Assalamualaikum dan Selamat Malam, Malan ini gempar semua keluarga yang mempunyai anak yang masih bersekolah tidak kira, dari Sekolah Rendah, Menengah dan juga Kolej. Dua hari ni Bonde dan Cik Fatin baru gigih mencari perkakas yang perlu dibawa balik ke Sekolah dan menyediakan keperluan asrama Cik Fatin yang dijangka akan pulang pada 20 haribulan nanti. Cadangnya esok hendak mencari kasut kulit untuk kegunaannya di Sekolah, dua hari ni pergi kedai tutup. Tapi gempar dalam group whatsapp Sekolah Cik Fatin, berita tidak perlu pulang ke Sekolah pada 20 Januari dan perlu menjalani kelas PdPR dari rumah sahaja.
Info dari guru kelas :
Berdasarkan peningkatan Covid-19, pemakluman terkini oleh Menteri Pendidikan menetapkan bahawa hanya pelajar berikut yang akan mendaftar masuk pada 20 Januari..
Pelajar yg akan menduduki SVM (tahun 2 SVM)
Pelajar yg akan menduduki SPM (5 PAV)
Pelajar yg akan duduki DVM (Thn 2 Diploma)
List di atas tidak termasuk kelas Cik Fatin, jadinya dia tidak perlu pulang ke Kolej dan asrama.
Pengoperasian Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidik Malaysia Seluruh Negara
Keputusan ini juga dibuat kerana meningkatnya kes Covid-19 hari ini 16 Januari 2021.
Kes baharu Covid-19 di Malaysia
sumber : KemPendidikan
Bonde sebagai ibu pun jadi risau kalau anak tak ada depan mata, apa-apa jadi susah nak merentas negeri lagi memandangkan KV Cik Fatin dekat Negeri Sembilan. Jadi apa yang terbaik adalah ikut sahaja arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan mungkin ini adalah cara terbaik bagi membenteras penyebaran Covid-19.
Moga dipermudahkan kite semua menjalani PKP2.0, PKPB dan PKPP tahun ini dan dapat putuskan rangkaian Covid-19 Insya'Allah
~ Bonde Senyum Riang ~
0 Ulasan
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.