Dragon Fruit Smoothie




Dragon Fruit Smoothie Assalamuaikum dan Selamat malam... Hai reader semua, Apa khabar semua sepanjang PKP Hari yang ke 27, Moga anda semua masih tidak melanggar PKP dan #stayathome.  Sepanjang PKP ni, cuaca agak panas, bila menjelang tengahari pasti tahap dahaga tu... memang tak boleh nak bawak bincang... Jadi memandangkan stok buah, susu  memang ada dalam peti sejuk dan madu... madu memang Bonde tak letak dalam peti sejuk letak diluar sahaja.  Maka terhasillah Dragon Fruit Smoothie.


Dragon Fruit Smoothie



Resepi Dragon Fruit Smoothie




1 Biji Buah Dragon Fruit 

Susu dutch lady (tiada sukatan boleh letak ikut suka)

2 Sudu Madu

Beberapa ketulan kiub ais




Cara-caranya :

Masukan ketulan kiub ais kedalam blender, masukan susu, masukan buah dragon fruit dan masukkan madu, kemudian blendkan hingga semua hancur.  Dah siap.. bolehlah diminum.

Bonde guna blender kenwood yang Bonde beli hari tu... senang dan mudah nak buat smoothie dan segala jenis ais blended.


Buah naga / Dragon Fruit merupakan buah dari jenis kaktus dari margaHylocereus dan Selenicereus. Buah naga merupakan buah yang mengandung anti oksidan yang tinggi... terkandung berbagai zat yang baik bagi tubuh seperti kalsium, betakaroten, gula sederhana, vitamin, B1, B2, B3 , vitamin C , fosfor dan lycopine. Zat-zat tersebut sangat diperlukan oleh tubuh badan .




6 Antara khasiat dan kelebihan buah Naga


1. Antipenuaan

- Antioksidan menjadi antara faktor yang membantu mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit.

- Kehadirannya membantu menentang radikal bebas di seluruh badan untuk menghalang pengaktifan sel kanser.

- Buah naga adalah sumber yang baik untuk mendapatkan manfaat antioksidan kerana ia mengandungi vitamin C.

2. Menghalang Kanser


- Selain kaya dengan vitamin C, buah naga juga mengandungi karotena yang dikaitkan dengan antikarsinogenik termasuk mengurangkan jumlah penghasilan tumor.

- Selain itu, kandungan likopena yang berfungsi memberi warna merah kepada buah naga juga sering dikaitkan dengan manfaat dalam mengurangkan risiko mendapat kanser prostat.

- Kajian yang disiarkan dalam Jurnal Asia Pasifik mengenai pencegahan kanser pada 2011 mendapati pengambilan likopena kurang daripada 2.5 miligram sehari meningkatkan risiko mendapat kanser prostat.

- Sebaliknya, pengambilan buah, sayur atau makanan yang kaya dengan likopena termasuk melakukan aktiviti fizikal pula membantu mengurangkan risiko kanser berkenaan.

3. Kesihatan Kardiovaskular


- Buah naga membantu meningkatkan kesihatan jantung kerana ia mampu mengurangkan tahap kolesterol tidak baik.

- Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Pharmacognosy Research pada 2010 menemui pengambilan buah naga mungkin boleh membantu menurunkan risiko penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.

- Malah, buah eksotik ini juga adalah sumber yang baik bagi lemak garam mono yang membantu mengekalkan kesihatan fungsi jantung.

4. Diabetes


- Kandungan serat yang tinggi di dalam buah naga membantu menstabilkan tahap gula dalam darah seseorang.

- Ia juga membantu merencatkan gula yang berlebihan ketika mengambil makanan yang tinggi indeks glisemik.

- Di dalam kajian sama turut menemui buah berkenaan mempunyai kesan yang berharga dalam tekanan oksidatif daripada kekejangan aorta (arteri terbesar dalam badan), masalah yang dikaitkan dengan kencing manis.

5. Penghadaman


- Buah naga mempunyai kandungan serat yang tinggi, bermaksud ia membantu memperbaiki pergerakan usus dengan memudahkan laluan di bahagian saluran penghadaman.

- Pengambilan buah eksotik ini boleh membantu mengurangkan masalah sembelit dan sindrom gangguan usus.


6. Meningkatkan Sistem Imun


- Tahap kandungan vitamin C yang tinggi di dalam buah naga membantu meningkatkan sistem imun selain merangsang aktiviti antioksidan lain.

