Beli Satay Linggi Memang Sedap Puas Hati



Beli Satay Linggi Memang Sedap Puas Hati Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai reader semua.  Malam ni Bonde nak kongsikan dengan anda semua Satay Linggi yang sebelum ini Bonde ada kongsikan pada entri Menu 7 Hari Sepanjang PKP.  Satay ni Bonde beli dengan kawan pejabat Bonde. Satay Linggi ni sememangkan resepi tradisi keluarga suami kawan Bonde iaitu dikenali sebagai Ijam.  Kami dekat pejabat memang selalu oder dengan kawan Bonde.  Resepi tradisi ini telah diusahakan oleh keluarga Ijam sejak ia kecil lagi, kini salah seorang ahli keluarganya telah mendapat idea untuk pasarkan satay linggi ini secara meluas lagi, Abang kepada Ijam telah komersialkan Satay Linggi ini menjadi Satay Prozen.  Selain Satay Daging ada juga Satay Ayam.  Kali ini, Bonde beli satay daging untuk makan bersama-sama family.

Beli Satay Linggi Memang Sedap Puas Hati



Satay Linggi (Daging)

Dalam satu bekas satay daging ini terdapat 20 cucuk satay didalamnya. 


Anda tak perlu risau kerana satay ini didatangkan dengan kuah kacang juga.



Untuk sediakan kuah, anda boleh guna tiga cara ini untuk mejadikan ia seperti satay sebenar...


1) Buka tuang dalam mangkuk panaskan dalam microvave

2) Buka tuang dalam mangkuk tuang air panas kedalamnya

3) Buka tuang ke dalam periuk dan panaskan atas dapur.

Bonde gunakan cara nombor satu lebih mudah dan cepat untu dimakan.  Sambil grill sate kuah dah siap haaa mudah bukan.


Cara nak masak satay linggi



Bonde grillkan diatas kuali tidak melekat mengunakan api yang paling pelahan.  supaya satay masak rata.


Satay Linggi dalam proses grill, anda tak perlu tambah apa-apa minyak, dengan sendirinya satay akan mengeluarkan minyak.


Satay Linggi dah siap...


Kuah satay dah siap


4 Sebab Kenapa Bonde suka makan Satay Linggi.


1) Satay Linggi memang sedap terasa rempah ratusnya

2) Satay Linggi (Daging) sangat lembut  

3) Satay Linggi boleh dibeli untuk sebarang jamuan, mesyuarat, kenduri dan boleh dimasak dalam apa-apa acara seperti family day, reunion, berkelah.

4) Satay Linggi telah diprozenkan! mudah boleh beli, simpan stok, bila nak makan, keluarkan dan masak.  

Harga 20 cucuk Satay ini adalah RM 18, jika anda hendak beli dan satay ini dihantar secara COD anda akan dikenakan caj tambahan untuk penghantaran.

Kalau anda berminat nak rasa dan beli Satay Linggi, anda boleh terus whatsapp  http://www.wasap.my/017253314/sataylinggi


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

23 Ulasan

  1. Waalaikumussalam. Puas hati tengok, besaq isi nya

    BalasPadam
  2. Alamak.. Sedapnya satay. Kalau kat mersing ni kita suka makan dekat Satay Teluk Iskandar. Sedap. Kuah pun pekat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau deduk negeri sembilan boleh try satay linggi

      Padam
  3. nmpk sedap tu..juicy gtu...certain kalo satay daging liat..musim PKP ni lamanya tk mkn satay...

    BalasPadam
  4. Senang bila ada frozen macam ni, nak makan keluarkan dan panaskan..
    Nasib juga area rumah Lin ni ada menjual satay delivery Bonda, kalau tak memang mencari frozen gak macam ni...nampak besar sataynya tu..

    BalasPadam
  5. Satay mmg my fav tau.. Adudududu bonda bikin saya terliur ni.. Nak juga beli 1 set mcm ni

    BalasPadam
  6. Pertama kali dgr satay Linggi ni selalu satay Kajang tau la ha ha...

    BalasPadam
  7. Sedapnya satay! Daha lama jugak saya tak makan. Kalau saya pulak saya suka Satay dekat Semeling, Kedah

    BalasPadam
  8. alahai lama dah tak makan sate, setiap sate tu nampak besar-besar cucuknya, puashati makan ;), kuah pun nampak sedap, sate ni yang best tu rasanya dan kuah kacangnya, gerenti duk beli berkali-kali

    BalasPadam
  9. terliurnya tengok satay daging tu! mudah pula tu untuk sediakan dirumah. kene cuba ni sambil bosan di rumah sorang sorang

    BalasPadam
  10. Wahh!! Sataynya pun besar-besar ya. Menarik dan mesti sedap. Kalau singgah kat sana, bolehlah cuba nanti

    BalasPadam
  11. Sedapnyaaa. Hari tu teringin makan satay tapi PKP ni kedai satay kat rumah tutup xtau mana nak carik.

    BalasPadam
  12. Oh ok jap lagi mungkin nak order delivery satay.

    BalasPadam
  13. Wah nampak sedap betul satay nya. .isinya pula gebu-gebu dan kuahnya pula menyelerakan

    BalasPadam
  14. Bila bab Satay ni saya memang suka jadi tak berapa nak kira lah satay jenis apa cuma satay linggi ni macam tak pernah dengar lak... Satay Kajang tau lah.

    BalasPadam
  15. Wahhh bestnya ada yg dlm bentuk segera mcm nie, boleh masak2 kt rumah. Nk masak pon mudah

    BalasPadam
  16. The sate is so tempting! I miss all those times already! Hope MCO can cepat habis! And no more covid 19~

    BalasPadam
  17. Satay!!! Favourita de amour nih... kuah dia pekat tak Bonde? ada satay daging je ke?... huhuhuhu... allergic daging ni... kalau ada satay ayam, memang nak cuba... tetiba terfikir, lama juga tak makan satay ni...

    BalasPadam
  18. wahhh sedapnya tengok satay daging tu! Nampak sedap dan mudah disediakan, kene order cepat ni sebab dah lama mengidam.

    BalasPadam
  19. alamak bonde ni buat satay pula.. dah la besar2 plak tu satay nya...kuah kacang nmpk pekat pula tu.. lapaaaa...

    BalasPadam
  20. Nampak sedap. Puas hati tenfok satay. Besar besar

    BalasPadam
  21. rindu nyer nak makan satay!
    abis pkp nanti, ni antara makanan yg aida nak gi makan.
    anak2 pun da rinduuuu makan kat luar.
    satay ni satu tips berselera makan, kuah kacang nyer nak kena ada kick, kan.
    baru lah syok!

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.