7 Makanan Sedap Di Malaysia Yang Mesti Kena Cuba! Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai reader semua... Hari ni dah berakhir PKP 2.0 kita akan menempuh PKP 3.0 iaitu dari 15 April 2020 hingga 28 April 2020. Lamanya kita duduk dirumah, sudah pelbagai menu kita masak dan pelbagai menu Bonde cuba buat bagi memenuhi permintaan keluarga yang teringin makan pelbagai menu ada yang citarasa tradisional, citarasa antarabangsa dan menu viral semua dah buat. Bonde nak kongsikan dekat anda semua...
7 Makanan Sedap Di Malaysia Yang Mesti Kena Cuba!
#1-Ais Kepal
Ais kepal merupakan makanan yang pernah menjadi kegilaan ramai terutamanya kanak-kanak pada zaman 1980-an dahulu. Ais kepal ataupun bebola ais yang terhasil daripada gabungan ais yang diparut dan dibentuk bulat dan dikepal seperti bola menggunakan tangan yang kemudiannya diletakkan beberapa perisa dan dicucuk dengan kayu pemegang.
Kini sudah ramai orang yang mengusahakan perniagaan ais kepal dalam pelbagai versi yang cukup popular dan tular di media sosial seperti ais kepal yang disaluti coklat ataupun Milo dan pelbagai perisa tambahan lain. Cukup nikmat bila sampai di tekak, rasa dingin, manis dan enak yang semestinya mengangkat selera kita terutamanya di waktu panas.
#2-Cendol
Cendol merupakan minuman pencuci mulut yang dapat ditemui di negara-negara Asia Tenggara. Cendol amat sesuai di Malaysia disebabkan iklimnya yang panas. Terdapat pelbagai restoran dan gerai makan yang menjual cendol di seluruh Malaysia.
Ramuan asas untuk membuatnya ialah santan, jeli hijau (pewarna pandan), pulut, ais dan gula melaka. Cendol juga dapat ditambah bahan lain seperti kacang merah, pulut, jeli hitam dan juga jagung, bergantung kepada citarasa masing-masing. Ia juga sesuai dinikmati bersama buah-buahan.
#3-Teh Tarik
Teh tarik merupakan minuman yang sering dikaitkan dengan warung dan kedai mamak. Teh tarik merupakan air teh bersusu yang dicurah antara dua koleh untuk menyejukkannya dan juga membuatkan ia bebuih-buih seperti buih sabun. Ia adalah minuman yang disukai di kawasan tropika dan minuman pilihan sepanjang waktu tak kira siang atau malam untuk penggemarnya dan juga sedap diminum bersama sajian nasi lemak, roti canai, roti canai dan lain-lain lagi.
Teh tarik pernah diburuk-burukkan oleh satu khabar angin yang mengatakan bahawa minuman ini dicampur sabun serbuk untuk menaikkan lagi buihnya.
Buih teh tarik itu sebenarnya terhasil kerana ia dicurah dari satu kole ke satu kole yang lain selain daripada kepekatan kandungan gula yang terdapat di dalam air teh tersebut yang mengakibatkan buih yang terhasil dapat bertahan dengan lama. Air teh tarik sangat terkenal di kawasan negeri Kedah. Malah sekarang juga terdapat air teh tarik yang di tinkan.
#4-Roti Titab
Roti titab mungkin sebuah menu yang cukup ringkas, akan tetapi ia merupakan menu yang cukup terkenal di Kelantan. Untuk membuatkannya lebih sedap, anda boleh meletakkan kicap dan lada sulah (lada putih) sebagai bahan untuk melengkapkan rasa.
Anda juga boleh cuba membuatnya di rumah kerana ia tidak begitu susah. Cara untuk mengelakkan telur separuh masak yang telahpun dihasilkan daripada keras atau terlalu cair, anda haruslah mengikuti langkah-langkah yang telah disediakan oleh orang lain di media sosial atau sebagainya.
Jika anda tidak mahir membuatnya secara manual, anda juga boleh membuatnya menggunakan peralatan khas untuk menghasilkan telur separuh masak yang bagus untuk roti titab anda.
#5-Satay
Satay merupakan daging yang diperap, dicucuk dengan lidi dan kemudian dibakar. Di Malaysia, satay dihidang bersama kuah kacang yang dicampur bawang dan timun. Ia juga boleh dibuat menggunakan daging kambing, daging ayam dan lain-lain lagi. Ianya biasa dibakar menggunakan api kayu arang.
Satay juga biasa dimakan bersama ketupat. Kini satay boleh didapati di gerai makan, pasar malam atau sebagainya di seluruh Malaysia. Kini, satay juga boleh didapati di restoran-restoran vegetarian disebabkan keperluan makanan vegetarian yang semakin tinggi.
#6-Apam Balik
Apam balik yang juga dikenali sebagai ban jian kuih (pankek yang diterbalikkan), merupakan sejenis pankek yang leper dan sangat biasa ditemui di dalam kawasan Asia Tenggara. Ia dijual secara meluas di gerai-gerai yang terdapat di seluruh Malaysia. Malah, ia juga boleh dijumpai di Singapura, Indonesia dan Brunei.
Bahan utama untuk membuat apam balik ialah tepung, santan, air, gula, telur dan soda penaik. Inti tradisional yang biasa dijual untuk apam balik ialah kacang yang dikisar dengan gula, hirisan kelapa dan jagung manis. Apam balik juga telah diistiharkan oleh Jabatan Warisan Kebangsaan Malaysia sebagai makanan warisan Malaysia.
