5 Restoran Western Food KL Yang Best Dan Memuaskan Hati



5 Restoran Western Food KL Yang Best Dan Memuaskan Hati5 Restoran Western Food KL Yang Best Dan Memuaskan Hati Assalamulaikum dan Selamat tengahhari... tempoh PKPB di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor masih dalam Pergerakan Bersyarat, Kekalkan duduk dirumah yea. Biasanya duduk rumah memang aktiviti banyak habis di dapur dan kadang tu sampai hilang idea nak masak menu apa, tu teringin nak makan masakan yang sedap dan istimewa, tengok media sosial kawan update menu-menu sedap, telan air liur dibuatnya jadi sesekali tu kita nak menu sedap mana nak cari bahan-bahan nak buat kena keluar tentu malaskan! mana nak cari parking kereta, lepas tu nak beratur lama.. nak masuk pasaraya... Nah Bonde bagi idea untuk anda... pilih nak makan apa...

5 Restoran Western Food KL Yang Best Dan Memuaskan Hati


Makanan barat ataupun Western Food memang sudah biasa di Malaysia, lagi-lagi untuk warga kota KL. Mungkin kerana Malaysia ini sudah terbiasa dengan pelbagai jenis makanan maka kita dengan mudah boleh terima apa jua rasa. Yang penting hendaklah sedap dan berbaloi. 


Tempat makannya juga kalau boleh hendaklah cozy sebab orang Malaysia ni memang suka makan sambil melepak. Buat lepaskan penat dan stress kata orang. Lagi-lagi di kala hujung minggu, dapatlah cuti sekejap lepas penat berkerja. Sekiranya anda menginginkan makanan barat, maka periksalah tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur ini.  


#1 - Podgy & The Banker


Teringin nak makan makanan mewah dalam bajet yang mencukupi, jika ya, datanglah berkunjung dan mencuba menu-menu makanan ala mewah yan ada di Podgy & The Banker.



Tempat makan ini adalah sebuah kafe yang menyediakan menu-menu mewah dengan harga yang agak murah. Tempat ni popular sebagai tempat untuk sarapan pagi disebabkan oleh menunya yang kebanyakan berasaskan roti, telur dan kopi yang amat menyihatkan. 


Disamping itu, kafe ini juga merupakan antara salah satu kafe paling popular di sekitar Sri Hartamas. Pelanggannya juga terdiri daripada semua peringkat umur termasuklah kanak-kanak.


ALAMAT: 2, Jalan Sri Hartamas 8, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah    Persekutuan Kuala Lumpur.

#2 - Me’nate Steak Hub


 

Me’nate mula dikenali ramai apabila nama restoran tersebut mula viral di media sosial disebabkan makanannya yang lazat. Restoran ini dimiliki oleh seorang chef yang berpengalaman luas termasuk untuk orang-orang kenamaan. 

 

Terdapat pelbagai pilihan makanan. Harganya boleh dikatakan agak mahal bagi sesetengah orang tetapi ianya amat berbaloi dengan apa yang anda perolehi.

Alamat:Starpac Point,  C-01-02 & C-01-03,Jalan Taman Ibu Kota, 53300 Kuala Lumpur

Waktu Beroperasi: Sabtu - Khamis (11am - 11pm) |  Jumaat (3pm - 11pm)


#3-The Good Batch


Untuk peminat-peminat kopi dan makanan yang sedap, mungkin korang boleh singgah dekat The Good Batch ni. Sebab kat sini memang diorang hidangkan banyak jenis kopi yang guarenteed power. 



Gabungan sarapan lewat pagi (brunch) dan bar sepanjang hari juga menjadi sebab kenapa The Good Batch adalah salah satu sebab kenapa The Good Batch mendapat ramai pelanggan. Memang korang wajib datanglah! 


Tambah pulak yang duduk dekat Damansara Uptown tu. yang bestnya, pelaksanaan sentuhan Malaysia kedalam makanan fusion diorang ni memang telah memberi satu perubahan yang sangat menarik kepada hidangan diorang dan berjaya menarik minat pelanggan-pelanggan diorang.


