Resepi Daging Bulgogi



Resepi Daging Bulgogi Assalamualaikum dan Selamat Pagi, Hai reader semua... Dah jemu makan ikan, Bonde masak Menu Daging pula, Kali ni rindu nak masakan Korea, setelah nampak update anak buah di halaman facebooknya tentang Resepi Daging Bulgogi, gembira sungguh Cik Fatin Bonde bertahu dekat dia nak masak menu Bulgogi... dia kata sedapnya cepatlah masak.  Kebetulan ada daging dekat rumah so terjadilah menu bulgogi versi Bonde.

Resepi Daging Bulgogi


Resepi Daging Bulgogi

Bahan:
- 400-500g daging (stok daging Bonde dah memang siap rebus)
- kucai (dihiris)
- bawang (dihiris)
- lobak merah (dihiris)
- daun bawang (dihiris)
- 2 sudu minyak bijan
- 1 sudu bijan (Bonde terlupa, stok bijan dah habis)
Bahan perap:
- 3 sudu besar gulang perang
- 1 sudu besar minyak bijan
- 8 sudu besar kicap
- 1 sudu besar minyak sayur / minyak zaitun
- 2 sudu kecil bawang putih cincang
- 2 sudu kecil halia cincang
- 1 buah pir yang telah diparut (Tak letak sebab tak ada stok buah ni)
- 1/2 sudu kecil lada hitam
Cara penyediaan:
1. Sediakan bahan perap - campurkan kicap, gula perang, minyak, bawang putih dan halia, lada hitam dan parut buah pir ke dalam campuran. Masukkan sekali potongan daging dan gaul sebati.

2. Biarkan daging diperap seketika, selama satu malam ataupun sejam. (Bonde ambil masa 1 jam sahaja)

3. Hiris bawang, lobak merah, daun bawang dan kucai.

4. Grill daging pada suhu tinggi selama 5 minit, bersama sayur dan letakkan sekali. Kecilkan suhu, masukkan bijan dan biarkan daging masak selama beberapa minit.
-(Bonde gunakan cara ini)

5. Ataupun masukkan daging dan sayur ke dalam pressure cooker dan masak dengan perlahan selama 2 jam atau lebih.
-(Bonde tak guna cara nih sebab Daging Bonde dah siap direbus)




~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

24 Ulasan

  1. Waalaikumussalam. Ya Allah, sedapnya. Nak kena prepare bahan2 lah nanti boleh cuba. Hehe

    BalasPadam
  2. sedap nampak..bulgogi ala2 korea gitu..hehehe

    BalasPadam
  3. Yes bonda mmg tau citarasa tekak za nak makan apa.. Hahhaa boleh cuba la resipi ni.. Terliur tengok sedapnyaa

    BalasPadam
  4. sedapnya, boleh masuk dalam list untuk bulan ramadhan, simple dan anak-anak sure suka. tambah sikit sayur, dah jadi satu hidangan sihat ;)

    BalasPadam
  5. Mm sedapnya daging bulgogi, ni antara fav qeela jugak ni untuk makan hehe. Nnt boleh try resepi ni buat sendiri kat rumah pulak, thanks for sharing 😁

    BalasPadam
  6. Nak cuba masak ni pulak sebabnya anak ni suka juga makan masakan Korea. Hehe. Mak dia pulak nak cari le resipi yang boleh dimasak masa PKP ni. Jemu dah resipi yang sama je.

    BalasPadam
  7. simple je nak buat ni ye. boleh cuba ni nanti time bukak puasa. ehehhe

    BalasPadam
  8. Nampak sedap ni..bonde..nanti SA nak cuba resepi ni tau sedapnya....

    BalasPadam
  9. Sis tak berapa nak masuk masakan Korea ni. Ini resepi cipta sendiri ke atau belajar dr org Korea huhu

    BalasPadam
  10. Mak ai Daging Bulgogi pulak hehehehe bestnya mana nak daging time macam ni waaaaa kita kat rumah pun memang nak buat juga.....

    BalasPadam
  11. menarik resepi ni. musom pkp ni memang kerja kumpul resepi je lah haha thanks share

    BalasPadam
  12. I miss Korean food since MCO because my favourite Korean restaurant is closed. good that now I can make Bulgogi at home with your recipe

    BalasPadam
  13. wahh nampak sedap..boleh tak daging tukar ayam..iena tak makan daging :D

    BalasPadam
  14. Waduh-waduh Bonda...bukan kata nengok jee gambar, baca tajuk dah tau sedap..memang sedap kannn..pernah cuba sekali dulu...ni Bonda sebut, ingat nak buat laa lagi, try resepi Bonda plak..

    BalasPadam
  15. thanks sharing bonde. boleh la buat sendiri kat rumah. lepaskan rindu nak makan kat restoren korea entah bila boleh keluar rumah habis PKP ni..

    BalasPadam
  16. Terima kasih untuk kongsi resepi ni. Saya tak pernah makan lagi resepi bulgogi ni so taktau rasa dia macam mana. Tapi tengok bahan-bahan dia macam possible untuk dibuat

    BalasPadam
  17. cun juga ni, saya pun selalu buat daging bulgogi. nanti blh cuba resepi ni

    BalasPadam
  18. Mudah rupanya nak masak bulgogi ni ya Bonde... anak-anak saya memang suka makanan Korea.. selalu dok makan kat DuBuYo... nanti bolehlah buat sendiri... tapi nak tukar letak ayam sebab allergic daging... thanks for the recipe ye Bonde...

    BalasPadam
  19. senang rupanya nak buat. kalau pergi seoul garden mesti ambik daging bulgogi ni

    BalasPadam
  20. Kita suka juga daging bulgogi ni tp masakan lain sikit la.. Sbb kita mmg hantu mknn korea hehe.. Tp sedap juga kan dicampur sayur cmni....

    BalasPadam
  21. Wah, dah lama try cari resepi nie. Bestnya! Nak try la utk berbuka puasa nie.

    BalasPadam
  22. Sedapnya Bonde.. boleh cuba nanti.

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.