Dekat Mana Nak Cari Baju Plus Size Ready Made



Dekat Mana Nak Cari Baju Plus Size Ready Made Assalamualaikum dan Selamat Pagi... Hai reader semua,   lagi beberapa hari nak menyambut bulan Ramadhan, memang tahun ini tak adalah tempahan baju dibuat untuk Bonde dan Cik Fatin.  Kami rancang nak tempah baju raya tahun ini, masa cuti sekolah hujung bulan Mac, Apakan daya, kami hanya mampu merancang, segala yang dirancang tidak menjadi bila wabak corona menyerang dunia, Bonde redha atas ketentuannya dan sebaik perancangan itu adalah dari Allah.  Di sebabkan sudah keluar iklan baju raya di Facebook House of Blouse By Najmar Bonde pon belek-beleklah Page FB tersebut. 

Dekat Mana Nak Cari Baju Plus Size Ready Made

Bonde memang susah nak beli baju ready made ni, takut kalau beli tak muat dipakai lepas tu membazir jer beli... Tapi selalunya Bonde akan belek-belek dulu dan tanya-tanya saiz dengan seller dan semak ukurannya.  Walau baju ni sesuai untuk saiz 48 hingga 56 kena juga semak untuk badan sendiri. Tak naklah beli saiz terkecil atau terbesar sangat.

Bila sudah belek-belek terus pekenan pula... design cantik dimata Bonde simple  terkini dan murah.  Baju House of Blouse By Najmar sangat sesuai untuk anda yang mencari baju Plus saiz.

Bonde plan nak pakai baju ni untuk raya nanti, walau ura-ura raya dirumah sendiri, tak bermakna kita tak perlu ada baju raya,  Raya kena diraikan betul tak?  Baju ni pun sesuai dipakai untuk kepejabat.  Maklumlah tak sempat nak tempah-tempah baju kurung pun untuk pakai pergi kerja tahun ni... bolehlah  meraram pakai baju ni ke pejabat nanti.





Promosi Launching

Berita baik untuk anda, sekarang ada promosi tau! 3 pasang hanya RM 150.00 sahaja. Satu baju jatuh RM 50.00 kalau anda nak buat boria satu family pon boleh tau!



Sebab apa Bonde beli Baju House of Blouse By Najmar

1. Kain baju ini tidak panas

2. Kain baju ini tidak tebal dan tidak terlalu nipis

3. Materialnya cantik serta jahitannya kemas (sangat puas hati)

4. Warna baju senang nak matchkan dengan tudung (tak payah pening-pening)

5. Pakai baju ini nampak slim katanya (ini paling best hi hi hi)

Kalau anda berminat nak beli atau nak survey-survey baju nak pakai raya nanti bolehlah klik link dibawah ini :



Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. Siapa kata plus size x Boleh berhaya...baju dia cantik.dan manis je tgk

    BalasPadam
  2. Cantik dan bergaya. Raya nanti mesti melaram habis la. Harga pun murah ni. Boleh sedondon ramai2 😊

    BalasPadam
  3. Menarik koleksi2 House of Blouse Ini. Bagus depa buat for plus sizes people. Thank you for sharing.

    BalasPadam
  4. Haaa now plus size dah tahu nak cari baju kat mana kan? Ingat yang plus size tak nak bergaya ke?. Baju2 ni selalu size dia untuk mereka yang slim je kan?.

    BalasPadam
  5. Aduhai..cantiknya...nampak sesuai sangat pada yg berbadan besar mcm k mid nie. Ada promosi lagi. Harus terjah nie

    BalasPadam
  6. murah yakmat, memang berbaloi2. tak raya pun buat stock baju pi keja nanti memang jimat lah. thanks sharing

    BalasPadam
  7. Walau baju-bajunya bersaiz besar, namun ada daya tarikannya yang tersendiri. Warna baju pun cantik.

    BalasPadam
  8. Banyak juga pilihan. Cantik2 juga rekaan yg ditawarkan. Menarik mi

    BalasPadam
  9. Amboi sibuk dah cari baju raya hehehe ada raya ker tahun ni wakakakaka.. Kita tak cari lagi bestlah kalau ada kedai Plus Size macam ni tak susah nak cari baju laki kat mana nak dapat hehehehe...

    BalasPadam
  10. Sekarang ni orang plus size pun boleh bergaya dengan cantik kan bonde. Dah banyak hutik yang jual baju plus size ni. Bolehlah saya share dengan kawan kawan yang lain

    BalasPadam
  11. Yes ada dah pilihan utk beli baju raya nanti..susah nak cari baju plus size cantik, berkualiti dan harga berpatutan.

    BalasPadam
  12. Seronoklah org yv plus saiz bila dorang blh shoping di
    House of Blouse, cantik2 baju dia

    BalasPadam
  13. Aida tgk, cantik pattern & cutting nyer, bonde. Bergaya!
    Nowadays plus size person x risau dah. Byk tailor berkaliber yg wujud kan baju yg menarik.
    Anggun bergaya.

    BalasPadam
  14. bolehlah beli baju raya ni, cantik tu. dan sesuai untuk mereka yang plus size

    BalasPadam
  15. Sis selalu bgatu adik Sis, sebab dia badan besar, kata kat dia, jangan ingat orang badan besar tak boleh bergaya, buktinya haaa tengok...cantikkan gak kalau pakai macam ni, kita kurus ke gemuk ke, kalau pandai padankan baju yang sesuai, cantik aje mata memandangnya kan ...

    BalasPadam
  16. Cantik dan bergaya di hari raya, seronoklah bila da ada jual baju saiz plus

    BalasPadam
  17. This is really beautiful! If I got chance would love to wear too! But I am only 147cm. Got my height?

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.