ALAMAT: 53, Jalan SS 21/1A, Damansara Uptown, Petaling Jaya, Selangor.

#4 - Wondermilk


Setelah makan menu yang best-best tentu nak juga makan makanan manis sebagai pencuci mulut kan? Makanan western tanpa desert mana lengkap. Untuk tujuan ni boleh cuba cafe Wondermilk. Wondermilk ni mempunyai tiga cawangan dan salah-satunya adalah di Damansara Uptown. 



Ia dah mula beroperasi sejak beberapa  tahun yang lalu dan sejak ia dibuka, memang ia sangat terkenal dengan kek cawannya yang lazat dan berwarna-warni. Selain daripada kek cawan yang amat menyelerakan, ia juga menyediakan hidangan yang agak simple seperti burger, sandwich, hotdog dan lain-lain. 


Walaupun kedengaran simple, tapi penangan dia memang padulah. Sekali cuba mesti tak cukup punya. Dari segi perhiasan dalaman pulak, memang cantik. Untuk korang yang kaki ambik-ambik gambar sebelum makan tu, Wondermilk ni memang tempat yang sesuailah untuk korang.


ALAMAT: 41, Jalan SS 21/1a, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor.

 

#5- SOULed OUT


SOULed OUT cafe ni mula beroperasi sebagai sebuah kafe kejiranan kecil di Mont Kiara sejak tahun 1996 lagi. Kalau korang teringin nak makan makanan western tapi agak susah nak cari, korang boleh cuba kunjungi SOULed OUT cafe ni. 


Korang nak makan apa? Lamb chop, steak, pasta? Tak ada hal lah. Semua yang korang nak pasti ada kat sini dan harga dia pun tak adalah mahal sangat. 



Selain itu, kalau korang nak tahu pengunjung yang datang kat sini selalunya memang rasa macam pulang kerumah sebab ia adalah tempat yang memang sempurna untuk dikunjungi dan meluangkan masa bersama -sama dengan rakan-rakan atau ahli keuarga.


ALAMAT: NO. 20, Jalan 30/70 A Desa,Taman Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur


Jadi jika anda rasa sangat berminat untuk nikmati menu makanan barat begini, tak perlu nak susahkan diri. Buat saja pesanan secara atas talian di dalam website Foodpanda dan nikmatilah bila makanan telah selamat sampai nanti. Menu western memang menjadi kegemaran ramai orang. Mungkin disebabkan oleh rasa dan gaya persembahannya. 

Para pengemar daging khususnya tentu akan sangat happy dengan adanya tempat makan western food near me yang best best! 

Bila yang sesekali datang berada di Kuala Lumpur, antara soal tempat tinggal dan tempat untuk dilawati, perkara lain yang sering difikirkan adalah makanan. Selalunya makanan nasi lemak, nasi ayam dan mee sudah sering kita nikmati kan? Jadi apalah salahnya cuba menu barat sewaktu berada di sana.



 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. TQ for sharing. Selalu pi KL takde idea nak g makan mana. huhu. Apa kaitan angka 10 dengan anda? Saya ada buat segmen. Jemput join.. http://www.aimisyahirah.com/2020/10/segmen-10-blogger-terpantas-by-misya.html If tak dapat jadi yang terpantas masih ada peluang dapat hadiah misteri. :)

    BalasPadam
  2. sedapnya tengok gambar semua, tq bonde sebab share ;)

    BalasPadam
  3. Semua belum pernah singgah lagi..yg tahu menate tu mmg glamor kan..ada rezeki nanti blh la singgah

    BalasPadam
  4. yummmy semuanya menu menu ni.. tp tu la.. kt KL.. klu pi KL leh try ini.. dok saja2 order online

    BalasPadam
  5. Boleh cuba nanti salah satu restoran ni. Nampak sedap semua.

    BalasPadam
  6. lembah klang ni memagn syurga makanan. best sgt.
    byk makanan boleh try. aida kalau naik Bangi, adik tukang bwk jalan makan.

    BalasPadam
  7. menate tu abah emak aida pernah gi.
    kakak bawak. tak abis sepinggan :)
    abah kata sedap. recommended. abah tu memang suka steak.

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.