7 Resepi Biskut Raya Menggunakan Kacang Yang Mudah Dibuat



7 Resepi Biskut Raya Menggunakan Kacang Yang Mudah Dibuat Assalamualaikum dan Selamat Petang. Ada yang mencari resepi biskut yang menggunakan kacang atau berasaskan kacang. Ada banyak yang koleksi resepi diluar sana.  Disini ada 7 Resepi Biskut Raya Menggunakan Kacang Yang Mudah Dibuat dan sentiasa dicari jika berkunjung kerumah sanak saudara, jiran dan kawan.  Nampaknya raya kali ini kena buat sendiri kalau terasa nak makan betul tak?


7 Resepi Biskut Raya Menggunakan Kacang Yang Mudah Dibuat



1 Resepi Biskut Kacang


Bahan A
2 cwn kacang tanah (goreng tanpa minyak. Kemudian kisar jangan sampai halus sangat)
2¼ cwn tepung dan baking powder 1/4 sudu teh
½ cwn gula halus
2 sudu besar butter/minyak sapi
Secubit garam.


Bahan B
½ cwn minyak mazola/minyak masak .

Hiasan
*Kuning telur sebagai sapuan atas biskut



Cara-cara :

Panaskan oven suhu 170°, sediakan dan gris loyang leper untuk bakar biskut.

Gaul sebati bahan A.

Kemudian masukkan bahan B sedikit demi sedikit,sehingga tak lekat di tangan.

Setelah siap,terapkan dgn acuan pilihan. Bakar selama 20 minit sahaja.

Untuk memastikan ia telah masak, cuba alihkan biskut dan jika ia bergerak bermakna ia telah masak.

Bolehlah diangkat dan sejukkan diatas besi redai. Simpan didalam bekas kedap udara.


Biskut Kacang Siap
Rasa biskut ini sangat sedap dan cair dalam mulut. Rasanya juga tidak berapa manis, jadi anda boleh tambah sedikit lagi gula jika anda suka. Jika anda tiada acuan, anda boleh bulat-bulatkan ia dan tekan menggunakan sudu sebelum anda meletakkan sapuan kuning telur.

Jadi cubalah ia hujung minggu nanti, simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan di meja pejabat anda. Pasti ‘laku keras’ biskut anda. Jadi jangan lupa untuk mencuba ya!

Kredit : Resepi Sedap



2 Biskut Coklat Kacang Shandong


Bahan A
160gm mentega
1/8 tsp esen vanila
60gm gula ising

Bahan B
190gm tepung gandum
40gm tepung jagung
40gm kacang tanah di kisar halus
1/8 tsp baking powder

Bahan C 
- Kacang Shandong (bentuk bujur dn panjang) - bakar dahulu
200gm coklat masakan hitam - cairkan

Hiasan : Coklat masakan hitam dan putih, kacang tanah cincang

Cara-cara :


1. Pukul bahan A hingga berkrim, masukkan bahan B dan uli sehingga menjadi doh yang lembut. Ambil 1 sudu teh doh, masukkan kacang shandong dan gentel bentuk bujur.

2. Susun dalam loyang pembakar yang telah di gris dan bakar pada suhu 150C selama 20 minit atau keperangan.

3. Sejukkan dahulu dan celup biskut ke dalam coklat masakan cair, kemudian golekkan ke dalam kacang tahan cincang.

4. Paip coklat masakan putih dan hitam sebagai hiasan.


*** Adunan yang dicampur serbuk kekacang biasanya agak kering selepas 2 jam, uli semula dengan sedikit mentega hingga lembut.

Kredit : Citarasawan



3 Resepi Biskut Butang @ Senyum


1/4 cwn tpg ubi ( sangai)
4 cwn tog gandum (sangai)
2 sudu makan tpg jagung
1 sudu makan tpg kastad
1 cwn gula icing
Planta/butter secukupnya
Kacang tanah dibakar dan dibuang kulit

Cara-cara :


Campurkan kesemua tepung dan gula. Gaulkan. Kemudian masukkan planta atau butter sedikit demi sedikit. Ili sampai jadi doh yg lembut. Ambil sebesar ibu jari masukkan sebijik kacang dan tekan dalam acuan. Bakar lebih kurang 15 -20 min.


