Resepi Sotong Celop Tepung Bestari Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai reader semua... Bonde memang suka makan sotong, disebabkan stok sotong masih ada dirumah, sebelum ni Bonde dah masak Sambal Sotong, Baki sotong yang tinggal dalam peti sejuk, Teringat-ingat Sotong celop tepung makan dekat Bagan Lalang hari tu, terliur tengok gambar dalam handphone tau.. maka suruh Kanda beli Tepung Bestari yang pedas maka terhasillah
Resepi Sotong Celop Tepung Bestari
Senang sahaja nak buat Sotong Celop Tepung Bestari ni, janji bahan-bahannya ada.
Baca : Sotong Masak Kicap
Resepi Sotong Celop Tepung Bestari
Bahan-bahan :
Bahan A
- 2 ekor sotong (saiz besar)
- 1 biji telur gred A
- Maggi cukup rasa (secukupnya)
- Serbuk lada putih (1 sudu kecil)
Bersihkan sotong dan toskan guna penapis, supaya sotong tidak berair. Gaulkan sotong bersama bahan-bahan A.
Bahan B
- 1 senduk besar Tepung serbaguna (Bestari)
- 1 sudu besar tepung beras
- 1 sudu besar tepung jagung
Kacau rata Bahan B.
Cara-cara memasak :
Panaskan minyak di atas kuali (minyak mesti banyak menutupi paras sotong).
Ambil sotong satu persatu dan salutkan bersama Bahan B.
Masukkan sotong ke dalam kuali yang dipanaskan tadi dan goreng dengan api yang kecil/sederhana.
Goreng sehingga betukar warna kepada "golden brown" atau sudah nampak masak rata dan garing sepenuhnya ...
Goreng sehingga betukar warna kepada "golden brown" atau sudah nampak masak rata dan garing sepenuhnya ...
Ulang langkah menyalut sotong dengan tepung sehingga kesemua sotong siap digoreng.
Tips: sotong tidak boleh digaulkan bersama tepung terlalu awal sebelum dimasukkan kedalam minyak panas. kerana ia akan mengeluarkan air dan sotong jadi tak ranggup
Selamat mencuba
~ Bonde Senyum Riang ~
20 Ulasan
menu fav ni...aritu awal2 musim PKP dh buat...ratah je sodap..yummyyy
BalasPadamtq bonde for sharing.
BalasPadambookmark this idea hi hi hi hi..
aida memang setia dgn tepung bestari ni dah lama.
ada je stok kat rumah ni. ayam goreng tepung. ikan goreng tepung.
sotong jer jarang buat. sebab mr.asben x makan sotong sgt :)
Owh. Xpayah perap dlm tepung la ye..golek2 terus goreng.
BalasPadamSedapnye sotong celup tepung ni..
lama tak buat..masuk posa ni nak buat jugak
BalasPadamcelup tepung ni lauk paling feveret! lagi-lagi kalau guna sotong sedap dia tu lain macam
BalasPadamsedapnya sotong goreng tepung. dapat sotong yang besar2 lagi sedap.
BalasPadamThe Sotong Celop Tepung Bestari looks really yummy. Thanks for sharing the Resepi so that we can try to cook at home too
BalasPadamwah sedapnya. saya kalau bab sotong celip tepung ni memang terliurlah. setakat ni saya rasa soting celup tepung paling sedap adalah di terengganu
BalasPadamTepung bestari is the bestkan bonda?! Za sejak guna tak pakai brand lain dah... Rangup je bila masak.
BalasPadamTepung bistari memang sedp. Takyah letak apa2, tepunbg semata.. Dah ada rasa dh. .suka pakai tepung bistari, rangup
BalasPadamamboi makan sotong celup tepung ye. macam dekat kedai la kejadiannya. mommy kalau masak mesti failed. tepung tak melekat dgn sotong
BalasPadamFav sis ni sotong celup tepung. Selalu beli je le..masak sendiri tak pernah lagi. Ni dah ada resepi ni boleh le cuba
BalasPadamsedapnya sotong celup.Selalu makan kat kedai thai je hehe..tak pernah masak sndri lagi sotong celup.thanks for sharing..boleh la iena cuba nty
BalasPadamAla bonde sotong dah habis pula kat rumah ni kena restok nampak gayanya. Kalau ada sotong boleh cuba juga resipi bonde ni. Kena bookmark siap siap senang nak cari reisoi bila nak buat nanti
BalasPadamsaya buat tak pernah jadi kak. asyik keras kejung sotong. huhu nati blh cuba resepi ni
BalasPadamSimple tapi hasilnyabtetap marvelous.. i.like hehehe
BalasPadamKita memang pelik bab ni tau Bonda..kalau guna je tepung bestrai, celup apa je menjadi lekat tepungnya, kalau guna tepung lain, habis berderai hahaha
BalasPadamAlaaa ramai dah guna tepung bestari ni tau buat tepung celup.. dulu I ada gak tapi tak habis naik benda benda kecilhuhuhu nanti nak buat lagi lah pisang goreng gunantepung ni
BalasPadamThis is nice! Didn't try before! Would love to try!
BalasPadamSotong goreng tepung memang all time fav
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.