Pelan Rumah 1 Tingkat 5 Bilik Tidur 5 bilik Air Hall Tinggi. Banglo 2782 Kaki Persegi



Pelan Rumah 1 Tingkat 5 Bilik Tidur 5 bilik Air Hall Tinggi. Banglo 2782 Kaki Persegi  Assalamualaikum dan Sela  mat Pagi, Hai reader semua, memiliki rumah sendiri dengan rekabentuk yang menarik memang impian setiap orang.  Keselesaan keluarga adalah yang utama, bagaimana nak bahagiakan keluarga dengan cara inilah... Untuk anda yang mempunyai tanah dan bercadang nak buat Pelan Rumah ini adalah contoh terbaik untuk memudahkan anda.
Sekiranya kita mempunyai sebidang tanah yang luas, misalnya 10,000 kaki persegi, lebih sesuai untuk kita bina rumah 1 tingkat. Apatah lagi jika kawaan tersebut rata dan tidak mempunyai pemandangan yang cantik disekitarnya.


Ini kerana rumah 1 tingkat tidak membazirkan ruang di kawasan tangga dan semestinya tidak menyukarkan kita di usia emas nanti. Nak mendaki tangga untuk kemaskan rumah pun jadi azab. Dah ramai juga klien berusia yang kami temui mengeluh tak larat nak naik tingkat atas. Kali ini kami akan kongsikan sebuah lagi pelan rumah 1 tingkat seluas 2782 kaki persegi.








Pelan rumah banglo setingkat 5 bilik tidur 5 bilik air dengan hall tinggi!


Pelan ini hanyalah draf yang telah pun di tukar beberapa kali sehingga klien kami puas hati. Susunan bilik dan ruang di dalam pelan akhir 100% berbeza dari pelan yang kami beri ini. Pelan akhir rumah tersebut yang kami bina tidak akan kami kongsikan.

Inilah kelebihan membina rumah di atas tanah sendiri, anda boleh mengubah pelan rumah idaman kita sampai puas hati. Jadi, rumah yang kita bina benar benar sama dengan apa yang dibayangkan. Lagipun, kami mempunyai staf arkitek dan perekabentuk dalaman (interior design) untuk membantu anda mereka bentuk dalaman & luaran rumah.


Rumah banglo 1 tingkat ini mempunyai luas kawasan berdinding (build up area) 2364 kaki persegi dan saiz patio 418 kaki persegi. Luas keseluruhannya pula 2782 kaki persegi.

Dan satu lagi ciri istimewa yang ada pada rumah ini ialah ia mempunyai void area seluas 380 kaki persegi di ruang tamu untuk menjadikan rumah ini kelihatan besar dan gah. Ini dapat dilakukan dengan meninggikan struktur rangka rumah dibahagian ruang tamu. Hasilnya jarak antara siling rumah dengan lantai dapat dinaikkan.








Susun atur banglo 1 tingkat dengan 5 bilik tidur & 5 bilik air.


Luas kawasan tempat letak kereta ini direka sedemikian rupa dengan keluasan 18 x 21 kaki supaya 2 kereta sedan dapat diletakkan bersebelahan dikawasan berbumbung.

Dari car porch ke ruang tamu, terdapat 1 kawasan patio dengan anak tangga sebelum kita dibawah ke ruang tamu. Pintu 2 daun yang luas menjadi gerbag masuk ke ruang tamu rumah ini yang tinggi lagi luas. Dengan keluasan 19 x 21 kaki dan ketinggian siling rumah 12 kaki dari lantai, saiz tingkap yang digunakan diruang tamu juga jenis tinggi lagi lebar.

Saiz bingkai yang lebih besar akan mengimbangi ruang tamu yang tinggi, barulah nampak sepadan. Rumah akan kelihatan aneh sekiranya ruang tamu yang tinggi mempunyai tingkap yang kecil.











Dari ruang tamu ke ruang makan (12 x 11 kaki) kita perlu menggunakan anak tangga. Kenapa ada anak tangga? Ini kerana rangka rumah di kawasan ini lebih besar dari ruang lain. Ruang makan rumah ini mampu memuatkan meja makan besar dengan 8 kerusi.

