Perasaan Kecewa Bila Link Blog Kena Sekat Dekat Facebook



Perasaan Kecewa Bila Link Blog Kena Sekat Dekat Facebook Assalamualaikum dan Selamat tengahari, Hai reader semua.  Pada awal bulan Mac yang lalu, waktu tu, asalnya Bonde memang tidak perasaan kenapa tak boleh post detail dekat FB group... masa tu Bonde fikir line internet slow agaknya.  Jadi Bonde tak jadi nak paste detail yang ada link blog, sehinggalah dalam beberapa kali cuba nak paste detail juga dalam minggu yang sama masih tak boleh, masa tu Bonde berada dekat rumah line unifi memang penuh ini bukan masalah internet, bila cuba dan terus mencuba masih tidak berjaya, hinggalah Bonde giveup  waktu tu!  buat andaian sendiri, memang link blog telah disekat oleh Facebook.

Perasaan Kecewa Bila Link Blog Kena Sekat Dekat Facebook


Perasaan Kecewa dan Sedih memang tak dapat dibendung setiap hari  adalah hari kemurungan bagi Bonde, bermulalah dari hari yang Bonde isytiharkan link blog telah disekat.  Tak ada hati nak buka dan update Facebook langsung. Kalau bukak pun just tengok tanpa perasaan jer.

Ramai Yang Mengeluh Bila Link Blog Kena Sekat 

Rupanya,
Masalah ini ramai dihadapi oleh rakan-rakan blogger lain juga termasuklah Bonde.  Bonde ada juga komen dekat status mereka memaklumkan hal yang sama terjadi pada diri Bonde dan Bonde pon adalah bertanyakan apa yang harus kita lakukan.  Boleh ke diamkan diri, nanti facebook bebaskan sekatan.  (padahal memang lama dah Bonde diamkan diri dari update sebarang status dan info di FB)

Ramai yang bagi tahu, kena report dekat FB terlebih dahulu, caranya ke :  https://developers.facebook.com/tools/debug/ Report masalah yang kita hadapi dekat link tu, Lepas tu kita bacalah kenapa link blog kita disekat oleh facebook.  Ok ini Bonde lakukan sekali sahaja report melalu debug link.

Tips seterusnya :

Bonde ke wall FB dan type link blog secara automatik jika masih disekat akan ke link standart komuniti, dekat situ Bonde akan pastekan report yang sama Bonde post dekat debug link diatas.

Contoh ayat yang digunakan :

Ayat ini Bonde copy dari rakan yang sama-sama kena sekat link di FB juga iaitu  Blogger Mamapipie, Bonde ada tambah dan edit sikit ayat tersebut.

Saya ada masalah. Pautan saya www.bondezaidalifah.com tidak boleh dimasukkan ke dalam profil saya, wall status dan di halaman . Ini ialah pautan blog peribadi saya, saya dapat menjamin bahawa blog ini tidak melanggar apa-apa kandungan atau gambar yang menyalahi standart komuniti. Kerjasama dan bantuan anda sangat diharapkan, saya sangat menghargai anda membantu membuka sekatan saya. Terima kasih.
Bonde lakukan setiap hari, perkara yang sama dan sehingga dapat berita paling gembira pada 3 April 2020 link blog Bonde telah dibebaskan dari sekatan oleh facebook.

Syukur Alhamdulillah, sesuatu yang mengembirakan hati dan perasaan Bonde tak boleh digambarkan lagi. Petang tu Bonde ulang balik rutin yang sama diatas,  dengan tak disangka link bonde dah boleh dipost macam biasa.  (menitis air mata gembira) Selain merujuk pada info yang diberi Mamapipie Bonde juga ada merujuk perkara ini dekat Blogger HH dan Lia Hasty terima kasih atas nasihat dan tunjuk ajar.

Pertama sekali Bonde rasa bersyukur sangat, Alhamdulillah, tak sia-sia hantar report hari-hari kepada standart komuniti facebook akhirnya link blog Bonde berjaya bebas dari sekatan.  Boleh tengok di sini Status FB 3 April 2020

Moga rakan-rakan yang masih link disekat di Facebook boleh mencuba cara ini. ia hanya memerlukan tahap kesabaran yang tinggi untuk hantar report setiap hari.  Saya memahami situasi anda. Alhamdulillah ada rakan blogger yang telah berjaya dari sekatan FB dengan cara ini.  Syukur Alhamdulillah.  Moga terus sukses.


Selamat mencuba




 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

0 Ulasan