Pokok Viral dengan gelaran Lidah Mentua



Pokok Viral dengan gelaran Lidah Mentua Assalamualaikum dan Selamat Petang, Hai reader semua... tiba-tiba Pokok Lidah Mentua atau nama lain Lidah Jin dalam bahasa Ingeris  'Snake Plant' semenjak PKP dan PKPB Pokok ni menjadi popular dan viral di media sosial, Hangat diperkatakan pokok ni jadi berharga dan ada nursery jual dengan harga yang mahal.. dekat rumah Bonde memang ada tanam beberapa pasu, ambik dekat kampung jer Pokok Lidah Mentua ni.  Sebab dekat kampung memang pokok ni membiak dengan banyaknya.  

Pic sumber pinterest

Pokok Viral dengan gelaran Lidah Mentua

Dua Kelebihan Pokok Lidah Mentua

Pokok Lidah Mentua adalah antara tumbuhan dalam rumah yang paling susah untuk ‘mati’ kerana walaupun ia perlu disiram secara berkala, pokok ini sesuai hidup di tempat yang kering dan menerima sedikit cahaya matahari.

1. Pokok Lidah Mentua ini mudah dijaga dan sesuai diletakkan di bilik mandi kerana ia mampu menyerap gas bertoksik yang wujud di tempat gelap dan ia tidak memerlukan cahaya matahari. 

2. Pokok Lidah Mentua dapat membersihkan udara di dalam dan luar rumah dengan baik terutama pada sebelah malam. Menariknya... Ia menyedut karbon dioksida dan membebaskan oksigen.

Kenapa Bonde suka Pokok Lidah Mentua?

Apa yang Bonde suka tentang Pokok ni ialah ianya sangat membantu menyerap udara di dalam rumah dan di luar rumah. Bonde ada tiga ekor kucing peliharaan jadi untuk menyegarkan udara secara semula jadi dalam dan luar rumah, Bonde gunakan Pokok Lidah Mentua dan selain itu, secara moden Bonde gunakan juga mesin penyedut udara/habuk jenama coway.

Cara Semaian Pokok Lidah Mentua

Pic sumber pinterest

Semaian melalui daun Pokok Lidah Mentua

Potong atau gunting daun Pokok Lidah Mentua dan rendamkan ke dalam air beberapa hari, bila dah berakar bolehlah di tanam di dalam pasu.                      

Semaian melalui akar Pokok Lidah Mentua

Leraikan dari pokok dengan berhati-hati awas! jangan sampai terpotong akarnya. Nanti proses nak hidup tu makan masa.  Kalau akarnya ada dia sangat mudah untuk hidup dan cepat membiak.

Gambar dibawah ini diambil oleh Abang Ipar Bonde, dia kemaskan pasu yang dah pecah akibat pembiakkan Lidah Mentua yang berlaku.  Pokok ni pon terbiar jer dekat bawah pokok rambutan. 


 Bila dah viral teruja pulak Abang Ipar nak semaikan anak-anak pokok yang banyak tu untuk dipasarkan kepada yang berminat nak beli.  Tak sangka pula bila disemaikan dari satu pasu dapat berpasu-pasu,

Time PKPB ni semua boleh buat duit, untuk tampung-tampung perbelanjaan. Tapi harga yang dijual adalah berpatutan bukan mahal seperti yang telah diviralkan.



Sedia untuk ditanam didalam.


Semai dalam polybag dulu sementara beli pasu kedai Eco Shop, Nt Shop atau Mr. Diy buka. Dapat info dekat situ pun dah banyak habis dah pasu-pasu kena borong he he he


Cara Penjagaan Pokok Lidah Mentua

Cara penjagaannya mudah sahaja dengan menyiram seminggu sekali atau dua minggu sekali, Pokok Lidah Mentua tak suka sangat air jadi tak payah risau kalau tinggalkan rumah lama-lama tak siram pun tak apa.

Potong anak-anak yang membiak supaya pasu anda tak pecah kerana Pokok Lidah Mentua ni sangat cepat membiak.

Pokok Lidah Mentua paling senang hidup, ianya tak perlu dibaja.

Jom sama-sama deko-deko dan hijaukan rumah, dapat hirup udara segar sentiasa dan menghasilkan mood gembira.
 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Tu laaa Bonde, rumah Mak sampai dah di tutupi lalang pokok ni, sebab tanam tanah, tu sapa nak pi je lee amik, ada kontot, ada panjang, banyak saiz..hehehehe.yang Lin amik tu pun dah lama dulu, kena yang macam pedang tinggii.

    BalasPadam
  2. Allahyarham abah suka menanam pokok dan salah satunya pokok lidah mertua ni...tak ingat pulak dulu dipanggil apa hehe. Kat rumah ni pun ada kat laman rumah dan 1 kat bilik anak dara..kat bilik akak pun tunggu beli pasu cantik hee

    BalasPadam
  3. Kak Sue pun ada tanam pokok Lidah Mertua nie.. ada yang dah naik tinggi dah pun..

    BalasPadam
  4. tak sangka, zaman ni, pokok ni viral

    BalasPadam
  5. Tanam banyak2
    boleh buat bisness
    Bila viral tentu ramai orang cari

    BalasPadam
  6. Bila viral, gigih eyqa cari semalam. Beli satu tu RM8 je. Besar!

    BalasPadam
  7. Hah terus viral pokok ni kan bonde. Saya nak bela memang taklah sebab anak kecik lagi. Mahu abis dia kerjakan.. Hahaha

    BalasPadam
  8. Lama dah kat rumah tu ada lidah jin ni.Bila viral kita pun menambah koleksi yang ada

    BalasPadam
  9. Rumah saya banyak dengan pokok ni... nampak cantik bila ditanam secara kecil kecil

    BalasPadam
  10. d akhir prgncy ni, sha terminat pula nak tnm bunga ni, minta dgn mak mertua ja..dpt free hihih

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.