Hebahan Sedekah Ramadhan Dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan AlMubarak Assalamualaikum dan Selamat Pagi Hai reader semua, Kurang seminggu sahaja lagi dari sekarang kita akan menyambut bulan Ramadhan. Bagaimana persiapan kita dan bagaimana Ramadhan kali ini kita boleh berkongsi rezeki yang ada dengan mereka memerlukan di 9 buah negara bergolak yang lain termasuk golongan asnaf dan fakir miskin memerlukandi negara kita Malaysia yang disayangi?
Hebahan Sedekah Ramadhan Dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan AlMubarak
Barang siapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang yang berpuasa."- Sabda Rasulullah S.A.W
Bulan Mac 2020, bulan paling menyedihkan buat seluruh warga Malaysia, bahkan untuk seluruh dunia.
Kita yang selama ini mampu keluar pergi kerja setiap hari, berjumpa kawan-kawan dan saudara-mara, sekarang terpaksa kuarantin dalam ketakutan dan kerisauan.
Ini baru dekat Malaysia. Negara tanpa kemiskinan dan kelaparan yang ekstrem.
Bayangkan situasi mereka yang berada di negara luar seperti Palestin, Syria, Yemen, Rohingya di Myanmar, Bangladesh, India, Nepal, Cambodia.
Bayangkan situasi mereka ketika masa ni. Keadaan mereka jauh lebih sengsara.
Kita nak beli barang keperluan, boleh keluar beli di kedai. Mereka dekat sana tiada kedai, tiada makanan, tiada duit.
Ya Allah, peritnya ujian mereka berbanding kita di sini.
Tak lama lagi, nak masuk bulan Ramadhan. Kita walaupun dalam tempoh kuarantin, Alhamdulillah cukup keperluan yang asas. Kerajaan sedang menolong sedaya upaya.
Bayangkan mereka di sana, hari biasa mereka pun dalam kelaparan, bila menjelang bulan Ramadhan, dalam situasi virus COVID-19 ini, apakah nasib mereka ?
Kalau hari biasa pun mereka dalam keadaan teruk, bulan Ramadhan dalam tempoh kuarantin, bagaimana ujian mereka ?
Jadi jomlah sahabat-sahabat, ini lah masa kita nak mencari pahala lebih, membantu umat Islam kita di negara-negara susah, yang kini semakin teruk dalam situasi COVID-19 ini.
Jom derma untuk bekalan mereka untuk bulan Ramadhan yang bakal tiba, sama-sama inshaAllah kita ringankan beban mereka yang jauh lebih dahsyat dari kita.
MAKLUMAT BANK UNTUK SEDEKAH RAMADHAN ANDA TAHUN INI BERSAMA NGO AL-I'TISAM DI 9 NEGARA
PERTUBUHAN PROGRAM CERIA AL-I'TISAM
/AL-I'TISAM RELIEF PROGRAM ASSOCIATION
MAYBANK : 562478141589
CIMB : 8600633583
BANK ISLAM : 12038010114731
Nyatakan tujuan sedekah/Rujukan : Ramadhan2020
Whatsapp kami di : Talian Rasmi Al-I'tisam
Borang Sedekah Online : Klik Di Sini
IKUTI PERKEMBANGAN SEDEKAH RAMADHAN & LAIN² BANTUAN KEMANUSIAAN AL-I'TISAM DARI MASA KE SEMASA
+ YOUTUBE
+ TWITTER
+ WEBSITE
+ WHATSAPP
Sedekah terbaik adalah sedekah dibulan Ramadhan.
Semoga usaha dan bantuan tuan puan diberi ganjaran yang setimpal oleh Allah SWT.
Mohon kerjasama tuan puan untuk hebahkan email ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang berminat.
Jazakumullahu khairan khatira
~ Bonde Senyum Riang ~
1 Ulasan
tak lama dah ni
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.