Drama 7 Hari Mencintaiku 2



Drama 7 Hari Mencintaiku 2 Assalamualaikum dan Selamat Malam, Drama 7 Hari Mencintaiku 2 telah dimainkan di slot Akasia TV3 bermula pada 2 Julai 2020 yang lalu, setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam.  Gandingan pelakon utama yang sama seperti drama sebelum ini,  Shukri Yahaya dan Siti Siti Saleha. Drama kali ini, terbitan SR One Sdn Bhd, arahan Jamal Khan.



Pelakon Drama 7 Hari Mencintaiku 2

Shukri Yahaya. Siti Saleha, Kazar Saisi, Liza Abdullah, Jasmin Hamid, Shaharuddin Tambi, Wan Sharmila, Syazwan Zulkifli, Jaja Iliyes, Bil Azali, Dhia Irdina, Puteri Rafasya, Faye Kusairi, Idris Mat Diah, Anne Abdullah, Hariesa, Razzuan, Syaffiq Sahli.


Watak Pelakon 7 Hari Mencintaiku 2 

Shukri Yahaya sebagai Khuzairi

Siti Saleha sebagai Mia Adriana

Kazar Saisi sebagai Pak Samad

Liza Abdullah sebagai Mak Leha

Jasmin Hamid sebagai Hayati

Shaharuddin Tambi sebagai Dato Johari

Wan Sharmila sebagai Sofi

Syazwan Zulkifli sebagai Helmi

Jaja Iliyes sebagai Nadia

Bil Azali sebagai Zaidi

Dhia Irdina sebagai Alisa

Puteri Rafasya sebagai Kenit

Faye Kusairi sebagai Syakila

Idris Mat Diah sebagai Pak Andak

Anne Abdullah sebagai Mak Andak

Hariesa sebagai Nurul Ain

Razzuan sebagai Fariz

Syaffiq Sahli sebagai Jali

Watak Pelakon 7 Hari Mencintaiku 1



Sinopsis Novel 7 Hari Mencintaiku 2


Mia Adriana dan Khuzairi melayari hidup bahagia berumah tangga. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata kedua.

“Kebahagiaan abang bila sayang dan anak-anak ada di sisi.” Itulah kata-kata yang sering diucap Khuzairi pada isterinya. Di saat mereka diulit bahagia. Puan Hayati dan Dato’ Johari kembali dengan dendamnya. Hebat Puan Hayati mengatur rancangan. Mia Adriana termakan dengan kata-katanya. Syakila tak kurang hebatnya.

“Dosa tu bukan datang dari mama! Dosa tu datang dari suami mak! Abah yang tergilakan mama! Sampai sanggup nak buat perkara terkutuk! Dosa abah tu yang akan terpalit dalam rumah ni! Suami mak tu gatal!” Hilang hormatnya pada Pak Samad. Seorang lelaki yang dihormati selama ini. Mak Leha mula membenci Mia Adriana.

“Kau ingat! Seorang anak perlukan restu ibu! Kalau kau nak Khuzairi dapat restu aku! Kau tinggalkan dia! Selagi kau masih jadi isteri dia! Sampai bila-bila dia tak akan dapat restu aku! Tanpa restu ibu Khuzairi tak akan bahagia!” Nadia putus tunang dengan Zaidi. Helmi bercerai dengan Sofi dan Khuzairi pula bergolak rumah tangganya. Nurul Ain muncul dalam hidup mereka. Mak Leha berkenankan gadis ini. Nurul Ain begitu sempurna di matanya.

“Mi nak mak tanya Nurul. Kalau abang long tu hanya kerja jaga kambing, dia nak tak? Lepas tu mak nilai, mana permata, mana batu jalan.” Helmi cuba menyedarkan emaknya. Khuzairi rasa tercabar. Dia bagaikan melukut di tepi gantang. Khuzairi pujuk, Khuzairi rayu, Mia Adriana tetap nak pergi. Khuzairi tak mampu menggapainya lagi.

“Pergi Mia! Pergi! Saya dah tak nak tengok muka awak! Pergi sejauh mana yang awak nak! Moga hidup awak akan lebih bahagia tanpa cinta Khuzairi!” Sayu mata Mia Adriana memandang anak-anaknya.

“Maafkan ibu sayang. Ibu terpaksa pergi.” Dia merenung suaminya buat terakhir kali. Walau 7 Hari Mencintaiku, cinta Khuzairi tiada lagi. Selamat tinggal abang. Selamat tinggal sayang. Kata-kata yang diucap dalam hati bersama deraian air mata.

Bagi anda yang terlepas dan tak ada dekoder untuk rakam drama 7 Hari Mencintaiku 2 anda bolehlah tonton :



Tonton Full 28 Episod di : 7 Hari Mencintaiku 1

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Aritu pernah tengok sekali je episod drama ni. Tu pon kjap je. Tak sempat nak layan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tengok kat iQIYI je, free: https://www.iq.com/play/19rrhldm6x

      Padam
    2. https://www.iq.com/play/19rrhldm6x

      Padam
    3. Tengok kat sini je, free: https://www.iq.com/play/19rrhldm6x

      Padam
  2. Suka tgk drama ni...tp geram dgn si syakilla tu...n mak si mia tu...ada je agenda jahat dia...

    BalasPadam
  3. ada tertengok minggu lepas tapi macam stress je jalan citer dia. haha. malas plak nak layan..kang diri sendiri yg stress...

    BalasPadam
  4. Yang no.1 tu pun belum tengok. Jalan cerita yg no.2 ni macam best.. kalau start layan melarat ni bonde..hihi

    BalasPadam
  5. Drama 7 hari mencintaiku yang season 1 pun saya belum tengok sepwnuhnya bonde dah ada season 2 pula. Ni rasanya drama yang bakal mengundang kemarahan ni. Kan kan

    BalasPadam
  6. awa tak tonton lagi ni.. mcam best! lagipun shukri yahya berlakon santai suka cara dia.. nnti nk tengok bila dh ada masa free sikit

    BalasPadam
  7. Antara drama yang meninggalkan kesan di hati

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.