Resepi Wantan Cendawan Enoki Goreng Tepung Bestari



Resepi Wantan Cendawan Enoki Goreng Tepung Bestari Assalamualaikum dan Selamat Pagi.. Hai reader semua, Siapa dekat sini peminat cendawan enoki? dah cuba Resepi Wantan Cendawan Enoki Goreng Tepung Bestari kalau anda rasa nak cuba Bonde ada kongsikan resepinya dibawah.

 Resepi Wantan Cendawan Enoki Goreng Tepung Bestari



 Resepi Wantan Cendawan Enoki Goreng Tepung Bestari


1. Cendawan enoki

2. Kulit wantan

3. Tepung goreng serbaguna BESTARI pedas 

Cara-cara :

1. Buang akar cendawan, basuh dan leraikan kemudian toskan sehingga kering air.

2. Ambil wantan, Potong wantan kepada 3 bahagian



3. Kemudian gulungkan cendawan enoki dengan kulit wantan seperti dalam gambar. Untuk lekatkan kulit wantan itu cuma gunakan air sahaja.



4. Kemudian pusing-pusingkan cendawan enoki diatas tepung BESTARI. Tidak perlu menggunakan telur.



5. Panaskan minyak, bila minyak sudah panas, boleh goreng sehingga masak kekuningan.


Tepung Bestari Pedas


Bagi Bonde, Bonde lebih suka gunakan tepung Bestari yang pedas sebab memang suka makan pedas, tapi anda boleh gunakan tepung yang biasa yang tak pedas, sesuailah dimakan oleh kanak-kanak.

Wantan (untuk kulit)


Ada orang suka balutkan separuh dari cendawan enoki tu, tapi Bonde hanya gulungkan ditengah lebih sedap bila dikunyah nanti.

Sos Korea Adabi


Cendawan enoki yang siap dimasak sedap dimakan dengan Sos Korea Adabi.  Rasanya sangat ranggup di kunyah, tak sedar habis sepinggan.. he he he


Selamat Mencuba!

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

1 Ulasan

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.