Jangan Lupa Sentiasa Cuci Tangan



Jangan Lupa Sentiasa Cuci Tangan Assalamualaikum Dan Selamat Malam, Hai Reader semua, Anda yang dirumah #stayathome jangan lupa menjaga kebersihan.  Virus Covid19 ni, kita tak tahu kehadiran dia tu, kita ni sentiasa terdedah dengan bahaya.  Jika kita tak keluar rumah kita wajib juga menjaga kebersihan tangan, sentiasa cuci tangan.  Disebabkan Bonde tak keluar rumah, Bonde sentiasa mengamalkan cuci tangan dengan bersih.  Bonde nak kongsikan dengan anda semua, terlihat di instagram Linda Onn yang menghasilkan hand sanitizer dari aloe vera.  Kalau anda terlepas siaran tersebut, anda boleh tengok di youtube Linda Onn klik https://youtu.be/81VjWRC0i6M.  Tapi Bonde taklah hebat macam tu sekali nak hasilkan DIY hand sanitizer.  Bonde ambil jalan mudah sahaja...

Jangan Lupa Sentiasa Cuci Tangan 

Stok pencuci tangan yang Bonde gunakan dirumah ialah:

1. Gentle Mild Hand Cleanser -Prolin yang boleh didapati di Cosway dan Shopee.  Bahan yang digunakan ialah aloe vera dan biji barli.  Berfungsi sebagai penghapus anti bakteria.

Gentle Mild Hand Cleanser

2. Dettol handwash - anti bakteria jenama ni memang sangat popular alhamdulillah masih ada stok dirumah juga. Bonde selalu beli Dettol handwash ni dekat farmasi Watson, Caring, Aeon atau Guardian tengok sale dekat mana yang murah Bonde belilah (ala membel

Dettol Handwash

Lapan Langkah Cara Basuh Tangan Dengan Betul Hanya 20 Saat Sahaja Diperlukan




1. Tuang hand sanitizer/ hand wash di tapak tangan


2. Celup jari untuk bersihkan kuku, lakukan untuk kedua belah jari


3. Gosok tapak tangan dan  sebaliknya


4. Gosok tapak tangan dan lakukan sebaliknya


5. Gosok tapak tangan dalam jari berselang seli


6. Genggam tangan dan gosok belakang tapak tangan dan lakukan sebaliknya


7. Gosok ibu jari dari atas ke bawah


8. Akhir sekali pergelangan tangan, Lakukan ulangan sebanyak 5 kali setiap langkah.


Sumber : FB hijabista Magazine

Moga perkongsian ini bermanfaat untuk anda dan keluarga semua, #janganlupasentiasacucitangan dengan betul, moga rantaian covid19 terputus dan kita semua bebas dari wabak corona virus.


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Thanks for the reminder, memang kena selalu practice social distancing and cuci tangan.

    BalasPadam
  2. Yup kene kera basuh tangan.. Cuci tangan dengan betul.. Bguskan.. Hikmah kita jaga lebersihan setiap hari

    BalasPadam
  3. sekarang ni dh jadi tabiat untuk cuci tgn.. rs x selesa kalau x cuci...

    BalasPadam
  4. Ok bonda...sis akan sentiasa cuci tangan. Kat rumah pun mmg kerap cuci tangan

    BalasPadam
  5. Yes. Cuci tangan selalu tu yang penting

    BalasPadam
  6. Semoga dengan langkah penjagaan yang betul ni bukan sekadar membantu menjauhkan kita dari covid-19, tapi membantu dari menghindar penyakit lain juga kan.

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.