Kredit : Mydapur



4 Resepi Biskut Suji Berkacang


Bahan-Bahan :

A.
150 Gm Butter
100 Gm Minyak Sapi
120 Gm Gula Kastor
1 Sbesar Mentega Kacang

B. 

200 Gm Tepung Suji /Somalina (Kisar Halus)
200 Gm Tepung Naik Sendiri
100 Gm Tepung Gandum
½ Steh Garam

Hiasan: Kuning Telur, Kacang Tanah Kisar

Cara-Cara Membuatnya:


1. Sebatikan Semua Bahan A.


2. Masukkan Semua Bahan B. Dan Uli Lembut.


3. Canai Dan Terap, Sapu Kuning Telur Dan Tabur Kan Kacang. Siap!





5 Biskut Kacang Hijau


Bahan-Bahan:

1 kg tepung kacang hijau
1 kg tepung gandum
500g gula icing
1 sudu kecil garam halus
650 g minyak mazola atau secukupnya sehingga menjd doh yg lembut

Sapuan: 2 biji kuning telur + 1/2 sudu kecil air + sket pewarna kuning

Cara-Cara Membuatnya:


1. Gaulkan semua bahan kecuali minyak.

2. Kemudian masukkan minyak sedikit demi sedikit sehingga mendpt doh yang lembut sehingga boleh digentel bulat.

3. Susun dlm loyang bergris kemudian sapu dgn campuran kuning telur.

4. Bakar pd suhu 160C selama 20 min atau sehingga masak.

5. Sejukkan dan boleh lah disimpan kedlm bekas kedap udara.

Nota:


1) Saya menggunakan resepi biskut kacang mazola cuma beza nya kacang tanah diganti dgn kacang hijau.



2) 1kg tepung kacang hijau mmg banyak, boleh dibahagikan kesemua bahan-Bahan kalau nak kurang

Kredit: Noor Mazni


6 Resepi Biskut Mazola


2 cwn kacang tanah kisar halus(yg telah. digoreng tnpa minyak)
4 cwn tepung gandum(ayak dulu)
1 cwn gula icing
1 cwn minyak masak

*masukkan semua bahan-bahan tu gaul pakai tangan


*masukan minyak sikit demi sedikit.


*uli sampai doh cantik tidak melekat ditangan


*pastu gentel2 bulat letak atas pan tekan sikit dan sapu kuning telor+sedikit pewarna kuning dan letak sbelah kacang tanah untuk hiasan yang dah di goreng jugak tau..


7 Biskut Peanut Butter


Seketul butter berat 250 gm
3/4 cwn gula aising
1 biji kuning telur
1 cwn tepung gandum
1/2 cwn mentega kacang
11/2 cwn tepung jagung

Cara-caranya :



Adun butter dengan gula aising biar sebati


Tak payah guna mixer ye...guna senduk kayu jer...spatula pun boleh. Masukkan kuning telur gaul sebati juga.

Kemudian masukkan mentega kacang adun sebati....masukkan tepung jagung dahulu baru tepung gandum...gaul sebati sehingga jadi doh.

Kalau agak lembik campurkan tepung gandum tapi jangan banyak...biarkan adunan nie agak lembut...sebab adunan ini akan agak kering jika dibiarkn agak lama...

Gentel bulat-bulat masukkan dalam acuan yg telah disapukn butter & diletak kismis.

Tekan agak padat...bakar dalam suhu 160°c masa 25 minit. Biarkan betul-betul sejuk baru keluar dari acuan...

Kredit : Kak Ngah‎



Semua 7 Resepi Biskut Raya Menggunakan Kacang Yang Mudah Dibuat diatas ini adalah biskut kesukaan Bonde, Anda pun boleh cuba mana-mana resepi diatas untuk makan sendiri dan di beri pada ahli keluarga dan sanak saudara.

Selamat Mencuba...

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

1 Ulasan

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.