Panduan Mengatasi Kebosanan Semasa PKP



Panduan Mengatasi Kebosanan Semasa PKP Assalamualaikum dan Selamat pagi hai reader semua... Apa khabar? Masih #Stayathome, Masuk hari ini dah lapan hari kite semua PKP dirumah... Jadi disini Bonde nak kongsikan Panduan Mengatasi Kebosanan Semasa PKP.  Moga anda semua tidak bosan bersama keluarga, Sabar itu indah dan semoga wabak covid-19 segera pulih di Malaysia dan hilang diatas dunia ini dan kita semua kembali aman seperti hari-hari sebelumnya.  

Panduan Mengatasi Kebosanan Semasa PKP

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia sebagai langkah untuk menangani penularan Covid-19 di negara ini. Dengan adanya PKP, rakyat diminta untuk #dudukrumah, dan tidak keluar dari rumah tanpa sebab.
Rakyat Malaysia kini meluangkan kebanyakan atau seluruh masa mereka di rumah, dan untuk sesetengah orang, kebosanan mula melanda. Kami kemudian bertanya untuk mengetahui bagaimana orang lain menghabiskan masa mereka, dan berikut adalah beberapa tips untuk menyibukkan diri dan berhubung dengan dunia luar!

  1. Merapatkan jarak sosial secara virtual atau di alam maya

Rakyat Malaysia telah diberitahu untuk mengamalkan penjarakan sosial, tetapi bagaimana anda melakukannya apabila anda ingin berhubung dengan orang yang tersayang? Buatlah apa yang kebanyakan pekerja sedang lakukan! Mulakan panggilan video bersama yang tersayang. Aplikasi kegemaran kami yang boleh diguna secara mudah alih dan juga di desktop ialah Skype dan Zoom. Walaupun diberitahu untuk duduk di rumah, apa yang menghalang anda daripada menjadi kreatif dan mengatur sesi minum dan berborak di mamak secara virtual di rumah melalui panggilan video?
Panggilan video secara berkumpulan di Skype kini membolehkan hingga 50 pengguna berada dalam satu panggilan. Anda juga boleh mencuba Zoom yang membolehkan hingga 100 pengguna berada dalam satu panggilan! Walau bagaimanapun, anda perlu refresh atau mulakan semula panggilan selepas 40 minit jika anda bukan pemegang akaun premium.

  1. #Foodoftheday   


Adakah anda bosan dengan makanan yang dimasak di rumah dan mempunyai keinginan untuk menikmati sejenis makanan? Jangan bimbang, kerana perkhidmatan penghantaran makanan masih beroperasi! GrabFood dan foodpanda kedua-duanya masih menghantar pesanan ke rumah anda. Sama ada anda inginkan bubble tea atau makanan yang enak, namakannya dan mereka akan hantar. Semasa tempoh PKP, syarikat penghantaran makanan memberikan perkhidmatan penghantaran percuma kepada pengguna mereka. Untuk GrabFood, gunakan kod FREEDEL untuk menikmati penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM28. Untuk foodpanda, penghantaran percuma adalah untuk semua dan anda boleh menggunakan kod PANDAPAL untuk menikmati penjimatan 30% daripada pesanan anda. Tertakluk kepada terma dan syarat.

  1. Membeli-belah dengan selamat dari rumah

Berjalan-jalan melihat barangan atau window shopping kini lebih mudah dan selesa. Pilih daripada senarai barangan yang amat panjang daripada pelbagai kategori daripada platform e-dagang seperti Shopee. Platform membeli-belah atas talian tersebut baru-baru ini mengumumkan bahawa perniagaan adalah seperti biasa untuk mereka, dan mereka bekerjasama secara rapat dengan jenama, rakan kongsi dan pembekal untuk terus memberikan keperluan harian dan keperluan membeli-belah kepada rakyat Malaysia. Kami juga dengar bahawa pada 27 Mac dan 4 April, akan terdapat barangan menarik yang dijual pada hanya RM0.44!
P/s: Pada masa ini, selain daripada pegawai perubatan kesihatan barisan hadapan, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua abang delivery daripada FoodPanda, Grab, Shopee Express, PosLaju dan banyak lagi atas pengorbanan anda ketika kami duduk di rumah.

  1. Dalami budaya popular atau pop culture

Apa kata ambil kesempatan ini untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga anda atau mengetahui siapa pelakon yang bakal meningkat naik? Tontoni filem atau siri yang menjadi perbualan rakan anda (boleh dibaca sebagai: Crash Landing on You) di Netflix. Gunakan perkhidmatan strim Netflix untuk dapatkan filem dan rancangan TV tanpa had di telefon, tablet, komputer riba dan TV anda dengan pakej bermula daripada RM17 sebulan.

  1. Cergaskan diri
Adakah anda masih ingat tentang azam tahun baharu untuk bersenam dan menurunkan berat badan? Masanya sudah tiba untuk membentang tikar yoga dan mulakan dengan beberapa senaman regangan mudah. Terdapat banyak tutorial percuma yang terdapat di YouTube.
Sebagai alternatif, jika anda sudah mempunyai atau sedang merancang untuk mendapatkan Nintendo Switch, inilah satu lagi sebab untuk mendapatkannya. Nikmati permainan kecergasan di Switch seperti Just Dance 2020, Zumba Burn It Up! atau Boxing Fitness untuk bersenam!

Itulah tips berguna! Tidakkah kita bernasib baik kerana adanya teknologi?! Kami tidak dapat bayangkan kehidupan tanpanya. Fuhh lega!


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Semoga Bonde sihat-sihat selalu juga di rumah. #StayAtHome ye..

    BalasPadam
  2. Good sahring Bonda.. apa nak buat kan, untuk keselamatan kita semua juga PKP nie..

    BalasPadam
  3. Waalaikumussalam. Sangat banyak aktiviti bermanfaat yg boleh kita buat 💪

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.