Shopping Stationery Di Kedai Eco Shop RM 2.10



Shopping Stationery Di Kedai Eco Shop RM 2.10 Assalamualaikum dan Selamat Petang Hai Reader semua... Asyik tengok Haul Eco Shop dekat Youtube, teringin nak buat haul juga tapi macam tak sempat nak buat video, Kalau anda ke Eco Shop RM2.10 apa yang anda beli? Bonde terjebak beli stationery dan barangan kereta yang ada dekat Eco Shop RM2.10 ni pon boleh tahan murah dan ada barangan bagus kualitinya. Bonde sempat pergi ke 2 lokasi Eco Shop RM 2.10 yang terletak dekat dalam mall AEON Nilai dan yang baru dibuka di Putra Prima, Puchong ni 20 minit jer dari pejabat Bonde. Untuk anda yang nak tahu apa yang Bonde beli? teruskan membaca dan scroll kebawah anda boleh tengok apa yang Bonde beli dan kongsikan dekat bawah ni okay.

Shopping Stationery Di Kedai Eco Shop RM 2.10

1. Planner Stikers


Bonde beli, Sebab suka tampal-tampak stiker ni dekat planner Bonde! sebab kalau selak-selak planner tu taklah Boring nampak benda yang sama jer! nampaklah ceria ada warna warni dan tertarik nak baca walaupun tulisan sendiri.  Anda bolehlah tampalkan stiker ni ikut kreativiti anda sendiri.  Nanti Bonde tunjukkan Bonde buat macam mana? 

2. Pemadam Pensil


Selalunya pemadam biasa akan jadi kotor kalau disimpan dalam laci, kalau dan kotor bila digunakan akan jadi lebih kotor kertas yang kita nak padamkan tu. Jadi Bonde tertarik beli yang ini untuk kegunaan dipejabat, pemadam jenis ni taklah menghitamkan kertas yang kita nak padam sebab bila dah guna tu tekan balik dia akan tersembunyi dalam batang yang berbentuk seperti pen, Dulu-dulu masa Fatin sekolah rendah Bonde ada beli jenis pemadam macam ni jenama stabilo siap ada refill lagi, tapi harga dia agak mahal Berbaloilah beli yang dekat kedai Eco Shop RM2.10 dapat 3 batang.

3. Pemadam Unicorn


Pemadam unicorn ni Bonde beli, sebabnya comel sangat, Tapi Kalau anda nak tahu, Bonde tak gunakan untuk memadam kesalahan yang ditulis, Bonde beli nak jadikan prop untuk shooting gambar he he he 


4. Plush Deco Stikers


Bonde beli Plush Deco Stickers ni adalah untuk letak dekat bekas Plastic Box Components yang Bonde Beli, Nak Buat bekas Kerongsang dan pin-pin tudung yang selalu hilang.

5. Plastic Box Components 

Plastic Box Components ni yang Bonde akan gunakan untuk letak kerongsang dan pin nanti, Belum sempat nak deco-deco lagi! selain kegunaan untuk letak brooch dan pin anda boleh pelbagaikan letak benda lain juga, contohnya letak clip rambut, ubat, screw, alatan menjahit seperti benang, jarum, gunting kecik dan lain-lain kegunaan. Kalau dekat kedai eco ni, anda akan dapat 1 set ada 2 tau jadi anda bolehlah pikirkan nak letak apa nanti.

6. Craft Material (Burung hantu)


Bonde beli untuk ditampal dekat Note board dekat bawah nih! selebihnya nanti Bonde nak buat deco-deco untuk bookmark novel he he he.. Nanti Anda tunggu tau Kalau dah siap nanti Bonde tunjukkan tutorialnya mudah sangat.. yang penting comel.

7. Note Board (Kayu)


Note board ni untuk kegunaan dekat pejabat, sebab bila musim audit banyak sangat borang yang kena lengkapkan, anda semua sedia maklumkan situasi audit tu macam mana? selaku admin jabatan memang selalu pening bila borang tak lengkap lepas tu ada pula borang yang hilang!  Tak nak borang-borang ni hilang, terselit dekat dokumen/borang lain dan bersepah atas meja! caranya Bonde belilah note board ni.  Untuk elakkan dokumen/borang hilang dan nampak kemas atas meja kerja Bonde tu yang penting.


8. Decoration Stiker


Decoration Stiker ni jenis plastik, Bonde beli sebab hari tu adalah beli stiker yang dah siap ada tulisan barangan untuk kelengkapan dapur tu, tapi tak semua ada jadi Bonde beli yang ni untuk tulis sendiri. Nak tulis pakai apa? Bonde ada beli paint marker dekat bawah nih!

9. Paint Marker dan Set Alat tulis Stabilo


Paint Marker nih Bonde beli yang warna gold untuk kegunaan tulis stiker diatas tu!  Set alat tulis tu Bonde tertarik dengan warna turquois tu, dalam set stabilo ada highlighter, pen dan pencil oklah ini untuk kegunaan peribadi tulis-tulis dekat planner and diary.


10. Craft Glue 



Craft Glue ini Bonde nak gunakan untuk buat craft bookmark burung hantu yang macam bonde bagi tahu dekat atas  tadi, Craft Glue ni boleh digunakan untuk DIY Bonde nak buat nanti,  Craft Glue boleh digunakan pada kayu, kertas, kad, kulit plaster, polistirena dan lain-lain


11. Gam 



Disebabkan dekat rumah memang dah tak ada gam, jadi Bonde beli satu untuk kegunaaan dekat rumah.  Gam ni nampak senang nak pakai muncung jam tu mengelakkan pengeluaran gam yang berlebihan.  Haaa senang nak guna gam nih!

12. File Plastic 



File Plastic ni Bonde  Cadang nak letak semua resit-resit pembelian yang berguna untuk masa hadapan, bukan apa kadang resit tu ada gunakan kalau beli barang nak refund mesti kena tunjuk resit, kalau resit dah tak ada memang payah, ada kedai akan tolak... tak boleh nak buat refund dan kalau beli barang under waranty pun kena tunjuk resit. Dari resit tu terbuang, lebih baik Bonde simpan dalam file plastic macam ni. Nak cari pun senang nanti, maklumlah sejenis yang cepat lupa sekarang ni!

Baiklah ini 12 barang yang Bonde beli untuk kegunaan harian di pejabat dan peribadi, semua barangan berharga RM 2.10.  Kalau anda berminat dan nak beli barangan diatas silalah ke Eco Shop RM 2.10 berdekatan anda jangan sedih kalau cari tak jumpa! maklumlah kedai berhantu dan bersaka memang ramai orang datang dan barang cepat-cepat habis stoknya macam pisang panas...


~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Comel ja kan barang kat Eco nie.. Kak Sue pun kadang terjebak juga..

    BalasPadam
  2. bonda dah try pergi ninso?? haritu Cuya pergi ninso..barang semua rm2.10....sama macam bonda jugak,terpengaruh tengok haul kt youtube..kekeke

    BalasPadam
  3. Kedai berhantu ni.. tapi mmg berbaloi Beli kat sini

    BalasPadam
  4. wah. byk shopping :)
    memang berhantu eco ni. murah and praktikal, kan.

    BalasPadam
  5. Lama tak masuk.. Kalau masuk mula laaaa haha..

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.