#7-Nasi Briyani
Nama 'briyani' berasal daripada perkataan Parsi iaitu 'berya(n)' yang bererti 'goreng' atau 'panggang'. Dari Iran (Parsi), hidangan ini telah dibawa ke Asia Tenggara oleh pedagang dan pengembara Iran yang berkongsi 'resepi rahsia' dengan penduduk tempatan. Bahan utama 'nasi briyani' termasuklah rempah-ratus dan bahan perasa seperti minyak sapi, buah pala, kulit pala, jintan putih, lada hitam, bunga cengkih, buah pelaga, daun salam, ketumbar, daun pudina, halia, bawang merah dan bawang putih.
Nasi biryani bukan vegetarian, versinya yang lebih terkenal, mempunyai daging sebagai bahan utama dan ia selalunya daging lembu, ayam, kambing, ikan atau udang. Kebanyakan hidangan nasi biryani disediakan bersama dahi chutney, kurma,kari, lauk terung, telur rebus dan salad.Terdapat pelbagai jenis Nasi Briyani seperti briyani cendawan, briyani daging dan briyani sayuran. Kebanyakan juadah ini boleh didapati di restoran mamak atau restoran India di seluruh Malaysia.
Nak Makan Apa? Boleh Order Online
Sekarang ni semua orang tak berani nak keluar rumah kan? Tapi bila soal makan kalau boleh memang nak makan yang sedap sedap belaka. Sebagai contoh makanan sedap yang mesti kena cuba di Malaysia ni. Itu baru sikit, belum lagi tunjuk contoh menu makanan yang lain.
Tapi kita bernasib baik kerana ada servis food delivery yang boleh kita gunakan pada bila-bila masa dan di mana jua. Nak apa, order online dan pihak Foodpanda boleh hantar untuk kita nikmati di rumah.
~ Bonde Senyum Riang ~
18 Ulasan
ais kepal tu tak tahan tengok bonda oittt.... lama tak pekena .... mintak2 laaa lepas PKP ni kita boleh hidup normal semula
BalasPadamthis is so tempting !!
BalasPadamOMG you made me miss all the food now! Especially Cendol which I had it very often last time before MCO T.T
BalasPadampaling favourite nasi briyani.. memang old time favourite lah. makan bulan puasa lagi sedap
BalasPadamsemua tu feveret aida tu. terutama cendols.
BalasPadamaduhai. ngencesss la entri bonde nih.
rinduuuu nak makan2 sesuka hati. dulu kalau teringin, gi jer beli kat pekan tu hah.
now, semua gerai tutup. and kawasan aida ni xde delivery. kawasan kampung, bonde.
yes , semuanya saya suka tapi yg paling saya suka mestilah sate, boleh bercucuk2 saya habiskan
BalasPadamWhy akak! Why! Disaat PKP ni akak keluarkan menu ni semua. huwaaa. saya nak ais kepal milo tuu. takda siapa jual ke kat ampang ni. Hukhukhuk
BalasPadamKejam sangat menu menu yang bonda share ni. Dah lah dalam waktu mco ni bonda hahahha. Terus mengidam nak makan semua tapi nak keluar tak boleh. Kene lah order food delivery saje
BalasPadamSemuanya sedap dan menyelerakan. Malangnya bulam Ramadan tahun ini tiada bazaar Ramadan. Maka bertabahlah hadapi semuanya.
BalasPadamUuuu ais kepal.. Dapnya tapi tu la za lagi suka ais kepal tradisional. Pakai gula sirap. Hihi
BalasPadamHUHUHU..kejam weiiiii, terus teringin bila tgok gambar2 ni.Semua kita suka lak tu. Lepas ni nak godek2 cari makanan kat atas ni, kalau tak ada bonde kena hantar tau..hahaha
BalasPadamYa ampun sedapnya semua..air tu memnag kegemaran..dpaat minum waktu pans sedp ooo..Satay, arghh rindunya nak makan..boleh order guna food panda
BalasPadamThis is so yummy! All my FAVORITE ! I bet it's also my daughter's fav! Yummehh! Go Malaysia!
BalasPadamidea yang menarik. boleh cuba try ni nanti. Masa PKP nilah rasa nak makan itu, nak makan ini. Nak keluar tak boleh, jadi apa je teringin, mana yang rasa mudah je kita terus buat makan bersama keluarga.
BalasPadamRoti titab tu iena tak pernah cuba lagi.nmpk sedap dan menyelerakan. Yang lain2 dah cuba. Tp ais kepal iena cuba kt penang ritu tak berapa sedap. Huhu maybe ade tempat lain yg sedap la.. Iena biasa mkn sekali x sedap.. X nk mkn lg😂😂
BalasPadamSate dan teh tarik tu fav!.. alamak rindunya nak makan sate
BalasPadamWow... roti tibab tu tak pernah makan lagi.. tapi semua menu ni boleh order melalui FoodPanda eh? Menarik betul la.. macam-macam kita boleh order. Just kena duduk rumah je
BalasPadamTerliur pula tengok apam balik. Bila lah nak dapat merasa apam balik tu. Teh tarik kena kurangkan , ksndungsn gula tinggi tu 😅
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.