Resepi Leher Ayam Masak Butter Creamy



Resepi Leher Ayam Masak Butter Creamy Assalamualaikum dan Selamat Malam,  Hai reader semua... Cik Fatin memang suka makan leher ayam sebab bahagian ini tak banyak isi, Anda semua jangan heran dengan Cik Fatin yea dia suka makan ayam tak tak suka yang banyak isi, sebab tu ade jer menu ayam yang Bonde masak untuknya seperti Rangka Ayam Masak Kari atau Rangka Ayam Masak Lemak Cili Api, Hari tu Bonde beli 3 rangka ayam pada asalnya nak masa dua menu diatas dan satu lagi nak masak sup tapi tak jadi seekor lagi tu belah dua jadi bila masak akan jadi 1 1/2 rangka ayam.  Kali kedua top up bahan basah Kanda pula yang shopping jadi dibelinya... satu pek hati ayam, satu pek pedal ayam, satu pek leher ayam ada dekat dua puluh (banyaknye..). Bonde pula pening nak masak apa.. tetiba dapat idea, jadi Bonde pelbagaikan masakan terhasillah Leher Ayam Masak Butter Creamy versi Bonde.

Resepi Leher Ayam Masak Butter Creamy



Bahan-bahan :

10 ketul leher ayam

1/2 biji bawang holan (dipotong dadu)

5 tangkai cili kering (diguting serong dan rendam dalam air)

3 biji cili api thai ( jika suka pedas boleh letak lebih)

5 tangkai daun kari

2 sudu butter

3 sudu serbuk chesse

5 sudu susu cair

sedikit serbuk cukup rasa maggi


Cara-cara memasak :

Goreng leher ayam terlebih dahulu dan asingkan.

Untuk sos, panaskan butter dalam kuali, masukan bawang holan dan bawang putih biarkan ia garing.

Masukan daun kari, cili kering dan cili api kemudian masukkan susu cair serbuk cukup rasa maggi dan serbuk chesse kacau-kacau kemudian masukkan leher ayam yang telah digoreng.

Kacau-kacau hingga sos melekat pada leher ayam tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


Bagi anda yang gemar makan leher ayam bolehlah cuba resepi ini.  Ianya memang sedap dan creamy.

Selamat mencuba!





Sama2-samalah kita berdoa semoga Allah menerima doa-doa kita semua, Semoga Allah memberi rahmat pada kita semua dan dijauhi dari wabak penyakit covid19 ini Aamiin..


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Mcm butter chicken la ni eh cuma bonde guna cili kering ehh..

    BalasPadam
  2. leher ni jarang masak goreng mcm ni, sellau buat sup, tomyam mcm tu..sedap tengokny ni

    BalasPadam
  3. Leher ayam ni syok kalau kita dok gigit gigit.. Ralit je makannya, kan.

    BalasPadam
  4. Sedapnya masak butter creamy. Nora suka tp suaminkureng. But idea bonde guna leher ayam blh try nanti. Lg sedap cm ni.

    BalasPadam
  5. rare ni.
    aida biasanya goreng tepung je.
    ratah ratah dgn anak-anak.
    sesekali folo resepi ni, syok juga ekk :)

    BalasPadam
  6. Waa Idea baru cara memasak leher ayam. Biasanya leher Syu masukkan dalam sup, bersama kaki ayam. Yummy juga.

    BalasPadam
  7. I pernah buat butter cream ayam dulu, menu simple and sedap kan.

    BalasPadam
  8. kebetulan betul lah. Semalam baru terfikir nak cuba resipi ayam butter.Harini dah jumpa.. alhamdulillah..bolehlah cuba.. tq resipi ni

    BalasPadam
  9. Alaaa kita tak makan leher ayam. Tapi resepi ni boleh buat utk lain2 part. Nanti nak cuba le

    BalasPadam
  10. Nampak sedaplah bonde. Nanti boleh try resipi ni pulak. Tapi tuhlah kalau makan leher ayam tak puas pulak sebab isi tak berapa nak ada kan tapi ini yang sedap

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.