Resepi Sup Tulang PPC Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai reader semua.. Kali ini Bonde nak kongsikan Resepi Sup Tulang PPC Kenapa nama Sup Tulang ini ada PPC? PPC adalah singkatan kepada Philips Pressure Cooker. Bonde kalau masak daging mesti nak guna pressure cooker ni, bukan apa? daging mudah lembut dan tidak liat, masa memasak juga tidak terlalu lama dan tak perlu tunggu masukkan semua bahan-bahan dalam PPC lepas tu kita boleh buat kerja lain. memang sangat membantu kerja-kerja didapur. Bonde dah beli lama dah PPC ni, selalu guna tapi jarang-jarang nak sharekan resepi dekat sini.
Resepi Sup Tulang PPC
Resepi Sup Tulang PPC
Bahan-bahan
1 kg tulang (basuh bersihkan dan toskan)
2 biji kentang
1 batang lobak merah
1 biji bawang (dihiris)
5 ulas bawang putih (dihiris)
2 batang seledri (dipotong seperi dalam gambar)
3 helai daun sop (ambil akarnya untuk tumis bawang)
3 serangkai (bunga lawang, kayumanis, buah pelaga)
1 biji tomato
2 inci halia (dihiris seperti dalam gambar)
1 sup bunjut adabi
2 sudu jus limau nipis
air secukupnya
sedikit lada hitam
sedikit minyak
sedikit bawang
sedikit cukup rasa maggi
Cara-cara memasak :
Mulanya untuk menumis gunakan mode bake dahulu, masukkan minyak tumis bawang, bawang putih dan halia dahulu.
Masukkan akar daun sop.
Masukkan tiga serangkai.
Masukkan tulang, kentang dan lobak merah dan air secukupnya.
Selepas itu masukan batang daun sop dan batang seledri kacau-kacau sedikit masukkan sup bunjut.
Kacau-kacau hinga mendidih
Masukkan garam, serbuk cukup rasa maggi, dan 2 sudu jus limau nipis dan lada hitam
Padamkan mode bake tukar kepada mode beef/mutton waktu memasak lebih kurang 30 minit.
Sementara sup tulang masak sediakan sambal kicap
Cara-cara Nak buat sambal kicap Power
Bahan-bahan5 biji cili thai yang pedas (dihiris)
1 biji bawang merah saiz kecil (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 sudu kecil jus limau nipis
kicap masin secukupnya
kicap manis secukupnya
Cara-cara :
Satukan semua bahan dalam mangkuk, lenyek-lenyek guna sudu masukkan kicap masin dan manis kacau-kacau dan masukkan jus limau nipis siap..
Selepas 30 minit Sup Tulang pun siap, bolehlah senduk kedalam mangkuk taburkan daun sup dan daun seledri..hidangankan bersama sambal kicap dan makan bersama nasi putih. Bonde suka hirup sup tulang ni...nak-nak time demam rasa segar badan sampai berpeluh-peluh gitue
Selamat Mencuba...
~ Bonde Senyum Riang ~
2 Ulasan
Bonde Ni mcm.tau2 je Saya cravind sup tulang
BalasPadamalahai sup tulang marblessss
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.