Kate Yup Tu Siapa?... Misteri Kehilangannya Dirungkai Assalamualaikum dan Selamat Malam... Hai reader semua, dua minggu yang lepas Bonde galak mengikuti kisah Kate Yup ini di channel Youtube. Teruja pula nak mengikuti kisah Kate Yup nak tahu apa endingnya. Semalam Bonde, Cik Fatin dan Kakak (anak saudara) menceritakan kembali kisah Kate Yup ini, masih mencari pengakhiran cerita ini, agak menarik juga untuk dibaca Kate Yup Tu Siapa?... Misteri Kehilangannya Dirungkai.
Kate Yup Tu Siapa Misteri Kehilangannya Dirungkai
Kate Yup dikenali sebagai seorang Youtuber, Kate Yup mempunyai Channel Youtube "Muk-bang" Apa itu Muk-bang?
muk-bang atau meokbang (/ˈmʌkbæŋ/; Korea: [mʌk̚.p͈aŋ] ( dengar)- kata gabung bahasa Korea 먹는; meongneun "makan" dan 방송; bangsong "penyiaran"[1]) ialah suatu siaran langsung dalam talian di mana pengacara memakan makanan pelbagai jenis sambil berinteraksi dengan para penonton. Fenomena ini mula terkenal serata Korea Selatan pada tahun 2010.
Kate Yup tidak menunjukkan mukanya dalam semua video yang telah dimuat turun ke akaun atau channel Youtube, malah Kate Yup menggunakan topeng dan hanya yang dapat dilihat ialah sekitar hidung dan kebawah.
Kate Yup tidak menggunakan suaranya dalam semua videonya hanya menggunakan caption dan isyarat sahaja.
Kalau anda tengok cara Kate Yup makan, Bonde sendiri rasa tak sanggup nak tengok... rasa nak muntah. Tapi bila pikir balik kenapa Kate Yup ni macam tak makan setahun? dia punya gelojoh tak tahulah nak cerita macam mana.
Anda nak tahu boleh jer search channel Youtube Muk-bang Kate Yup anda tengok dan taksirlah sendiri.
Video Muk-bang Kate Yup Popular
Video Kate Yup berjaya mempunyai view yang tinggi setiap kali di muat turun di channel Youtubenya. Ramai yang menonton membuatkan view video Muk-bang tersebut tinggi, jadi di situ dapatlah bayaran dari Youtube, semakin galaklah nitizen melayan video-video tersebut tidak kurang juga yang kongsikan di media social, video Kate Yup jadi semakin dikenali dan tersenarai dalam channel Muk-bang yang popular.
Misteri Tentang Kate Yup
Ia menjadi tanda tanya apabila kelihatan Kate Yup yang seakan kurus, luka dibibirnya dan terdapat lebam dibadannya. Boleh ditaksirkan Kate Yup ini sepertinya di paksa untuk memakan pelbagai jenis seafood dan membuat video secara paksa.
Kate Yup Memberikan Klu Di Dalam Videonya.
Caption pertama Kate Yup dalam video
Di dalam caption videonya.. yang di muat turun terdapat terjemahan lisan mohon pertolongan atau bantuan yang ditaip menggunakan huruf besar, caption yang dimaksudkan “The meat is So deliciOuS, soft and tender”, yang terdapat di salah satu videonya. Dari ayat tersebut, Kate Yup memberi capslock pada huruf tertentu pada bahagian kata ‘delicious’, yang jika digabung menjadi S.O.S atau yang bermaksud kecemasan dan seakan meminta pertolongan. Code yang memberi maksud mohon pertolongan ini juga kerap kali ia lakukan dibeberapa video lainnya. Kate Yup menggunakan kod morse meminta bantuan, buat netizen makin ragu dengan situasi sebenar Kate Yup.
Caption kedua Kate Yup dalam video baru bertajuk I AM ALIVE.
Caption yang dimaksudkan :
Hey!! I'm still alive my friends
Everything is ok for me!
Look at me, are you really thinking i am forced to eat?
Prawn, is smaller than giant shrimps and easier to eat cause i removed the skin
bila di taksir ianya berbunyi seperti H.E.L.P
Misteri bukan? kisah Kate Yup ni... Bonde seakan teruja nak tahu kisah seterusnya. Rata-rata yang kongsikan memberi maksud bahawa Kate Yup di culik, didera dengan tidak diberi makan, dan dipaksa makan dengan gelojoh hingga memudaratkan dirinya sendiri hingga dapat penyakit. Macam-macam cerita dan spekulasi yang ada tentang Kate Yup di channel youtube. Jadi... kebenaran tentang cerita sebenar Kate Yup ini masih belum selesai.
Jika anda ada info tentang Misteri kehilangan Kate Yup sila komen dibawah yea. Jangan segan-segan kongsikan dengan Bonde yea.
~ Bonde Senyum Riang ~
0 Ulasan
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.