Shopee Mums Club



Shopee Mums Club Assalamualaikum dan Selamat Petang, Hai reader semua...Bonde nak kongsikan pada anda semua berkenaan...

Shopee Mums Club

Kumpulan sokongan maya untuk para ibu yang mencari tawaran terbaik bagi produk tulen bagi si manja mereka

Dikatakan bahawa kos untuk membesarkan seorang anak boleh mencecah RM1 juta. Oleh itu, bukan lagi sebuah rahsia bahawa ia merupakan satu urusan yang mahal untuk membesarkan seorang anak, walaupun ia adalah sebuah pengalaman yang berharga. Dengan kenaikan kos sara hidup terutamanya dalam tempoh yang mencabar ini di tengah wabak Covid-19, para ibu bapa berasa risau untuk mencari jalan bagi memastikan anak-anak mereka mempunyai persekitaran yang kondusif untuk membesar dengan sihat. Untuk membantu ibu bapa harungi cabaran ini, Mum's Club di Shopee memberikan sokongan kepada para ibu yang mencari produk tulen untuk anak-anak mereka tanpa berbelanja secara berlebihan.


  
Ahli-ahli kelab tersebut dapat mengambil bahagian dalam pelbagai kempen yang direka khas seperti satu yang berlangsung dari 17 hingga 24 Jun 2020, menampilkan pelbagai tawaran untuk barang penjagaan bayi seperti peralatan penyusuan, mainan, pakaian, lampin dan produk mandian. Shopee bekerjasama rapat dengan beberapa jenama seperti Enfagrow, Drypers, Johnson & Johnson dan Philips Avent untuk menawarkan diskaun dan baucar menarik supaya para ibu bapa dapat menikmati lebih penjimatan, terutamanya ibu bapa baharu.


Hak Istimewa Shopee Mums Club


Hak Istimewa Ahli: Kempen yang berlangsung selama seminggu ini akan menawarkan ahli-ahli Mum's Club barang keperluan bayi seperti susu untuk ibu hamil, lampin, produk mandian dan penjagaan kulit, dan mainan untuk RM10 semasa Jualan Kilat Shocking Sale; baucar sehingga 20% diskaun serta pulangan tunai sebanyak 20%. Ahli-ahli juga boleh dapatkan baucar di kedai dan juga diskaun sehingga 50% oleh jenama yang mengambil bahagian.

Jenama di Bawah Shopee Mums Club






Ahli baru Mum's Club akan menerima semua produk yang dinyatakan di atas serta ganjaran tambahan seperti 25% pulangan tunai Shopee Coins dan hadiah alu-aluan eksklusif bernilai RM30 yang terdiri daripada produk seperti lampin dan susu formula.

Peraduan Belanja dan Menang Shopee Mums Club

Peraduan Belanja dan Menang: Kempen ini menjadi lebih baik untuk para ahli yang berbelanja dari tempoh 17 Jun hingga 1 Julai berpeluang untuk menang hadiah menarik seperti kereta sorong bayi Anakku, baucar Anakku bernilai RM100 dan alat permainan Fisher-Price. Untuk mengambil bahagian, para ahli layak mendapat satu penyertaan untuk setiap pembelian sebanyak RM50 di kategori Mainan, Kanak-kanak dan Bayi.

Sesi Perkongsian: Dalam usaha berterusan untuk mendorong rakyat Malaysia duduk di rumah demi mencegah penularan Covid-19, Shopee Mum's Club akan mengadakan siri perkongsian atas talian yang boleh ditontoni dari rumah untuk ibu bapa baharu. Dengan kerjasama DoctorOnCall, Pusat Perubatan Thomson, Hospital Columbia Asia dan Early Autism Project Malaysia, sesi yang dibahagikan kepada tiga bahagian pada 24, 25 dan 26 Jun jam 1 tengah hari di Shopee Live dengan ahli-ahli pakar yang akan berkongsi mengenai pelbagai topik tentang kesihatan ibu hamil dan anak dan juga menjaga kanak-kanak berkeperluan khas.


Shopee Mum’s Club, dilancarkan pada 2019, direka untuk menawarkan penjimatan lebih besar kepada para ibu bapa melalui tawaran dan diskaun oleh pelbagai jenama. Sebuah pihak yang boleh dipercayai sepanjang perjalanan keibubapaan mereka, ia bertujuan untuk memberikan penyelesaian dan idea kepada para ibu bapa untuk membantu mereka berikan yang terbaik kepada anak-anak mereka. Promosi-promosi dikemas kini secara berkala, jadi para ahli diingatkan untuk mendaftar masuk dengan kerap, terutamanya semasa jualan Baby Fair dan juga kempen khas.

Untuk dapatkan lebih maklumat tentang kempen ini, layari https://shopee.com.my/m/mums-club


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. bestnya siap ada cashback lepas shopping sakan untuk babies

    BalasPadam
  2. waahhh... happy betoi mak2 gini. hehehe

    BalasPadam
  3. Greetings from friendly Georgia! Always welcome in our hospitable country to taste our natural food.

    BalasPadam
  4. baru tau ada mum club rupanya

    BalasPadam
  5. sesuai sangat bagi yang ada anak kecil ni.. banyak yang boleh jimat

    BalasPadam
  6. bagus sangat la shopee buat sales macam ni. sebab mostly yang shopping adalah mothers yang nak beli barang baby pada harga rendah..

    BalasPadam
  7. Seronoklah mak mak di luar sana ni kalau dorang tahu. Dapat jimat banyak benda dengan adanya Shoppe Mums Club.

    BalasPadam
  8. Wah. Bagusnya ada group sebegini yang membantu sesama ibu dan boleh menjadi support group untuk new mums kan. Good job shopee

    BalasPadam
  9. makin sakan la tangan click barang dalam shopee. seronok ye beli barang2 untuk anak tersayang ye. bila shopee nak buat club untuk single?

    BalasPadam
  10. Kaum kaum ibu mesti seronok ni.. Jangan lepaskan peluang

    BalasPadam
  11. Selalu shopping kat sini baru tahu ada Mum's Club ni bonde. Hahaha. Bolehlah jadi one of them sebba banyak keiatimewaan boleh shopping barang baby dengan harga yang berbaloi

    BalasPadam
  12. banyak pilihan. insyaAllah bolehlah support satu sama lain. thanks sharing

    BalasPadam
  13. Kenapa xpernah tahu ni ada mom club. Bolehlah suggest kat adik2 yang nak beranak nanti. Sis ni anak2 dh besar2 🤣

    BalasPadam
  14. Ibu-ibu suka lah bila ada Shopee Mum Club ni hehehe boleh beli macam-macam barang untuk anak-anak sebab yang rajin shoppingnya mak-mak jer wakaakakka makin meriah hari-hari ada jer barang sampai..

    BalasPadam
  15. Menarik ni hehe tp iena xkawen lg😂😂.. Nty iena share dekat adek yg ade anak😁 boleh la dorang usha Shopee mums club

    BalasPadam
  16. Ngeee nak registerlah macam ni.Banyak manfaat dapat join group ni. Banyak dapat info. Best juga boleh dpt cashback.

    BalasPadam
  17. Ooo ini kot yang adik Lin sebut tu, katanya shopee ada kelab utk ibu-ibu..so senang dia nak belanja dan dapat tawaran menarik...bagusnyaa...macam Lin dah tak layak dah hahaha tunggu cucu je ni haaaa

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.