Nikmati DimSum Terbaik Dengan Rasa Fusion Asia



Nikmati DimSum Terbaik Dengan Rasa Fusion Asia Assalamualaikum dan Selamat Pagi... Hai Reader semua, Siapa dikalangan pembaca blog Bonde yang sukakan Dim Sum! Pada anda yang tak pernah tahu mengenai menu makanan yang di panggil Dim Sum, anda boleh baca info yang Bonde Kongsikan dibawah.

Nikmati DimSum Terbaik Dengan Rasa Fusion Asia

Apa Itu Dim Sum?


Selama ni kita mungkin cuma tau jenis-jenis Dim Sum. Ada juga yang tau makan dan kenyang saja. 

Mesti masih ramai yang tidak tahu asal usul Dim Sum. Buat yang sudah tahu atau pun baru tahu lepas baca entri ini, anda boleh kongsikan entri ini dengan kawan-kawan anda semua.  
.
TAHUKAH ANDA?

Dim Sum berasal dari perkataan Tim Sam yang membawa maksud Tim (dot) dan Sam (heart) atau dalam erti kata lain, "MENYENTUH HATI". Lebih sweet lagi dalam English "TOUCH THE HEART" 

Sejarah Dim Sum 


Dim Sum berkait rapat dengan tradisi Cina lama meminum teh 'Yum Cha' di wilayah selatan China. Suatu ketika dahulu, para pengembara di laluan sutera kuno memerlukan tempat untuk beristirehat. Secara tidak langsung, Tea House didirikan di sepanjang jalan untuk beristirehat dan menikmati Teh. Akhirnya ditambah dengan hidangan snek Dim Sum iaitu hidangan daging, makanan laut dan sayur-sayuran yang dibentuk dan dihidangkan dalam bakul pengukus kecil. Ianya menjadi satu tradisi untuk menikmati hidangan ini selepas senaman pagi sambil membaca surat khabar ketika sarapan. Sesetengah keluarga dalam masyarakat Cina suka berkumpul untuk hidangan Dim Sum pada perayaan Khas seperti Hari Ibu atau Tahun Baru Cina. Ketika ini Dim Sum dinikmati oleh semua golongan jantina, umur dan bangsa dan dinikmati bukan sahaja ketika sarapan, malah boleh dinikmati pada bila-bila masa sepanjang hari.

Variasi Dim Sum


Terdapat kepelbagaian dalam variasi Dim Sum, antaranya ialah :

SHARKFIN
SIEW MAI
CURRY MAI
CRAB MAI
MUSHROOM MAI
TOMYAM DUMPLING
LION HEAD
VEGE BALL
PRAWN MAI

Baik itu adalah sedikit perkongsian Bonde tentang asal usul Dim Sum.  Kalau di tempat anda, dekat mana Dim Sum sedap yang anda selalu pergi untuk makan dan menikmatinya.

Ada beberapa outlet yang kerap Bonde kunjungi untuk menikmati Dim Sum kegemaran Bonde, antaranya ialah Dolly Dim Sum di IOI City Mall, Putrajaya, Dim Sum di Empire Sushi Kios IOI City Mall, Putrajaya dan baru-baru ini Bonde ke Penang juga menikmati Dim Sum di Dim Sum Valet, Georgetown, Pulau Pinang.

Dolly Dim di IOI City Mall Putrajaya




Dim Sum Valet, Georgetown, Pulau Pinang

Dim Sum Valet juga menyajikan makanan cina tempatan yang lazat dan yang tidak akan mengecewakan anda.

Untuk makluman anda bahawa sehingga hari ini, Dim Sum Valet tidak mempunyai cawangan atau franchise.  Kalau teringin nak makan Dim Sum Valet kena terbang ke Pulau Pinang.




Pernah cuba tak pau telur masin kat Dim Sum Valet? Kalau belum anda kena cuba. Sedap sgt. Kalau nak tahu rasa dia lain dari yang lain... paunya yang warna kuning tu.


Teringin Makan Dim Sum Musim PKP ?


