FAMA, Shopee Lancarkan Pameran Durian Maya Pertama Assalamualaikum dan Selamat Pagi..
FAMA, Shopee Lancarkan Pameran Durian Maya Pertama
Durian E-Fiesta menampilkan lebih daripada
220 tawaran durian
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) kini bekerjasama
dengan Shopee, platform e-dagang no. 1 Malaysia untuk satu lagi inisiatif
baharu, Durian E-Fiesta, sebagai bukti komitmen terhadap agenda digitalisasi
dan e-dagangnya.
Dato’ Zainal Abidin bin Yang Razalli, Ketua
Pengarah FAMA berkata, “Ketika wabak Covid-19 di
Malaysia berada di puncaknya pada bulan Mac lalu, ia telah memberikan kejutan
kepada seluruh negara dan pelbagai sektor termasuk sektor pertanian yang tidak
terkecuali. Sebelum ini, tiada siapa yang menjangkakan bahawa mereka dapat
menjual hasil segar dan sejuk beku secara atas talian, tetapi wabak ini telah
mendorong banyak pihak termasuk para petani untuk meneroka penjualan atas
talian buat julung kalinya. Langkah ini juga selari dengan harapan YAB Perdana
Menteri agar sektor perniagaan dalam bidang e-dagang di pertingkatkan dan menjadikannya
satu trend baharu urusniaga. Oleh demikian, kami bekerjasama dengan Shopee demi
memberi lebih banyak insentif kepada sektor pertanian untuk terus berada di atas
talian dan yang lebih penting lagi, lebih ramai petani akan mendapat manfaat walaupun
selepas PKPP. Kami akan melaksanakan kerjasama ini melalui beberapa siri kempen
bertema yang menarik bermula dengan Durian E-Fiesta di Shopee bersempena musim
durian yang sudah tiba."
Durian E-Fiesta di Shopee akan menjadi pameran jualan durian maya pertama
di Malaysia. Program ini akan berlangsung dari 15 hingga 19 Julai dan menampilkan lebih daripada 220 tawaran, para
peminat durian boleh memilih daripada pelbagai jenis durian seperti Musang King, Udang Merah, D24, Hor Lor, Kampung, dan sebagainya.
Sebagai dorongan untuk transformasi perniagaan, FAMA dan Shopee akan
memberi sokongan kepada peniaga durian melalui pembiayaan baucar menarik
seperti potongan harga RM5 dengan perbelanjaan minimum RM1, potongan harga RM20
dengan perbelanjaan minimum RM100 dan banyak lagi. Selain itu, pengguna juga
dapat menikmati Musang King di Jualan
Kilat Shocking Sale pada harga RM10
sahaja ketika berlangsungnya Durian E-Fiesta.
Mengulas mengenai kolaborasi bersama FAMA, Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee berkata, “Biasanya tempoh inkubasi untuk penjual dan pengguna adalah yang paling sukar. Pertama sekali, kami perlu memastikan bahawa penjual kekal berada dalam sistem dan perkhidmatan mereka adalah pada tahap yang optima. Pada masa yang sama, kami harus melatih penerimaan pengguna dan membantu mereka dalam membiasakan diri untuk membeli hasil segar secara atas talian. Oleh itu, kami amat bersemangat kerana mempunyai rakan kerjasama seperti FAMA yang mempunyai pemahaman mendalam tentang ekosistem e-dagang dan bersedia bekerjasama dengan kami bagi mendorong digitalisasi sektor pertanian Malaysia. Selain itu, ini merupakan waktu yang terbaik untuk melaksanakan kerjasama ini memandangkan rakyat Malaysia merupakan penggemar tegar buah durian."
Kedua-dua organisasi ini juga telah mengambil kira para pengguna yang
mungkin kurang menggemari Raja Buah. Justeru, Durian E-Fiesta juga akan turut
memasarkan buah-buahan pilihan tempatan yang lain seperti manggis, mangga,
nenas dan banyak lagi pada kempen tersebut. Edisi pertama kempen ini adalah
terhad di Lembah Klang dan bagi memastikan kesegaran buah-buahan, penghantaran
akan dilakukan pada hari berikutnya setelah pesanan dibuat.
Peniaga buah-buahan, terutamanya peniaga durian, akan menerima sokongan
dan pendedahan pemasaran maksimum sepanjang kempen ini melalui paparan banner dalam aplikasi, laman mikro-khas,
push notifications dan banyak lagi.
Adalah difahamkan bahawa objektif FAMA dan Shopee bagi kerjasama jangka
panjang ini adalah untuk memacu sektor pertanian dalam mencapai kemampanan
dalam jangka masa panjang menerusi perniagaan secara dalam talian.
Shopee, dalam pada itu, mendedahkan bahawa lebih daripada 2 tan
(2,000kg) durian telah dijual melalui platformnya dalam masa 24 jam setelah
diberi pendedahan dalam kempen 6.6 Super
Sale pada bulan Jun yang lalu. Kata kunci 'durian' juga merupakan salah
satu perkataan yang paling banyak dicari pengguna di platform tersebut.
Untuk memuaskan pengidaman durian anda, kunjungi https://shopee.com.my/m/durian-e-fiesta
Sebagai tambahan kepada Durian E-Fiesta, FAMA juga akan memberikan
baucar kepada pelanggan yang membeli produk dari kedai rasmi mereka di Shopee.
Layari https://shopee.com.my/agrobazaar_fama untuk menikmati potongan harga RM10 dengan perbelanjaan minimum RM50
bagi barangan seperti daging ayam, daging lembu, sayur-sayuran, buah-buahan dan
banyak lagi.
~ Bonde Senyum Riang ~
1 Ulasan
wow durian ponn jual online ya..dasyat2..hehehe
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.