Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pangkor



Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pangkor Assalamualaikum dan Selamat malam, Hai reader semua. Sambungan dari Entri sebelum ini, Internary Percutian 3h2m Pulau Pangkor,  Kali ini Bonde kongsikan dimana Bonde menginap di Pulau Pangkor?  Bonde memang nak menetap disini.  Kerana tempatnya baru dibuka tahun ini, Jadi apa salahnya kita cubakan!  Lebih teruja nak pergi... Alhamdulillah tertunai juga hajat nak bercuti di Pulau Pangkor.

Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pangkor


Untuk pengetahuan anda semua, Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pangkor terletak di Lot 225 Jalan Pasir Bogak, 32300 Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan. Telah mula dibuka mulai 1 Januari 2020 dan terpaksa ditutup akibat virus covid19 Mac 2020 hingga Jun 2020 dan dibuka kembali mulai 1 Julai 2020.


Kelayakan untuk tempahan Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pangkor adalah Pejawat Awam dan Persara dan anda boleh semak di SBBPH terlebih dahulu untuk kelayakan jenis rumah mengikut gred yang telah ditetapkan. 

Harga Sewaan Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pangkor


Banglo 4 bilik RM 200 untuk 1 Malam ( Gred 41 keatas)

Rumah Berkembar 2 Bilik RM 150.00 1 Malam 

Chalet Bertingkat 2 Bilik RM 100 1 Malam


Pelan Lokasi Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pangkor



Untuk percutian kali ini, Bonde telah menempah Chalet Bertingkat.  Setelah selesai mendaftar, Bonde telah diberikan kunci untuk Chalet Nipah 2.


Chalet Bertingkat Nipah 2 

Ianya terletak ditengah-tengah antara Nipah 1 dan Nipah 3 anda boleh semak pada pelan lokasi diatas.  Syukur Bonde dapat bahagian bawah.



Untuk info anda, chalet bertingkat 2 bilik ini macam 1 rumah yang didalamnya ada 2 bilik dan ruang tamu. ada 1 bilik tandas dan 1 bilik mandi.


Bahagian Ruang Tamu Chalet Bertingkat 2 Bilik, Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pangkor

Perabot yang terdapat di ruang tamu:
Ada TV
Set sofa
Catle air
Peti Ais
Kipas Shiling


Bilik Utama, Chalet Bertingkat 2 Bilik, Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pangkor

Ada katil King
1 sofa
1 Almari baju
1 set meja solek
2 tuala
Aircond




Bilik Kedua, Chalet Bertingkat 2 Bilik, Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pangkor

Ada 2 katil single
1 Almari baju
1 set meja solek
2 tuala
Aircond



Terdapat Tandas dan Bilik Mandi di luar.  Ianya berasingan.

kredit pic blogger Anil

kredit pic blogger Anil

Taman Permainan dan Kawasan Sekeliling 




Gazebo dan Tempat Bbq


Kalau anda bercuti disini, anda boleh gunakan gazebo ini untuk aktiviti Bbq.  cuma anda kena sediakan arang dan alatan membakar sendiri.

Info untuk anda yang nak buat Bbq, anda boleh beli keperluan untuk Bbq di CK Supersave Mart, semuanya ada dijual disitu ( Ayam, Daging, Ikan dan burger)






Tempat Mengosok Pakaian


Kalau anda tak bawa sterika, anda boleh gunakan sterika yang disediakan di hadapan gazebo tadi, ia terletak di suatu sudut yang mudah nampak di Fire Hose Reel dekat dengan tempat mendaftar untuk masuk ke rumah yang anda sewa.


Pantai Bagok


Pantai Bagok pula hanya lebih kurang 100 meter sahaja dari Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pangkor, jadi kalau nak jalan-jalan atau nak mandi-manda dekat pantai tak perlulah naik kereta, jalan kaki pun boleh sampai.


Selesakah Menginap di Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pangkor?