Ah sudah tekak ni dah kenapa? Kalau musim PKP sekarang ni kan, mana nak dapat  makan Dim Sum sedap macam sebelum nih! masa-masa PKP nilah tekak ni teringin nak makan Dim Sum, Nak buat sendiri tiada kerajinan walau pun pernah buat sebelum ni tidaklah susah mana.  Tapi kemalasan menguasai segalanya.

Sekarang nilah tekak nak ngada-ngada teringin makan itu dan ini...

Nasib sekarang ni ada cara mudah nak pesan Dim Sum klik western food near me. Suka betul sebab boleh sahaja terus pesan Dim Sum sedap secara online dan terus  dihantar ke alamat yang kita nak tak kira dimana.  Apa lagi terus Pesan Dim Sun laju-laju secara online... tak lah sedih lagi, sebab boleh Nikmati DimSum Terbaik Dengan Rasa Fusion Asia mudah sahaja sekarang nih semua dihujung jari... Jom pesan sekarang... untuk makan di rumah atau di pejabat.

Syukur Alhamdulillah...


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

20 Ulasan

  1. Pernah juga makan Dim Sum kat Kulim ni...kedai Cina Muslim...

    BalasPadam
  2. Rindu nak makan Dim Dum la...bbila la keadaan nak jadi seperti biasa ni

    BalasPadam
  3. sedapnya dim sum shark fin! Tak pernah jumpa lagi oraang jual flavor tu tapi kalau dim sum valet jual memang laju la nak order online

    BalasPadam
  4. Sama macam Farhana, tersuka beno dengan dimsum shark fin tu.. lain dari lain.. kalau ke sana bolehlah nanti mencuba, memang ramai kata sedap..

    BalasPadam
  5. aduii Sedap nya bonde. minat dengan dimsum.ingat bonde nak bagitau mana boleh dapat dimsum haha

    BalasPadam
  6. Ya Allah, sedapnya ! Mmg suka dimsum, tapi lebih suka makan kat kedai.

    BalasPadam
  7. Dim Sum memang kegemaran Rawlins yang ada darah Chinese nie. So bila jumpa yang halal, memang tak lepas peluang. Yeaa!

    BalasPadam
  8. Lama x makan dimnsum.. rindu.. suka makanan tak berat sangat tapi sedap

    BalasPadam
  9. Sedap sangat tengok.. Mmeg dh lama tak makan dimsum ni.. Macam2 ada erk. Bjat terliuur tengok gambar tu. Haishh nnati cari la..

    BalasPadam
  10. Alahai tekak ni terus terasa nak makan dimsum. Haritu sebelum PKP2.0 taknak beli. Sekarang ni teringin pula dah

    BalasPadam
  11. Wow now you make me feel like eating dim sum, semua nampak sedap

    BalasPadam
  12. sedapnya all akak, sienny memang kaki dim sum, lapar craving nak makan lepas baca story akak :D cheers, siennylovesdrawing

    BalasPadam
  13. Oo baru tau tentang sejarah dim sum. Sebelum ni tau makan je. Dolly dim sum ni mmg favorite. Saya paling suka yg szechuan tu, ada rasa pedas2 sikit.

    BalasPadam
  14. Aduh bonde.. terliur tengok dim sum tu.. semuanya nampak sedap

    BalasPadam
  15. Domain fusion mesti lagi sedap sebab DH ikut selera kita

    BalasPadam
  16. Lamanya tak makan dimsum. Baca entri bonde terus rasa nk order dimsum kt GF.

    BalasPadam
  17. Aduhai Bella belum pernah try lagi Dolly Dim Sum.pling dekat kat umah di NU Sentral. Nanti tunggu covid reda sket br singgah ke mall.

    BalasPadam
  18. Memang favourite huda makan dimsum. last makan bulan lepas kat Ipoh . sebab yer nampak semua variasi dim sum ni..

    BalasPadam
  19. dim sum ni antara makanan favourite saya. biasa saya beli yang frozen, tinggal kukus je. nampak je kecil molek tapi pada saya mengenyangkan sebab isinya biasanya padat.

    BalasPadam
  20. I am glad that nowadays there's HALAL Dim Sum, so that Muslimah also get to enjoy chinese cuisine! Enjoy!!!

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.