Kembara Menaiki Land Rover Ke Mossy Forest, Cameron Highland



Kembara Menaiki Land Rover Ke Mossy Forest, Cameron Highland Assalamualaikum Dan Selamat Malam, sambungan dari entri pertama.. Dan hari kedua adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua iaitu naik ke Gunung Mossy Forest.

Kembara Menaiki Land Rover Ke Mossy Forest, Cameron Highland



Mossy Forest yang seluas 914 hektar ini merupakan satu-satunya titik tertinggi di Semenanjung Malaysia yang boleh diakses dengan kenderaan.

Kembara ke Mossy Forest, Kami awal-awal sudah memilih untuk menaiki 4WD untuk naik ke Mossy Forest.  Dari survey yang telah kami buat, memang kenderaan yang sesuai ialah 4WD. Kami telah menyewa tiga buah Land Rover untuk memuatkan ke semua staff yang mengikuti Kembara kami pada hari ini.

Internary Hari Kedua

7.00 pagi - Berkumpul dihadapan Teh Tarik Place, berdekatan Cameroren Square  
7.30 pagi - Sarapan sampai dihantar oleh katering (kami tapau bawa naik ke Mossy Forest)
8.00 pagi - Tiga Land Rover sampai 
8.05 pagi - mula bergerak
8.40 pagi - sampai di Mossy Forest 
9.00 pagi - group photo dan bersarapan
9.30 pagi - Aktiviti bebas di sekitar dataran Mossy Forest
10.30 pagi
10.35 pagi - turun ke Ladang Teh Sungai Palas dan bergambar pemandangan kebun teh


Sementara tunggu Land Rover sampai, kami sempatlah bergambar di hadapan Cameron Square.


Nampak tak kami dalam kesejukkan hening pagi hari... sejuk tu suhu pagi ni dekat 19 darjah juga tau, nanti dekat mossy Forest atas tu lagilah sejuk dekat-dekat 16 darjah.


Yeay.. Land Rover dah sampai, jadi jomlah kita naik ke Mossy Forest sekarang... Tak sabar rasanya.



Nampak tak keterujaan kami...

Baiklah untuk info anda semua, untuk naik ke Mossy Forest ni, anda perlulah tengok ramalan kaji cuaca terlebih dahulu, kalau cuaca pagi tu hujan... maka anda tak boleh pergi.. jalan sempit dan berlubang agak berbahaya juga naik ke atas... jadi doa-doa agar cuaca baik dan dipermudahkan kembara anda semua.

Notis Jabatan Hutan Untuk Pelawat/Pendaki Mossy Forest
Satu lagi anda kenalah semak dengan tour guide anda sama ada dapat kebenaran naik ke Mossy Forest pada tarikh yang anda nak pergi tu... kerana ada jabatan hutan keluarkan notis Mossy Forest di tutup atau ditutup.  Jadi rancanglah perjalanan anda.


Persediaan Untuk Mendaki ke Mossy Forest.


Baiklah seperti biasa, persediaan yang perlu anda lengkapkan adalah ;

1. Pakaian hendaklah sesuai untu mendaki tempat sejuk kena pakai baju lengan panjang dan seluar panjang serta baju sejuk kalau anda tak tahan sejuk.

2. Kasut dan stokin yang sesuai untuk mendaki kerana jalan berlumut dan berair sangat licin dan boleh buat anda mudah terjatuh.

3. Tuala untuk lap peluh anda standby kalau anda tak tahan sejuk boleh lilit kat leher.

4. Air mineral secukupnya.  Kerana cuaca yang sejuk akan cepat rasa dahaga.


Sebahagian dari staff turun dipertengahan jalan dan hiking ke dataran Mossy Forest, Bagi Bonde dan dua orang pemandu bas pula kekal naik Land Rover kerana sepanjang trip Cameron Highland ini Bonde adalah urusetia makanan dan minuman.  Jadi kenalah buat persiapan diatas sebaik staff sampai nanti, dah ready untuk bersarapan, jadi tugas Bonde susun makanan dan minuman yang telah ditapau oleh katering tadi.

Selamat mendaki yea... Bonde tunggu dekat atas tau...




Alhamdulillah dah sampai... Bonde dan Land Rover yang kami naiki adalah antara yang paling awal sampai di dataran Mossy Forest.  Masa tu parking pun senang.  Tips juga nak datang ke Mossy Forest kena awal pagi... nak bergambar pun senang tak berebut dekat atas sekitar Mossy Forest.




Haruslah Group photo! semua happy dah sampai dataran Mossy Forest.



Sebenarnya trip kali ni , memang bukan rezeki kami nak naik ke Gunung Irau melihat Pokok dan tumbuhan yang ditutupi dengan lumut, buat masa sekarang Jabatan Perhutanan sedang membaik pulih jalan/tangga untuk pendaki naik.  Ada yang kecewa, tapi tidak mengapa! siapkan mental dan fizikal dahulu... mungkin dilain masa kita akan repeat lagi ke sini.  


Info Harga Untuk Ke Mossy Forest.

Jika anda masih belum membeli tiket secara online, jangan risau ada kaunter tiket di sediakan untuk anda membelinya.. yang nak mendaki ke Gunung Irau/Mossy Forest bolehlah beli disitu.




Acah-acah nak naik ke atas... he he he


Baiklah jom kita turun... bagi peluang yang lain nak bergambar pulak... kembara seterusnya Ladang Teh Sungai Palas.

Tu dia, cantik betul pemandangan.... ku lihat hijau pokok teh...


Cuaca pun dah panas dekat bawah...  berhenti disini tak lama, dalam 10 minit sahaja semata nak ambik gambar... dekat situ jalan sempit jadi masalah kalau berhenti lama-lama menghalang kenderaan nak turun kebawah.




Cameron Highland Tour Packages

Bagi anda yang berminat nak ke Mossy Forest, anda bolehlah contact Number yang tertera di dalam gambar dibawah yea.




Entri seterusnya lebih mencabar... Iaitu kembara Cameron Adventurous ATV & SAFARI teka Bonde naik apa? ATV ke Jip....



 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. wahh....bonde, nampak menarik..
    apa yg mencabar sgt tu, next entry....

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Sekarang ni tak boleh naik, boleh tengok dekat facebook Cameron Highland Tour Package tu dia ada info, sy pergi Disember 2019

      Padam
  3. senang aje boleh book online ye. best gak naik land rover mesti tak terasa bumpu masa dalam perjalanan tu kan

    BalasPadam
  4. Byk kali g cameron tapi tak
    pernah lg try g mossy forest.. best bonde dah sampai situ

    BalasPadam
  5. Best juga kan ada aktiviti macam nie Bonda..

    BalasPadam
  6. Best activity convoy macam n, kita pun dah lama tak pergi ke Cameron Highlands.

    BalasPadam
  7. Teringin pergi sini.. Nti dh ok covid boleh la ke sini

    BalasPadam
  8. Bestnya bonde. Kenapa cx tak tau eh? Hahaahah kesian. Cantik view dari atas

    BalasPadam
  9. Marsha kerap naik CH tapi belum pernah jejak Mossy Forest ni. Ingat nak tunggu anak-anak besar sikit

    BalasPadam
  10. Mossy forest? Saya tak pernah lagi jejak kaki ke sana.

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.