5 Servis Penghantaran Barangan Atas Talian, Sangat Membantu Dalam PKP Ini



5 Servis Penghantaran Barangan Atas Talian, Sangat Membantu Dalam PKP Ini Assalamualaikum dan Selamat Pagi, Hai reader semua... Musim PKP ni memang malas nak keluar membeli barangan runcit dan keperluan dapur jika tiada keperluan keluar memang Bonde tak akan keluar, bukan apa? semua pasaraya dan kedai runcit mengguna pakai SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan iaitu ada had maksimum jumlah pelanggan yang boleh berada didalam pasaraya pada satu-satu masa, maka kena beratur terlalu lama, wajib tunggu giliran untuk masuk membeli barangan keperluan, pergerakkan masih terbatas dan harus patuhi SOP. Jadi dengan itu Bonde memang serender nak beratur panjang ( lengguh kaki, kebas kaki bediri lama) lepas tu masa banyak habis menunggu giliran, Masa yang telah ditetapkan untuk membeli barang dalam 30 minit, mungkin jadi satu jam atau lebih.  Jadi Bonde ambil jalan mudah tak perlu nak penatkan kaki dan bazirkan masa keluar membeli barangan runcit.  Sekarang ni banyak dah perkhidmatan penghantaran barangan atas talian, jadi kita gunakan servis mereka sedikit sebanyak berkongsi rezeki dengan rider yang menghantar bungkusan kepada kita.



5 Servis Penghantaran Barangan Atas Talian, Sangat Membantu Dalam PKP Ini

Memandangkan Bonde berkerja di Cyberjaya, disini ada banyak khidmat yang menawarkan khidmat penghantaran barangan runcit hingga kepintu pejabat dengan Muat turun aplikasi sahaja antaranya adalah :




1. Jaya Grocer 


Muat turun aplikasi Jaya Grocer di smartphone anda melalui Playstore atau Appstore. Jaya Grocer pun ada banyak pilihan untuk pembelian barangan runcit dan keperluan rumah.  Dekat sini Bonde selalu beli makanan untuk kesihatan dan produk organik mudah dicari.


2. Redtick 

Untuk yang tidak mempunyai kad debit atau kredit, Redtick dan Redtick Plus menerima bayaran secara tunai semasa penghantaran (COD – Cash On Delivery). Redtick melakukan penghantaran di dalam kawasan Lembah Klang seperti Petaling Jaya, Seri Kembangan, Puchong dan Kuala Lumpur. Manakala, Redtick Plus boleh melakukan penghantaran ke kawasan luar dari Lembah Klang. 

Selalunya Bonde akan beli barangan kering seperti gula, tepung, ubat gigi dan juga sabun dekat sini.   


3. Happyfresh 


Hasil kerjasama dengan AEON dan Giant, Happy Fresh menawarkan kemudahan untuk para pelanggannya. Kini, anda boleh menikmati waktu servis pengantaran daripada pukul 10.00 pagi – 9.00 malam setiap hari termasuk public holiday. Caj servis penghantarannya bergantung kepada tarikh penghantaran, saiz pesanan, lokasi dan jarak daripada outlet. 

Di Happyfresh Bonde selalu pesan barangan basah seperti ikan, udang, ayam, daging dan buah-buahan, kenapa beli dekat sini semestinya ianya segar.


4. Tesco


Tesco menawarkan perkhidmatan personal shopper untuk dapatkan barangan runcit, Dengan servis penghantaran setiap hari dalam masa 2 jam sahaja antara 10.00 pagi – 10.00 malam, menjadikan mereka adalah perkhidmatan servis penghantaran terpantas di Malaysia. 

Di Tesco Bonde selalu beli barangan basah yang sama seperti di ikan, udang, ayam, daging dan buah-buahan, kenapa beli dekat sini semestinya ianya segar dan suka beli produk jenama tesco dalam tin seperti susu fresh, makanan ringgan dengan yang lebih murah dan sedap sama seperti jenama lain terkenal.





5. Panda Mart 

Panda Mart juga ada menawarkan perkhidmatan Grocery Delivery untuk anda. Anda boleh semak di laman web Panda Mart, Pelbagai barangan keperluan ada  seperti susu,  bateri, serbuk pencuci dan banyak lagi.  Ramai yang menggunakan servis penghantaran foodpanda shops untuk barangan runcit dan keperluan asas.  

Melalui aplikasi foodpanda. Anda boleh pilih produk yang anda inginkan dengan mudah, seperti minimum kegemaran, ubat-ubatan, elektronik dan banyak lagi. Antara promosi yang diberikan :

  • ✔️ tanpa nilai pesanan minimum
  • ✔️ pilih kedai kegemaran anda
  • ✔️ penghantaran barangan keperluan yang berpatutan
  • ✔️ masa purata penghantaran 25 minit
Di Panda Mart ni Bonde selalu beli roti, makanan ringgan, chocolate maklumlah kalau dekat pejabat memang selalu mengantuk menghadap komputer jadi kena ada makanan untuk dikunyah bagi menghilangkan mengantuk.

Kelebihan Membeli Di Atas Talian

Jimat Masa 


Masa dapat dijimatkan sebab tak perlu keluar rumah tunggu penghantaran sampai sahaja di pejabat atau rumah.

