Happy 18 th Anniversary



Happy 18 th Anniversary Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai reader semua... Selamat datang bulan Mac, 1 Mac merupa tarikh Anniversary Bonde dengan Kanda, Tahun ini merupakan tahun yang ke 18 belas, Sebelum Bonde pot pet, pot pet lebih panjang lagi. 

Happy 18 th Anniversary 


Terima Kasih Ya Allah

Izinkan Bonde untuk menyatakan hasrat hati, dengan lafaz Bismillahirahmannorrahim Syukur Ahamdulillah, Syukur sangat-sangat macam tak percaya sahaja kini #hzffamily keluarga kecil kami, masih bertiga, telah bersama selama 18 tahun.  Tak nak minta banyak dari rakan-rakan blogger semua mendoakan kami sekeluarga sentiasa diberi kesihatan yang baik, murah rezeki dan sentiasa ingat pada Allah dan mensyukuri setiap nikmat yang diberi.  Begitu juga untuk kalian semua, Doa yang sama Bonde bacakan.

Tips Suami Isteri Kekal Bahagia 

Emm Bonde tak ada Tips Suami Isteri Kekal Bahagia yang menarik nak dikongsikan,  Bonde pun macam keluarga yang lain, Bonde kerja 8 jam sehari, Kanda kerja 8 jam sehari dan Fatin study dekat kolej, jadinya... kami family yang sibuk dengan komitmen kerja masing-masing! Tindakkan Bonde adalah, sentiasa mencari peluang bersama dan luangkan masa bersama jika tak kerja atau tak sibuk dengan komitmen kerja.  Aktiviti Bonde kalau dapat makan bersama masa tulah nak bincang hal-hal dan perancangan kami satu family. Tipula kami tak pernah gaduh antara satu sama lain, gaduh  tu biasa bagi kami, bukan luar biasa tau, merajuk tu biasa juga... dengan gaduh dan merajuk tulah kami selalu ulang bercerita perangai masing-masing dan memperbaiki setiap kelemahan kami.  Bonde agak serius berkata-kata, Kanda pula selalu buat kelakar... Ishh nak marah tu kadang tak jadi bila Kanda buat muka comel dan kelakar.


Suami Isteri Kekal Bahagia


Ada peluang kami Suami Isteri akan pergi shopping bersama, ada rezeki lebih kami akan travel bersama tak kira dekat atau jauh, kumpul duit bersama.  Nak rasa travel satu family kami bukan orang senang... harus sama-sama menabung tu jelah planning yang kami buat.  InsyaAllah tahun ini kami ada trip 'family travel' yang tertangguh gituuu dari tahun ke tahun tak jadi pergi.  Insya Allah tahun ini, jika panjang umur adalah trip kami travel satu family, tak penting jauh atau dekat janji kami happy doakan planning ni jadi yea.  Kalau anda ada Tips Suami Isteri Kekal Bahagia boleh kongsikan diruang komen yea... Boleh ama-sama kita praktikkan nanti he he he

Try Ayat "pickup line"

Sabtu, 29 Februari 2020

Bonde kerja belah pagi, Kanda pula kerja belah petang jadi kami jumpa "lunch date" di Cyberjaya... tu cara kami mencurik masa kami untuk bersama.  Memang komitment kerja kami banyak beza tapi kami cipta masa untuk duduk, borak dan makan bersama.

Lepas makan kami bawa haluan sendiri, Bonde balik ke rumah, Kanda dengan urusan kerjanya... ehh sekarangkan musim panas. nak bagi "pickup line" hangat-hangat bercinta satu.

Walau pun hari ini Hangat, Tapi Hangat lagi cinta i kepada you
Mohon anda jangan muntah hijau yea... Bagi canlah Bonde nak buat ayat 'pickpup line' ha ha ha Doakan yang baik-baik sahaja yea.. Moga bahagia sampai Syurga, InsyaAllah, Aamiin, terima kasih.


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

0 Ulasan