Aktiviti Snorkeing Di Pulau Pangkor Assalamualaikum dan Selamat Malam, Maaf Bonde lambat Update Entri bersambung ni, Ramai yang bertanyakan beberapa soalan dekat email dan tak kurang juga yang PM dekat masenger. Maaf sangat-sangat baru berkesempatan untuk update! Tau anda semua memang teruja nak ke Pulau Pangkor. Jadi jemputlah baca yea... Moga info yang dikongsikan membantu percutian anda semua.
Aktiviti Snorkeling Di Pulau Pangkor
Hari kedua memang kami ikut internary, jadual pagi tu adalah untuk snorkling. Jadi seawal 7.00 pagi Cik Fatin sudah siapkan masak sarapan untuk dibawa ke tempat untuk snorkling dan bekalan makanan untuk makan-makan dekat situ kalau lapar nanti.
Pakej Snorkeling Di Pulau Pangkor
Untuk snorkeling bayaran adalah sebanyak RM 15 seorang, dengan bayaran ini akan dapat kasut, set snorkeling, life jaket, roti untuk beri ikan makan dan sewa bot.
Seperti perbualan dengan agen yang telah kami berurusan, tempat untuk naik bot untuk aktiviti snorkeling adalah dinyata di Pantai Nipah yang ada signboard Karaoke. Jadi dekat dekat situlah kena ambik giliran untuk ke Pulau Giam.
Pakej Snorkeling Lie Pang Water Sport
Kalau anda nak snorkeling di Pulau Pangkor bolehlah anda contact number berikut :
012-5019756
019-3430059
019-5525709
Pic : Rosli Pangkor
Sementara tunggu turn untuk naik Bot bolehlah duduk dulu dekat sekitar kawasan ada banyak berusi. Anda akan dipanggil setelah sampai turn anda... harap bersabar masa menunggu tak lama pun sebenarnya.
Pertama sekali anda kena pilih kasut terlebih dahulu, ada banyak saiz kasut disitu jadi anda pilihlah yang sesuai dengan kaki anda dan selesa dipakai.
Anak-anak sedang memilih kasut yang sesuai... lantak komelah yea, janji jumpalah sesuai!
Taraaaa.... Bonde dapat warna kesukaan pink! Kanda dapat warna biru...
Lepas tu kasut yang kami pakai nak campak mana? jangan risau tak payah rebeh-rebeh nak bawa selipar tu sebab nanti anda diberi bakul untuk simpan selipar dan kasut anda tu. Jangan bimbang ianya akan dijaga oleh pihak Lie Pang.
Lepas selesai memilih kasut , ini part guna peralatan snorkeling pula, bagi mereka yang pertama kali nak rasa aktiviti snorkeling kenalah dengar panduan cara memakai peralatan tersebut yang akan disampaikan oleh pihak Lie Pang.
Kusyuk yeaaaa semua, bagusss fokus...! jangan salah pakai nanti he he he
Untuk peralatan snorkeling ni, kita semua sudah maklum ianya mahal, jadi masa dekat tempat snorkeling tu nanti jangan sepah-sepahkan dikuarti akan dicuri, kalau anda hilangkan peralatan tersebut anda akan dikenakan caj tertentu jadi jaga elok-elok.
Burung Engang
Sementara tunggu bot ke Pulau Giam, sempatlah kami semua berpeluang melihat Burung Engang dari jarak dekat. Jarang-jarang peluang ni dapat dinikmati, tengok Burung Engang yang sangat mesra! Lepas tu nak ambik gambar Burung Engang, Eh pandai pulak dia pose... tengoklah dekat bawah. he he he love sangat!
Burung Enggang
Menuju Ke Pulau Giam
Pulau Giam adalah salah satu Pulau untuk Snorkeling, Jarak dari Pantai Teluk Nipah ke Pulau Giam lebih kurang 15 minit menaiki bot. Satu lagi Pulau untuk snorkeling ialah Pulau Mentago.
Di Pulau Giam terdapat terumbu karang yang tajam, jadi anda kena sentiasa memakai kasut untuk elakkan kaki dari terluka. Pulau Giam juga ada ikan-ikan yang cantik dan di dasar laut ada banyak timun laut @ gamat.
Di Pulau Giam terdapat sebuah gerai menjual makanan dan minuman, Bagi anda yang dahaga dan kelaparan bolehlah sianggah, Bagi kami yang dah siap bawa makanand dan minuman jadi makan apa yang kami bawa sahaja, tanpa beli disitu.
Island Hopping Pulau Monkey Bay
Perjalanan ke Pulau Giam tidaklah lama sangat, lebih kurang 15 minit sahaja. Kalau anda seorang yang takut mabuk laut, perjanan bot untuk ke Pulau Giam tak akan buat anda mabuk laut, ombak pun santai-santai sahaja.. ianya tak akan sampai rasa nak muntah macam rasa mabuk , Tapi kalau anda memang jenis cepat pening just sediakan plastik awal-awal nak termuntah dah senang.
Perjalanan sekitar Pulau Giam, kami di tunjukkan oleh crew Lie Pang Pulau yang terdekat adalah Pulau Monkey Bay dan beberapa batu berbentuk haiwan yang dapat dilihat dengan jarak dekat. Iaitu Crocodile Rock dan Turtle Rock.
Crocodile Rock dan Turtle Rock ini memang jelas kelihatan bentuknya. Dari pandangan Bonde, kalau crew tu tak bagi tahu pun, Bonde dah boleh teka. Cuba anda tengok dibawah :
Crocodile Rock
Turtle Rock
Pemandangan di Pulau Giam
Cuaca panas! Muka dah pun sunburn jadi jomlah kita balik.... waktu ni jam lebih kurang 2.00 petang, kami semua dah puas mandi pengunjung yang datang pon tak berkurangan, sebab bot sentiasa dipenuhi dengan pengunjung yang nak buat aktiviti snorkeling ada jer yang datang dan bot tak pernah kosong...
Untuk pengetahuan anda semua, kalau anda menggunakan khidmat Lie Pang ni, kalau anda nak buat aktiviti snorkeling anda boleh setting masa ada, nak pergi bila? dan kalau waktu balik pula sama juga anda bolehlah setting nak balik jam berapa andai kata ada dah penat dan rasa dah puas snorkeling bolehlah anda call crew Lie Pang yang ada pada life jaket tu. Nanti crew Lie Pang akan jemput anda.
Perut Lapar, Makan di mana?
Kami makan kedai berhampiran Lie Pang. Ada dua kedai adik beradik satu kedai menjual menu nasi campur, ada asam pedas, masak kari, masak lemak pelbagai menu masakan kampung, yang bestnya ikannya adalah segar, sedap sangat makan nasi berlauk dekat sini.
Sebelahnya lagi adalah kedai nasi ayam dan abc. Ni pun tidak kurang menarik perhatian kami. Haruslah oder... semua orang dah penat main air, perut pun lapar balik ha ha ha
Bonde suka makan dekat kedai ni, harga sangat berpatutan. Masakkan pula kena dengan selera.
ABC biasa
ABC Special
Nasi Berlauk
Nasi Ayam
Balik ke Rumah Peranginan dan rehat hingga ke petang, Malam kami makan di Pantai Teluk Nipah. Mood nak masak hilang pulak.... ha ha ha
Snorkeling
Lie Pang : 012-5019756/019-3430059/019-5525709
Kereta Sewa
Ah Siang : 017-5957996Info Bilik Resort
Affandi : 018-227187
~ Bonde Senyum Riang ~
0 Ulasan
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.