- Kehadiran jumlah vitamin C, mineral dan fitoalbumin yang tinggi juga membantu melawan radikal bebas selain memiliki sifat antioksidan.

- Vitamin B1, B2, B3 dan kalsium, fosforus, zat besi, protein, niasin serta serat juga menyumbang kepada peningkatan fungsi sistem imun badan.




Selamat Mencuba


 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

24 Ulasan

  1. wah banyak khasiat dragon fruit ni...

    BalasPadam
  2. Oh yes! i like dragon fruit smoothie ini, sedap dan banyak khasiat plus senang nak sediakan.

    BalasPadam
  3. Semlm mintak husbnad carikan drogon fruit takde pulak.. Aduh mnegancam ye buah ni.. Dhla merah

    BalasPadam
  4. woooooo sedapnyeeeeee... hadoilaaa..

    BalasPadam
  5. aduhai, sedap nyer bonde.
    mana la nak cari buah naga sekarang ni. pasar mlm x buka :(
    sure sedap berlemak, kan. manis madu lagi. sure terselit rasa masam skit kan dari buah naga tu.
    now, aida dlm usaha utk mencari mangga, bonde. smoothie mangga.

    BalasPadam
  6. Ya allah buah favourite kami anak beranak tapi time PKP ni susah nak cari sbb kedai buah tutup..

    BalasPadam
  7. Kita tak berapa suka minum smooties, tapi suka buah naga tu, kalau beli memang terus makan, tak simpan-simpan punya, sebab kalau simpan jadi lembik...banyak khasiatnya kan Bonda...

    BalasPadam
  8. uihhh akakkk sedapnyaaa. Saya suka buah naga dan markisar. sebab bila jadi smoothie dia ada tekstur biji-biji halus tu. hehehe

    BalasPadam
  9. Fuh terliur pulak dengan buah Naga tu. Susah nak dapat kat kawasan rumah ni, kena tahan jap la sampai habis PKP baru boleh cari hehe

    BalasPadam
  10. Banyaknya khasiat buah naga ni. Nak cari buah naga sekarang ni payah juga unless kedai yang besar2. Apa pun warna buah naga ni cantik sungguh.

    BalasPadam
  11. Yay!!!!!! I love dragon fruit smoothie. It’s yummy and good for health. Thank you for sharing this recipe.

    BalasPadam
  12. sedap betul dragon fruit. nak buat pun mudah smoothie ni.saya makan buah ni sangatlah lawas haha

    BalasPadam
  13. sedapnya buah naga. susah nak cari buah ni. kalau dapat ni saya suka makan saja2, lepas ni kalau dapat bolehlah buat mcm ni pulak

    BalasPadam
  14. Memang suka buah naga both buah yg merah atau putih. Tak terfikir pula nak buat smootie. Nak kena cari madu dululah.

    BalasPadam
  15. Menggoda betul dragoon fruit smoothie ni. Warna dia menarik heehe.. Nanti boleh lah iena cuba😁

    BalasPadam
  16. Wow kita pernah buat resipi Dragon Fruit Smoothie ni hehehehe memang sedap dan lazat sebab kita penggemar buah Naga ni. Kita pun baru tahu yang buah ni banyak khasiat dan kebaikan tapi mungkin beza untuk yang warna putih dan ungukan dari segi khasiatnya kot. Apa pun resipi ni memang best dan sedap....

    BalasPadam
  17. Tak pernah cuba buat sendiri, beli adalah..siap letak cheese lagi...perghhh sedap. Nanti nak cuba buat sendiri

    BalasPadam
  18. kita suka buah naga merah ni, haritu suh husbnd cri mmg sushla..Sedapnya buat air jus. Lagi dapat minum sejuk2, segar je badan ni..Rasa manis air tu..aumm

    BalasPadam
  19. Saya suka la dragonfruit smoothie ni sebab warna cantik. Merah jambu cerah rasa macam happy sangat kalau dapat minum ni.. hehe

    BalasPadam
  20. ui sedap dragon frut ni. saya suka juga buat blend dengan ESP protein saya.

    BalasPadam
  21. Dragon fruits memang banyak khasiat and membantu digestion. Aha! hari tu sis order fruits delivery kebetulan ada dragon fruits juga so boleh lah buat smoothies

    BalasPadam
  22. Sedapnya bonde. Nanti nakntry jugaklah.

    BalasPadam
  23. Sedapnya dragon fruits. Kalau dapat buah yang manis. Makan sejuk sejuk memang nikmat aihhh..

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.