Sangat selesa, kalau ke Pulau Pangkor Bonde akan menginap lagi disini. Sesuai untuk santai-santai dengan family dan tenangkan minda dari kesibukkan berkerja. Mungkin nak cuba Rumah Berkembar pula akan datang. 

Masa Check in dan Check out

Baiklah untuk info anda semua, untuk parking kereta anda tidak boleh parking di hadapan rumah yang disewa, kerana tidak disediakan lot parking disitu,  masa check in dan check out sahaja dibenarkan untuk parking dihadapan rumah untuk sementara waktu.  Selepas itu anda kena parking ditempat yang disediakan.


Kereta unser ini disewa selama 3h2m di Pulau Pangkor, dengan kadar sewaan RM 140.00 sehari.  Sungguh sewa dan senang sekali berurusan dengan tuan sewa tersebut.  Isi minyak RM 20 pun tak habis.  Siap ronda satu pulau.

Seleterusnya Bonde akan kongsikan aktiviti-aktivi yang Bonde buat sepanjang 3h2m di Pulau Pangkor.


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

23 Ulasan

  1. Wahh. Bestnya. Tempat cantik dan kemas. Seronok dapat bercuti.

    BalasPadam
  2. Puan boleh saya dapatkan contact number kereta sewa. terima kasih

    BalasPadam
  3. Terima kasih utk info ni bonde. Sy nk tnya, tempat utk makan2 ada yg terdekat tak dgn penginapan ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam, dekat area rumah penginapan ni tak ada gerai makan waktu malam, kena pergi ke teluk nipah lebih kurang 15 minit dekat siti meriah kedai makan dan street food

      Padam
  4. Terima kasih bonde utk info ni. Sy nk tnya, kedai makan ada tak di sekitar penginapan ni?

    BalasPadam
  5. Salam bonda.. Sy sekeluarga nak kesana bulan 12 ni.. Apa keperluan yg perlu sy bawa.. Harga tickets feri dewasa /kanak2..OK terimakasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaukumusalam,

      Bahan mentah basah dan kering boleh beli dekat pasar raya terdekat baca dekat link ni https://www.bondezaidalifah.com/2020/08/lima-tempat-menarik-di-pulau-pangkor.html

      Untuk tiket feri boleh beli on line di easybook boleh baca info : https://www.bondezaidalifah.com/2020/08/internary-percutian-3-hari-2-malam-di.html harga tiket dewasa RM 7 dan Kanak2 RM 2.50

      Padam
  6. selesa dan cantik tempat ni bonde. kadar kereta sewa kat situ pun ok kan

    BalasPadam
  7. Makan mcmana ye? Ada gerai berdekatan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gerai makan berdekat ada, dekat teluk nipah, perjalanan menaiki kereta lebih kurang 15 minit.

      Padam
  8. boleh bagi contact number kereta sewa tu tak?

    BalasPadam
  9. Tq Bonde utk info nie.. ada disediakan dapur utk kita masak2? Ke bonda bawa sendiri noxxa ☺️☺️ next week nak ke sana.. tqia yer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya bawa rice cooker jer untuk masak nasi dan manggi waktu tu..lauk tapau dari kedai. he he he

      Padam
  10. Assalamualaikum bonda.masa dk sana bergerak dengan van pink ke sewa kenderaan. Kalau tak keberatan boleh ke bonda kongsikan nombor contact yang boleh sewa kenderaan kat sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. For info boleh baca link yang bonde konsikan...

      https://www.bondezaidalifah.com/2020/08/lima-tempat-menarik-di-pulau-pangkor.html

      (contact number)
      https://www.bondezaidalifah.com/2020/09/aktiviti-snorkeling-di-pulau-pangkor.html

      Padam
  11. Balasan
    1. Cara nak mohon boleh ke laman web https://www.bph.gov.my/portal/rpp-laman-utama/

      Padam
  12. Tq atas perkongsian. Mmg nk try booking sini

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.