Resepi Paprik Daging Assalamualaikum Dan Selamat Pagi, hai reader semua.. Bonde nak kongsikan dengan anda semua resepi mudah, ringkas dan sedap untuk anda cuba. Resepi ni memang kesukaan keluarga kami, buat sendiri lebih sedap sebenarnya, tak sama rasa dengan oder di Kedai Tom Yam, Time PKP ni pon rasa rindu nak makan dekat Kedai Tom Yam kan! Tak perlah kita masak dulu dirumah he he he
Resepi Paprik Daging
Macam mana nak buat Resepi Paprik Daging yang sedap..??
Resepi Paprik Daging
Bahan-bahan :
200 gm daging (yang telah siap direbus lembut)
1 senduk cili kering (yang telah dimesin)
1 biji bawang merah (dihiris)
5 ulas bawang putih (dihiris)
1 batang lobak merah (dipotong memanjang)
1/2 bulatan bunga kobis (dihiris kecil)
2 keping daun limau purut (dihiris rampai)
sedikit minyak
sedikit air rebusan daging
sedikit sos tiram
sedikit serbuk cukup rasa maggi
sedikit garam bukit
sedikit gula melaka
Cara-cara memasak :
Panaskan minyak, tumis cili kering, bawang merah dan bawang putih hingga garing
Masukkan daging dan air rebusan daging dan gaul-gaul rata
Masukkan sayur kobis dan lobak putih
masukan sos tiram, cukup rasa maggi, garam, gula dan gaul-gaul rata
last sekali taburkan daun limau purut dan gaul-gaulkan... dah siap
Tips : daun limau purut jangan masuk terlalu awal untuk elakkan rasa pahit daun tgersebut nanti menu jadi tak sedap
Selamat mencuba
~ Bonde Senyum Riang ~
1 Ulasan
sedapnya paprik daging...dh lama xmsak
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.