Resepi Hati Dan Pedal Ayam Masak Rempah Assalamualaikum dan Selamat Pagi, Hai reader semua. Hari ni Bonde nak kongsikan menu ringkas dan mudah kegemaran Kanda dan Cik Fatin. Stok hati dan pedal ni memang dibeli oleh kanda dekat Village Grocer hati tu, hati 1 pek ada lebih kurang 15 potong harga dalam RM 2.50 dan 1 pek pedal ayam pun ada dalam 12 potong harga dalam RM 2.50 juga. Cukupla 2 pek tu untuk sekali masak. Kalau anda juga ada stok hati dan pedal dalam peti sejuk tu, tak tahu nak masak apa.. suka menu yang Bonde Kongsikan ini bolehlah cuba.
Resepi Hati Dan Pedal Ayam Masak Rempah
Bahan-bahan :
1 pek hati ayam ( bersihkan dan rebus dan potong dadu)
1 pek pedal ayam ( bersihkan dan rebus dan hiris halus)
5 sudu rempah daging
3 serangkai (kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga)
1 biji bawang besar (potong bulat)
3 biji bawang kecil (dihiris)
5 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 tangkai daun kari
1 biji cili besar
1 sudu lada hitam
1 sudu lada putih
sedikit garam bukit
sedikit minyak
sedikit air
Cara-cara memasak :
Masukkan minyak kedalam kuali, tumis bawang kecil, bawang putih dan halia. masukan daun kari dan 3 serangkai, bila semua sudah garing masukkan rempah kari dan tuang sedikit air.
Bila rempah sudah kelihatan garing masukkan hati ayam dan pedal ayam, kacau-kacau hingga sebati dan rata.
Masukan bawang merah yang dipotong bulat dan gaul rata.
Bila dah siap angkat dan taburkan cili hijau diatasnya.
Resepi Hati Dan Pedal Ayam Masak Rempah Siap untuk dihidangkan.
Tips : Hati ayam dan pedal ayam sedap dan lembut jika di rebus dahulu berbanding kalau goreng hati ayam dan pedal ayam agak keras
Selamat mencuba
~ Bonde Senyum Riang ~
25 Ulasan
Hehehee nasib baik haritu baru je masak hati dan pedal berempah, kalau tak mau teringin gak nak beli hati ayam hehehehe
BalasPadamMy god..rindu nak makan hati macam ni. Lama dah tak makan. Arwah Mak sis kalau buat...fuhh berebut adik beradik
BalasPadamSedapnya bonda tapi kalau za mmg masak pedal je sebab kami tak makan hati.. Cuma makan hati bila bersedih je.. Hahhaha thanks bonda nnt za cuba masak ni
BalasPadamowh biasanya saya goreng dulu pedal tu, baru tau tips dia elok rebus ya, saya pun suka pedal ngan hati goreng kicap, letak bawang lebih, sedap makan ngan nasi putih panas ;)
BalasPadamlamanye tak mkn hati ayam... sedapnyeee...
BalasPadamBoleh try la. Ada pedal kat rumah beli kelmarin
BalasPadamMm sedapnya nampak hasil masakan bonde tu, thanks yea share resepi ni. Qeela pon kalau rajin lagi suka rebus dulu hati dan pedal tu untuk lembut betul kan hehe.
BalasPadamSedapnya pedal n hati ayam.. Tak pernah rasa lagi kalau letak lada hitam.. Must try resipi ni
BalasPadamSedapnya maska rempah.. Mesti rasa rempah tu menusuk.. Fuh.. Boleh dicuba ni
BalasPadamResepi mudah..penyediaan bahan pun tak rumit.. Tapi zaza tak makan.. Maybe blh try buat jgk nanti utk abah ke sbb dia makan
BalasPadamIni kemang sati resepi yg mudah dan sedap tapi sis tak sukanla pulak makan pedal dan hati ayam sgt. Sekali shj ok la.
BalasPadamSedapnye tengok..bolelah cuba nie.. simple dan menyelerakan
BalasPadamSenang jugak resepi goreng rempah ni. Bolehla cuba nanti. Thank you bonda share resepi
BalasPadamsedapnya sesekali makan kering macam ni. dengan nasi panas2 bokeh bertambah2 haha thanks share resepi
BalasPadamyes betul. mudah nak keras if digoreng.
BalasPadamhati tu, aida kalau goreng, mesti akan takkan terlalu masak atas api. moist skit.
tapi jarang buat kat rumah ni. husband tak makan bahagian dlm ayam & lembu.
kalau dpt buat resepi bonde ni, best nyer lah. feveret sgt tau.
simple. dgn nasi dan kicap = wow!!!
Sorry Kak. Vee tak makan organ chicken langsung. But thanks for sharing this recipe. Appreciate it!
BalasPadamHati fav kita ni... Cuma pedal kurang sikit sebab xminat . Kalau hati semua kita lantak
BalasPadamsaya selalu buat rebus je. nanti boleh cubalah resepi yang ni pula. thanks ya
BalasPadamWahh senang je masak. Nanti nak cuba. Simple dan menyelerakan.
BalasPadamHati ayam memang fav ana bonde. Kalau masak rempag macam ni, makan dgn nasi kosonh saja dah nikmat.
BalasPadamDah lama tak makan lauk ni, dulu i pergi my friend's house (malay la) mak dia masak lauk ni la, sedap giller
BalasPadamWow sedapnya. saya memang penggemar pedal dengan hati. lagi2 masak rempah mcm ni..fuhh.
BalasPadamAdik saya suka sangat makan pedal ayam ni. Penah sekali dia suh mak masak pedal hari²
BalasPadamKita makan hati ulam jantung je wakk🤪
BalasPadamSis mmg suka hati dan pedal, lama dah x masak
Pernak makan kat my friend's house, mak dia masak sedap sangat.
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.