Resepi Crunchy Capsicum Cream Cheese Yang Mudah
Versi Bonde
Disebabkan Bonde pon dah terliur bila tengok ramai yang kongsikan cara mereka makan dekat tiktok, Bonde jadi teruja sesangat nak rasa keenakannya.
Resepi Versi Bonde
Yang Bonde senaraikan ini adalah untuk sekali makan, boleh kongsi berdua... atau boleh ulang makan sekali lagi.
Bahan-bahan Crunchy Capsicum Cream Cheese :
1 biji Capsicum Hijau (belah-belah ikut suka nak besar atau kecil)
1/2 batang timun jepun (potong memanjang)
20 keping beef pepperoni
8 sudu Cream Cheese Bega
1 sudu kecil garlic spread
sedikit serbuk Natural Mushroom Seasoning
sedikit lada hitam
Cara nak buat Crunchy Capsicum Cream Cheese
Sediakan sos dahulu, ambil piring masukkan cream cheese bega, taburkan natural mushroom seasoning dan garlic spread gaul sebati.
Timum jepun potong memanjang,
Ambil capsicum yang telah di belah, letakkan atau susun timun jepun dalam capsicum dan sapukan sos cream cheese yang telah digaul tadi.
Latakkan beef pepperoni diatasnya dan taburkan lada sulah..
Sedia dihidangankan untuk dimakan.
Rasanya sangat ranggup dan sedap, memang sesuai dijadikan menu snacking bagi anda yang sedang berdiet.
Selamat mencuba
7 Ulasan
nmpak macam sedap la bonde.. nk try la buat nnati
BalasPadamini yg viral dekat TikTok tu ekkk...hehehehe...tak terasa lagi nak cuba mgkn sbb sihat sgt...hahahahaha
BalasPadamNak cuba juga.. terbayang bau capsicum yg sedap dgn cream cheese.. mcm mkn pizza mini
BalasPadamBunyi keranggupan tu mengoda betul la. Haha
BalasPadamMenarik ni bonde. Boleh try juga nanti. Simple dan nampak sedap.
BalasPadamMenarik snagat ni.. Tapi cili hijau tu.. Kita kureng makan
BalasPadamWah ni mudah untuk prepare and sedap juga kan, best sebagai finger food time party or time kawan datang rumah.
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.