PKPB Di Seluruh Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai semua reader.. semalam Bonde dan seluruh rakan dalam pejabat sangat terkejut! apabila semua terima berita yang mengejutkan dari media sosial MKN , tajuk besar dia PKPB Di Seluruh Selangor! tu yang tertangkap dulu dimata dan macam tak percaya ini semua berulang kembali. Allahu sedihnya... bersediakan menghadapi gelombang kali ini. Bonde kongsikan disini untuk info anda semua.
PKPB Di Seluruh Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya
PKPB akan dilaksanakan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya berkuatkuasa 14 Oktober 2020 jam 12:01 tengah malam hingga 27 Oktober 2020.
Manakala di Sabah pula, PKPB akan dilaksana di seluruh negeri tersebut berkuatkuasa 12.01 tengah malam 13 Oktober 2020 hingga 26 Oktober 2020.
-Menteri Kanan Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri B Yaakob
STATUS TERKINI COVID-19 13 oktober 2020
Situasi terkini 13 Oktober 2020 #COVID19 di Malaysia : Sebanyak 660 kes baru menjadikan jumlah keseluruhan 16,880 kes.
Daripada 660 kes baru, 618 kes adalah penularan tempatan bagi warganegara, 40 kes bagi bukan warganegara manakala 2 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
Sebanyak 350 kes telah pulih menjadikan 11,372 pesakit telah pulih dan discaj.
Dukacita dimaklumkan terdapat 4 kes kematian dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 163 kes.
Jangan risikokan diri anda dan keluarga jangkitan COVID19. Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang ditetapkan.
PECAHAN KES BAHARU (660)
SABAH-443
162 saringan kontak rapat
38 dari kluster-kluster aktif sedia ada
13 kluster Semarak (baharu)
10 kluster Bina (baharu)
4 kluster Sabindo (baharu)
2 kluster Bestari (baharu)
214 lain-lain saringan COVID-19
SELANGOR-76
45 dari kluster-kluster sedia ada
16 saringan kontak rapat
9 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
5 saringan bergejala
1 kluster Bah Kenangan (baharu)
KEDAH-60
60 dari kluster Tembok
P.Pinang-23
18 kluster Penjara Reman
3 kluster Penjara Jawi (baharu)
2 saringan kendiri
LABUAN-19
9 saringan petugas kesihatan
6 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
2 dari kluster-kluster sedia ada
1 saringan kontak rapat
1 import BWN tiba dari India
PERAK-16
16 kluster Tembok
JOHOR-10
5 saringan kontak rapat
4 dari kluster-kluster sedia ada
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
KL-10
6 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
2 dari kluster-kluster sedia ada
1 saringan kontak rapat
1 import BWN tiba dari Nepal
N.SEMBILAN-2
2 dari kluster-kluster sedia ada
PAHANG-1
1 kluster Jalan Meru
PENGGUNAAN BEBERAPA WARNA GELANG PENGAWASAN DAN PEMANTAUAN DI RUMAH
Gelang HSO adalah tanda yang dipakaikan kepada individu di bawah pengawasan seperti kontak rapat kes positif, pengembara yang pulang dari luar negara atau individu yang berada di dalam Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) secara pentadbiran.
Untuk makluman semua, selain gelang berwarna merah jambu, terdapat juga gelang berwarna putih, biru, merah atau kuning yang digunakan. Pemakaian warna gelang kepada individu yang perlu dikuarantin tertakluk kepada stok di kawasan setempat dan penentuan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD). Tempat dan tarikh saringan dilakukan akan ditulis pada gelang tersebut. Individu yang telah dipakaikan gelang kuarantin ini tidak boleh keluar rumah sehingga tempoh kuarantin tamat.
Gelang kuarantin hanya boleh dipotong oleh Pejabat Kesihatan Daerah yang terlibat setelah tempoh kuarantin tamat. Sekiranya masih terdapat individu dengan gelang kuarantin berada di kawasan umum, laporkan ke pejabat polis atau Pejabat Kesihatan Daerah terdekat.
Pemakai gelang HSO ini berpotensi menularkan jangkitan COVID-19.
Individu yang ingkar arahan ini boleh mendatangkan bahaya kepada masyarakat di sekelilingnya. Kepatuhan individu yang dipakaikan gelang HSO untuk kekal berada di rumah sangat dihargai.
Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Besarlah harapan saya selaku warga Selangor menyeru agar sama-samalah kita semua patuhi SOP yang telah di tetapkan dengan mengamalkan norma baharu.
~ Bonde Senyum Riang ~
1 Ulasan
Sisyat juga dalam kawasan PKPB.. semoga semuanya baik2 saja utk Malaysia ;-)
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.