Kredit Saishah Zulkifli
Edit by Bonde
Menarik tak menu Resepi Pucuk Ubi Goreng Dato Rizalman ni, tak sabar nak balik kampung ambik pucuk ubi nak try resepi nih..
~ Bonde Senyum Riang ~
8 Ulasan
Ada nampak juga Dato Rizalman masak hari tu kat IG resepi nie Bonda. Ada yang buat niaga jugak..
BalasPadamhahahahaha...ibu pun terpedaya jugak buat resipi ni bonde
BalasPadamsedapnya..:)
BalasPadamLiez nak sgt buat.. tp tak jmp pucuk ubi lagi..sabar je la.. nnt nak buat jugak
BalasPadamMak aiii sedap ni
BalasPadamMenarik la...sedapni...makan ngan nasi panas kan
BalasPadamkalau resepi dato rizalman confirm sedap ni
BalasPadamViral dah resipi pucuk ubi ni sekarang. Orang kampung saya pun nak banyak yang try. Sedap katanya.
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.