Selamat Hari Wanita Sedunia Jom Doa



Assalamualaikum dan Selamat Malam Semua... Hai reader, 8 Mac adalah Hari Wanita Sedunia.  Bonde nak kongsikan doa yang dikongsikan di channel telegram yang sangat ringkas dan padat sekali, membacanya membuat hati jadi lapang dan tenang

Selamat Hari Wanita Sedunia Jom Doa..

           

*اَللّٰهُمَ صَلِّى عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلىَ سَيِّدِنَا اِبْرَاهِيْمَ وَعَلىَ آلِ سَيِّدِنَا اِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلىَ سَيِّدِنَا اِبْرَاهِيْمَ وَعَلىَ آلِ سَيِّدِنَا اِبْرَاهِيْمَ فِى الْعَالَمِيْنَ إِِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد*ٌ.
               
     بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ    
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Alhamdulillah kami bersyukur dan berterima kasih kepada Mu Ya Allah  di atas nikmat kehidupan kami, nafas kami, rezeki kami, kebahagiaan kami, keselamatan kami, kesejahteraan kami, kesihatan kami, yang telah Engkau limpahkan kepede kami.
          
Ya Allah,
Janganlah Engkau sibukkan diri kami dan lalaikan kami dengan dunia dan segala isinya sehinggakan kami melupakan dosa dan kesalahan kami kepada Mu Ya Allah.

Ya Allah,
Berikan kepada kami jalan petunjuk kebenaran mudah-mudahan kami menjadi hambaMu yang  beriman dan bertaqwa.

Ya Allah,
Jadikanlah hari ini penuh semangat buat kami, dimudahkan rezeki, kesihatan yang baik, mendapat ilmu yang bermanafaat dan terlepas dari segala kesulitan.

Ya Allah,
Rahmatilah kami, berilah kami hidayahMu agar kami sentiasa dekat dengan Mu Ya Allah.

Ya Allah,
Kami memohon kepada Mu kebaikan, kemenangan, pertolongan, cahaya, keberkatan dan petunjuk hari ini dan selama-lamanya.

Ya Allah,
Permudahkanlah segala urusan kami, murahkan rezeki kami dan kurniakanlah kami keluarga yang bahagia. 

Ya Allah,
Tanamkanlah perasaan kasih sayang kami kepada sahabat kami dan tanamkan perasaan kasih sayang mereka kepada kami dan semoga hubungan saliturrahim antara kami senantiasa teguh.

Ya Allah,
Kami berdoa Ya Allah muliakanlah diri kami, lapangkanlah hati kami, bahagiakanlah keluarga kami  dan luaskanlah rezeki kami dan moga segala urusan kami dipermudahkan.

Ya Allah,
Kabulkanlah cita-cita kami, jauhkan kami dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar dan jauhkan kami dari segala Musibah

Ya Allah,
Terimalah semua amal ibadah kami dan mudah²an ia dapat menerangi kubur kami.

Ya Allah,
Perbanyakkanlah sedekah kami, solat kami,  semoga kami bebas dari seksa kubur.

Ya Allah,
Tutuplah aib kami dan tenteramkanlah kami dari rasa takut. 

Ya Allah,
Peliharalah kami dan kami berlindung dengan kebesaran Mu agar kami tidak disiksa dipadang mashyar.

Ya Allah,
Sesungguhnya Engkaulah yang  menetapkan rezeki kami,  Engkau lapangkanlah kami. Ya Allah,  janganlah kami tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Ya Allah, Ya Rahman, berilah kami ketakwaan dalam mencari rezeki.

Ya Allah Ya Rahman, tunjukkan kepada kami perkara yg benar itu adalah benar dan rezekikan kepada kami utk kami melakukannya. Ya Allah Ya Aziz tunjukkan kepada kami perkara yang Bathil  itu adalah Bathil, dan rezekikan kepada kami agar kami  tidak melakukannya.

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa pasangan hidup kami, dosa anak2 kami, dosa kaum keluarga kami, dosa guru-guru kami, dosa sahabat-sahabat kami, pemimpin-pemimpin kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada, samada yg masih ada hidup atau telah meninggal dunia.  

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
                                                        
‎رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
‎رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
‎وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
‎وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

jom follow channel telegram @kitabdoa 

Catat Ulasan

3 Ulasan

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.