Terdapat dinding tambahan yang sengaja dipanjangkan di ruang makan untuk menghalang tetamu melihat pintu bilik air tetamu (guest bathroom bersaiz 5 x 8 kaki) dibuka dan ditutup. Susun atur rumah yang baik sudahpun memikirkan perkara kecil tetapi sensitif seperti ini.

Guest bedroom berada disebelah bilik air tetamu, sekiranya ada saudara mara kita yang ingin bermalam di rumah, mereka boleh tinggal di bahagian hadapan rumah. Ini akan mengurangkan gangguan kepada keluarga tuan rumah, terutama sekali untuk isteri dan anak anak perempuan yang menjaga aurat.


2 dapur


Disebelah guest bedroom terletaknya dapur. Tujuan dapur diletakkan disini supaya mudah untuk mengangkat makanan di ruang keluarga semasa menerima tetamu. Ruang dapur dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu

  • Dry kitchen bersaiz 15 x 12 kaki
  • Wet kitchen bersaiz 19 x 8 kaki

Sebuah pintu keluar di letakkan di wet kitchen untuk memudahkan kita membuang sampah basah tanpa melalui ruang tamu. Sesuatu yang ingin kita elakkan.

Selepas dapur, kita akan memasuki pula ruang keluarga dengan keluasan 10 x 12 kaki. Terdapat pintu gelongsor (sliding door) 3 daun. Pintu jenis ini diletakkan disini supaya ahli keluarga kita dapat menikmati pemandangan taman di halaman rumanh. Selain itu, kawasan patio bertangga berada dihadapan pintu gelongsor supaya kita boleh letakkan kerusi untuk bersantai bersama dengan ahli keluarga di petang hari. Kawasan ini sesuai dijadikan tempat untuk party bbq dan kawasan cucu bermain.




Anda boleh bayangkan ruang di kawasan tersebut dengan melihat lukisan 3 dimensi di atas.


Susun atur bilik tidur untuk ahli keluarga di belakang rumah.

Selain master & guest bedroom yang terletak berhampiran dengan ruang tamu, kesemua bilik tidur lain dihimpunkan di bahagian belakang rumah.



3 family quarter



Terdapat 3 buah bilik tidur yang masing masing dilengkapi bilik airnya sendiri.

  • Bedroom 1 (12 x 12 kaki) dan bathroom 1 (8 x 6 kaki)
  • Bedroom 2 (12 x 11 kaki) dan bathroom 2 (8 x 6 kaki)
  • Bedroom 3 (12 x 11 kaki) dan bathroom 3 (5 x 8 kaki)

Antara kekurangan pelan rumah yang kami kongsikan ini ialah seluruh kawasan rumah dihubungkan oleh satu laluan yang memanjang ke belakang. Kemungkinan untuk laluan ini kelihatan suram kerana kurangnya pencahayaan semulajadi dapat di atasi dengan kedudukan tingkap di kawasan strategik.

Tetapi ini semua citarasa individu. Apa yang kita suka mungkin tidak digemari orang lain. Apa yang penting, kami boleh bantu anda merealisasikan impian membina rumah "custom made" impian hati.




Selesai sudah perkongsian kali ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini sehingga ke hujungnya.

Perlu di ingat, pelan ini hanyalah cadangan sahaja kerana setiap pelanggan yang datang menemui kami mempunyai bentuk & saiz tanah yang berbeza. Jenis tanah & topogrofi tanah juga tidak sama.

Jadi, kalau anda mempunyai impian untuk membina rumah di atas tanah sendiri, memang banyak persediaan yang perlu di lakukan.

 Jika anda perlukan bantuan untuk membina rumah banglo sesebuah di Selangor & kawasan tertentu di Negeri Sembilan boleh hubungi staf kami Encik Fairul di 0193487372.



 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Spun 1 to gkat tapi Luas ndan menarik design rumah ni

    BalasPadam
  2. Ni memang macam rumah idaman saya, luas and mewah nyer

    BalasPadam
  3. Beruntungnya sapa dapat rumah cam ni...sis angan2 je lah..hehehe

    BalasPadam
  4. Uit nampak besar dan luas rumah ni walaupun 1 tingkat. Suka tengok design rumah ni bonde

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.