Pembelian Dan Pembayaran kepada Had Yang Dipilih Di Aplikasi Sahaja


Hanya bayar apa yang kita beli, tak keluar duit untuk minyak, tol dan pakir.

  • Kemudahan 


  • Untuk para suri rumah pula, Pembelian atas talian memang memudahkan mereka, Perkhidmatan ini amat berguna untuk ibu-ibu dengan kanak-kanak kecil, orang yang berada di rumah, tak perlu lagi keluar semasa cuaca buruk agak leceh nak bawa anak-anak keluar masa musim covid 19 ni, banyak peraturan kena patuhi.

Diskaun dan pemberitahuan


  • Kedai dalam talian ingin menyimpan anda sebagai pelanggan, jadi mereka boleh menawarkan diskaun, hadiah, dan wang tunai dalam poket anda jika anda mendaftar untuk surat berita mereka.  Dengan ini anda akan tahu info terkini, promosi tentang jualan yang akan datang yang anda tidak akan diketahui.


Ini la senarai 5 Servis Penghantaran Barangan Atas Talian yang sering dan kerap Bonde gunakan masa PKP ni, jadi anda bolehlah gunakan juga bagi memudahkan kerja-kerja anda dirumah masa 'Work From Home' dan pejabat musim covid 19 yang sedang meningkat naik ni.  Bahaya keluar waktu begini risiko sangat tinggi, kalau keluar tu sila patuhi SOP yea.  Yang pasti kita belum menang lagi. Moga Covid 19 cepat lenyap dari muka bumi. Insya Allah.

Sila kongsikan entri ini, seandainya ia bermanfaat, terima kasih.

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. Betul bonde, saya & husben pun sejak musim COVID ni, beli barang2 keperluan macam barang basah (ayam, ikan, udang & etc) order melalui online je. Kita berkongsi rezeki dengan rider.

    BalasPadam
  2. Syukur segalanya dipermudahkan.

    BalasPadam
  3. semua di atas nieyl belum pernah cuba lagi..
    sbb nieyl masih lagi ke pasaraya utk memberi barang keperluan...
    cuma food panda tu selalu la...panda untuk service barang blm lgi...

    BalasPadam
  4. Zaza pun suka order online je..tgk apa yg nk dibeli, klik2 bayar dan tunggu sampai..hehe..jimat masa..tp tulah area kg zaza xde servis mcm ni

    BalasPadam
  5. tak perlu nk g mall dah.. klik je nk barang apa.. sampai rumah

    BalasPadam
  6. memang selalu beli barang tesco online ni. tapi kena cepat book slot kalau tak memang full aje schedule nya

    BalasPadam
  7. It's really good to do online shopping now. Very much safer. Nowadays I do lot of online shopping too

    BalasPadam
  8. Ya sekarang ni lebih mudah beli barang barang pasar secara online yg ada khidnat hantar terus kan...

    BalasPadam
  9. Dok bandar ni memang semua online lagi mudah. Teso so far servis bagus. Dan lagi harga pun murah.

    BalasPadam
  10. Sejak pkp ni, saya guna servis Happy Fresh. Memang sangat berpuas hati. Cepat dan reliable.

    BalasPadam
  11. Tak pernah plak beli Jaya Grocer tu, nanti nak cuba.. kalau lain yang biasa Tesco dan Foodpanda mart.. senangkan Bonda.. semuanya di hujung jari aje..

    BalasPadam
  12. Bagus kan ada perkhidmatan macam ni skrg.. sangat memudahkan kita as pengguna dan at the same time, boleh keep us safe.. Yang penting, ini dapat sediakan peluang pekerjaan untuk rider2 juga..

    BalasPadam
  13. saya tak selalu sangat guna perkhimatan penghataran ni sebab duduk kawasan kampung. Tapi terima kasih sebab listkan. might be usefull untuk saya for the future

    BalasPadam
  14. lvoe this list. it makes online shopping so much easier especially during the pandemic to keep safe!

    BalasPadam
  15. Memang senang sangat bila ada perkhidmatan macam ni kan. Memang memudahkan urusan kita dari bersusah payah nak keluar rumah nak beli barang keperluan

    BalasPadam
  16. Bagus bila ada perkhidmatan macam ni. Selain dr avoid crowd, ia juga menjimatkan masa..

    BalasPadam
  17. Servis Penghantaran Barangan Atas Talian memang Sangat Membantu masa musim PKP ni. Lebih selamat kan..kita tak perlu bersesak keluar.Antara ke lima ni iena pernah guna Happyfresh je. Lattest iena guna bawiq

    BalasPadam
  18. Thanks for sharing this contacts, i will use it coz now order online is so much easier and safer than going out

    BalasPadam
  19. Memang betul time pmp no elom kita beli brg2 dapur online jer.. skrg ni nk kuar beli brg pun mls, takut pun ada

    BalasPadam
  20. Memudahkan urusan bagi yg tak dapat keluar ke pasar..

    BalasPadam
  21. Bestnya kan ada servis mcmni.. Duduk je kat rumah order, barang2 smpi. Tapi 5 delivery ni x masuk kawasan kita. Sedihnya

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.